kaki stalk :)

Showing posts with label berharap. Show all posts
Showing posts with label berharap. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

Aku Mahu Menjadi Teristimewa


Seorang lelaki non muslim bertanya kepada seorang lelaki muslim ketika melihat kelibat seorang perempuan bertudung dan menutup aurat melintasi hadapannya .

lelaki non muslim : kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?

lelaki muslim : sambil tersenyum, dia mengeluarkan 2 biji gula-gula dari dalam koceknya. Lalu  salah satu darinya dibukakan bungkusan kemudian dia melemparkan gula-gula tersebut ke atas  lantai. Dia bertanya kepada lelaki kristian , antara kedua-duanya mana satu kamu akan pilih ?

lelaki non -muslim : mestilah yang masih dalam bungkusan.

lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.


DEAR LADIES, COVER UP! 
BEING A MYSTERY IS MORE SEXY THAN SHOWING EVERY INCH OF YOURSELF OFF


Biar cantik pada pandangan Allah .Jangan cantik pada pandangan mata insan yang tak halal padamu . Biar  panas di dunia kerana menutup aurat. Asalkan sejuk di syurga. Biar menutup aurat . Bukan membalut aurat. [membalut aurat : ertinya bila pakaian yang dipakai masih lagi ternampak liku -likuk badan] kadang-kadang kita dah tau sesuatu itu salah, tetapi kita masih lagi buat. Ingat , setiap yang dibuat setiap detik akan ditanya Allah, dan kerana itu aku mahu menjadi teristimewa di mata Mu, Ya Allah .

Saturday, September 17, 2011

Dia yang memiliki hati ini. Dia yang Maha Mengetahui rasa hati ini. Dia , Allahu  Rabbi .



“Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu,kerana 
Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 
 Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari,maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik"


That's why , ALLAH KNOWS BEST :) 


Thursday, September 15, 2011

Berharap Berharap Berharap


kalau zaman sekolah, kuasa tertinggi pelajar dimiliki oleh headboy atau ketua pelajar
woo~asyik asyik report. Patuh! kalau tak kena rotan dengan cekgu-cekgu disiplin!sakit!

kalau dalam keluarga, yang menjadi kepala adalah suami atau si ayah atau si abah.
kalau abah cakap, don't! jangan gatai-gatai nak buat, nanti kena tarik telinga. Kena Patuh!

itu cerita dua komuniti kecil yang homosapien perlu dan mesti patuh .

words of the day, inspiring ones , 'Obey God And Everything Would Turn To You' .

laju tangan mencatit di buku berwarna purple itu tika Mr Gk menuturkan kata-katanya. Sematkan dalam hati kuat-kuat.Jangan Goyah.

seperti mana janji Allah, dan hanya kepada Tuhanmu, hendaklah kamu berharap [94:8]

meminta dengan Allah, Berharap hanya pada Allah, dan segala-galanya hanya untuk Allah. Yang baik ambil as habit dan yang kurang kena tingkatkan amal. Yang buruk tolak jauh-jauh tinggalkan.

berharap berharap berharap hanya pada Allah, sebab hanya Dia yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita. Allahu Rabbi .

that's the reason why u  must love HIM more than others:)

p/s: oh welcome to the final year or people called it 'heaven year' .berharap dapat survive final year. berharap dapat give my best for final year. berharap untuk kejayaan supaya umi dan abah tersenyum manis. berharap keluarga sayang sihat-sihat. berharap kawan-kawan gembira. berharap untuk peluk adek-adek dgn penuh kasih sayang. oh tak lupa juga, berharap JPA cepat masuk. dan Aku akan terus berharap, meletakkan pengharapan pada hanya yang Maha Esa. Amin Allahuma Amin