kaki stalk :)

Showing posts with label main masak2. Show all posts
Showing posts with label main masak2. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Puding Laici


Bahan-Bahan

  •  1 paket agar-agar yang sederhana
  •  1 tin susu cair
  •  1 tin laici (diasingkan buah dan air. air simpan )
  •  15 -18 cawan air (sukat pakai mug )
  •  gula 500 gram
  •  tepung kastard 4-5 sudu


Cara-Cara

  • masak 1 paket agar-agar dan air sehingga larut
  • campurkan gula dan tunggu sehingga ia melarut sebati
  • blender tepung kastard dan susu cair
  • kemudian, apabila gula dah larut sepenuhnya masukkan hasil blender tadi
  • kacau dalam 10 minit
  • sejukkan dan tunggu sehingga puding nampak agak-agak macam jeli or keras sikit
  • letakkan air laici , ke dalam puding supaya nampak lebih juicy
  • buah laici boleh di tabur di atas puding, seeloknya dipotong kecil :)
Noted 
  • kalau mahu puding lebih keras dan tak suka soft2 , lebihkan tepung kastard 


Hurm, esok dah khamis. Makk aihh, cepatnya masa berlalu. How i wish to pause the time. Mr Time, tolong jalan slow-slow boleh? Mr UKM, kalau i tak nak balik boleh ? masih banyak agenda belum terlaksana. next mission bubur nasi on dis friday. kalaulah UKM neh sebelah rumah, hari-hari balik sebab nak makan masakan dari rumah .seriously tak tipu :)

Saturday, October 1, 2011

Aku Mahu Menjadi Teristimewa


Seorang lelaki non muslim bertanya kepada seorang lelaki muslim ketika melihat kelibat seorang perempuan bertudung dan menutup aurat melintasi hadapannya .

lelaki non muslim : kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?

lelaki muslim : sambil tersenyum, dia mengeluarkan 2 biji gula-gula dari dalam koceknya. Lalu  salah satu darinya dibukakan bungkusan kemudian dia melemparkan gula-gula tersebut ke atas  lantai. Dia bertanya kepada lelaki kristian , antara kedua-duanya mana satu kamu akan pilih ?

lelaki non -muslim : mestilah yang masih dalam bungkusan.

lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.


DEAR LADIES, COVER UP! 
BEING A MYSTERY IS MORE SEXY THAN SHOWING EVERY INCH OF YOURSELF OFF


Biar cantik pada pandangan Allah .Jangan cantik pada pandangan mata insan yang tak halal padamu . Biar  panas di dunia kerana menutup aurat. Asalkan sejuk di syurga. Biar menutup aurat . Bukan membalut aurat. [membalut aurat : ertinya bila pakaian yang dipakai masih lagi ternampak liku -likuk badan] kadang-kadang kita dah tau sesuatu itu salah, tetapi kita masih lagi buat. Ingat , setiap yang dibuat setiap detik akan ditanya Allah, dan kerana itu aku mahu menjadi teristimewa di mata Mu, Ya Allah .

Thursday, January 27, 2011

Berdoalah !


‎'berdoa itu mudah sebenarnya. 
kalau tak tahu arab, lafaz sahaja apa yg terlintas dihati kerana doa itu adalah ilham illahi. 
jadikan doa recite daily journal.
Apa yg kita harapkan, apa yg kita sesalkan, apa yg kita inginkan dan segalanya .
Just simply talk to him sebab Dia Maha Mendengar.
 No matter how you said it, when and where. 
Doa itu wireless dan coverage ia masuk satu universe' 
- Versus by Hlovate-


doa memberikan kekuatan kepada orang yang lemah,
membuat orang yang tidak percaya,percaya akannya,
dan memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan.


doa itu adalah senjata mukmin("Ad-dua alsilahu mukmin" )


Doa itu penghubung seorang hamba dengan pencipta-Nya
menyedari kekerdilan diri yang hina.

jom berdoa! 



short update: will off to Langkawi, then rushing back to Terengganu. 
ada 3 'date' untuk CNY yang perlu dipenuhi .sesi berchenta dengan buah hati. 
 Denyut Kasih Medih by Dr Farhan Hadi, Ingat Tuhan Sampai Mati by Aa Gym, Versus by Hlovate.
InshAllah akan habis khatam buku2 ini (^_^)


Thursday, December 16, 2010

random: 3 dalam 1

Bahana tak update blog selama 1 minggu, so sila hayati 3 dalam 1. ini bukan iklan milo, iklan hot chocolate atau iklan nescafe packet 3 dalam 1 tetapi iklan 3 cerita dalam 1 entry . 




cerita pertama: main masak-masak roti bun pisang.



bahan-bahan
1 cawan butter
1cawan gula
1 cawan air
1biji telur ayam
2 cawan tepung roti
2 sudu yis
2 sudu besar tepung
5 biji pisang di kisar halus




operasi masak-masak
  • campurkan kesemua bahan diatas, uli dan bentukkan doh sehingga sebati
  • biarkan ia kembang selama 2 jam
  • selepas 2 jam, adun lagi doh tersebut selama 20 minit lagi
  • adunan doh yang sempurna akan menyebabkan roti akan bertambah lembut
  • bentukkan adunan tersebut , bulat dan kecil , letakkan dalam dulang
  • kemudian, biarkan selama lagi sejam untuk adunan tersebut mengembangkan dirinya 


cerita usaha gigih untuk menjadi housewife yang educated tamat, sebab  musim honeymoon almost done. tak sabar tunggu cuti next sem. dengar cerita 4 bulan. betul ker? *excited yang amat*


cerita kedua: playful kiss


drama korea ini sebenarnya diadaptasi dari komik anime mischievous kiss dan i guess betullah kata orang kalau jatuh cinta biarlah selama-lamanya kekal.  Totally fall in love with Kim Hyun Joong, dulu pernah tengok dia berlakon dalam cerita Boy Over Flower sebagai Ji Hoo Sunbae.

Suka dengan karekternya cool, selamba, protective, sweet in his own way -> again accident hati!

Dalam cerita ini, dia sebagai hero, Baek Seung Jo. Mungkin ini bentuk cerita yang dicari-cari  selama ini, both of them imperfect, but when hero and heroin get together, it's complete. Watak Baek Seung Jo dalam cerita ini sebagai seorang yang pandai, IQ 200, dan etc. Heroin pula Oh Hani, seorang yang clumsy, tak pandai, dsb. Kekurangan hero adalah dia terlalu dingin, perasaan hebat, his life perfect tetapi dengan adanya Oh Ha Ni, ia melengkapi kerana Oh Ha Ni , seorang yang suka ketawa, walaupun tak pandai tetapi apabila hero bersama dengan heroin, it seems sweet:)


i like his smile !

study together !

ketika Eun Jo dan No ri sakit.

baek seung jo, berlagak seperti sifu!


kalau cerita panjang-panjang pun tak ada feel kan , melainkan tengok sendiri (,") 


cerita ketiga: balance itu penting.

binnabil huda by unic : lagu kat blog ni 


sibuk walau macam mana pun hidup ini, perkara paling penting kena spend masa juga dekat pencipta kita. hidup kena balance!!!  Yelah, manusia ini memang senantiasa pelupa bila dah terkejar ke sana ke sini,lupa akan tanggungjawab sebagai hamba. Walaupun sibuk 24 jam, kita wajib spend masa untuk mengadap yang Maha Esa. Ada sesetengah antara kita mungkin takut nak spend masa lama-lama mengadap illahi, sebabnya takut urusan duniawi tidak diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Hakikatnya, semakin banyak masa kita spend dengan illahi, InshAllah Dia akan membalas dengan menambah masa dalam kehidupan anda, malahan segala urusan dipermudahkan. 

cuba renungkan kata-kata Khalifah Umar Abdul Aziz " aku menyelesaikan urusan aku dengan Allah terlebih dahulu , maka Allah menyelesaikan urusanku dengan rakyat dan kerajaanku" . Bukti kukuh kejayaannya dalam membentuk kejayaan di era kegemilangan islam.


so, kita bagaimana? 
duniawi pun kita nak!
ukhrawi pun kita nak! 
jom balancekan hidup (^_^)


Friday, December 3, 2010

Crunchy Butter Cookies :)

musim sejuk , bukan musim salji tetapi musim hujan, perut senantiasa karaoke minta diisi. Putera katak yang gigih berlatih karoke  memanggil hujan menyebabkan matahari sangat malu untuk keluar.maharaja dan maharani katak galak berenang di lopak-lopak hujan. 

Jom tinggalkan cerita putera katak dan godek-godek didapur dengan butter cookies.


gambar ihsan dari google. sebab semua dah masuk dalam perut:)


Bahan--bahan
1 cawan buttercup
1 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung
1 cawan kacang tanah yg dikisar halus
1 biji telur
1 sudu baking powder
1 sudu kecil esen vanila
garam secukup rasa 
hazelnut atau almond sebagai hiasan

Operasi Masak2.
  • campurkan buttercup dan gula halus, putar sehingga serasi
  • masukkan telur, tepung, kacang, esen vanila dan baking powder, 
  • adun sehingga boleh membentuk doh , supaya snang dibentuk cookiesnya nnti.
  • taburkan sedikit tepung gandum pada dulang supaya bila dibakar , cookies tidak melekat
  • bakar pada suhu 130'c dlm masa 20-25 minit


Jom try! selamat bercookies:)


Saturday, November 20, 2010

Let's take a break!

Let's take a break with kit kat. eh eh tak! nas tak suka kit kat. suka cadbury! this time let's take a break with MURTABAK MAGGI not with kit kat or cadbury. aktiviti paling best ialah buat makan untuk makan banyak-banyak dan yang penting menjadikan adik-adik buah hati sebagai tester!


Murtabak Maggi (hidangan utk 4 org)

bahan-bahan
2 bungkus maggi
sosej
5 biji telur
lada sulah/lada hitam/garam secukup rasa/mix vege


operasi masak-masak2!
rebus maggi , toskan .letak tepi
rebus sosej.toskan,letak tepi
telur + garam +lada sulah +lada hitam +garam = kacau dengan sebatinya dan serasikan
mixkan semua bahan2 diatas.
goreng di pan yang panas!
p/s: b'gntung pada kreativiti nak tmbah apa2 bhan,mybe lobak, fishball.
ikut citarasa suka suki(,")
cicah dengan sos!

no picture at all, semua dah msuk dlm perut dah:p


3S! -> simple! short! sodapp!



Pernah terfikir adakah kita termasuk dalam golongan yang sedikit? Kenapa golongan yang sedikit dan bukan golongan yang banyak ? pelik bukan! jom baca ini. Alhamdulilah. erti syukur. Moga kita adalah insan yang termasuk dalam golongan yang sedikit. InshAllah!