kaki stalk :)

Showing posts with label suka suki. Show all posts
Showing posts with label suka suki. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Please Be Grateful :)


it is beautiful right ?
can u explain the beauty and colourful of this picture to the blind man?
do u think they can imagine it ?
take a moment and be grateful of your eyesight.


kadang-kadang kita terlalu asyik memandang ke atas, 
sehingga terlupa sejenak untuk memandang ke bawah 
dan melihat nasib orang yang lebih malang dari kita.

belajar erti syukur  (^_^)


Sunday, March 13, 2011

kanak-kanak riang bersukan :)

KREW Perundang best,
 congrats to Arif Hakimi yang ditepung tawar semalam.
mengimbau kenangan memori seperti zaman-zaman kanak ribena di sekolah
rumah oren.rumah hijau.rumah merah.rumah biru
tarik tali. lari dalam guni.baling selipar.baling belon berair.
walau matahari terik atas kepala, peluh merenik didahi 
tetapi ia tetap manis dikenang.

kanak-kanak masuk padang

lari dalam guna.bukan senang nak tengok ou you kong beng main mcm nih :)

kanak-kanak yang amat exsaited !

tarik tali sambil berguling-guling dan gelak,ini rumah merah ! 

rumah oren, rawwls! haha .champion of the KREW 

ooi, muka serius, ini rumah hijau :)

final tarik tali :oren v biru, 
sehingga disaat akhir walaupun sebenarnya semua orang terseret dek kuatnya rumah oren

yang ini special edition: 
harta qarun di FUU yang tak pernah fail buat saya senyum dengan karenah mereka.
feel tacing tacing dah bermula bermain, 
sebab third year dah almost over, dan next sem i'm final year student.
nanti bila dah grad, dah kerja , 
bila tengok balik album lama-lama mesti meleleh air mata, gelak sorang-sorang 
sebab rindu zaman-zaman jadi kanak-kanak .
*semalam dalam kenangan yang mengembirakan *
love u all :)


p/s:minggu ini struggle habis-habisan


Thursday, March 10, 2011

Pondok Penyayang Raudhah :)


wherever u go, please bring ur heart together.
so heart, please enjoy dis picture 
but remember please bring ur mind too 
so, that u can distinguish between which is right and left .  


Ahad lalu , menjejakkan kaki ke  Pondok Penyayang Raudhah. Dengan harapan tersemat di hati dapat  membawa cetusan harapan kepada anak-anak yatim tetapi lain pula yang jadinya. Mungkin ada hikmah ingin Allah tunjukkan kepada budak-budak law ini  apabila berpijak kaki ke tempat ini .kami golongan yang  tidak suka menerima pendapat orang lain bulat-bulat,bukan bulat sebab semuanya ada argument masing-masing.


kiamat akan berlaku 68 tahun lagi ? 2019 dunia akan hancur?
tiada siapa yang akan mengetahui bila dan masanya akan tiba hari kiamat
 kontroversi yang cuba dirungkaikan. InshAllah akan di reveal apabila ia betul-betul telah di ketahui. Nak tahu cerita sebenar, sila berbisik sahaja di telinga. 
FUU sekarang memang terkenal dengan abuya. 
abuya tak perlu masuk majalah magga untuk femes . 

sekitar gotong royong. cedok sampah masuk tong bukan tengok kamera ye :P 


lepas ini , boleh buat bisnes kemas buku di library (^_^)


potong kailan itu, jangan pandang kamera. :p

mata tengok pisau, bukan tengok sini, nanti terpotong jari jemari runcing.

dapur yang gamat , kecoh , dengan pisau dan papan lapis berlaga untuk tomyam, tangan membasuh kailan dan kangung untuk santapan kailan ikan masin,
 beras ditampi untuk dimasak.


the best cooker ever, masak atas tong gas ye kawan-kawan.
Do don't try this at home.
tima kasih tak terhingga kepada mereka yang menolong memasak pada hari kejadian. 
kak ada. kak farah. jijah. wawa. zatul. thirah. linda. ijan. 
farha. fakri. bulat. hafiz .aina. raihan. 
*ada lagi ke nama yang nas miss ? *

saya suka budak ini, bak kata Farine, pengawas yang sangat berkarisma.

*last but not least*

jika Allah hendak memberi kebaikan kepada seseorang , dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun

jika Allah hendak memberi kemudaratan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur dengan tangan apa-apa tangan sekalipun.

semuanya kuasa Allah, bukan kuasa manusia :)


Friday, February 11, 2011

Ibrah surah al-fill penuh hikmah :)



Teringat saya kenangan sewaktu di tingkatan lima, ketika menjadi salah seorang panel dalam pemilihan ahli badar bagi sesi depan.Diberi mandat untuk menemuduga junior-junior mengenai skop sirah junjungan rasul. Terkedu dan terpana seketika kerana apabila ditanya dengan soalan yang begitu senang, siapa ayah Nabi Muhammad s.a.w, siapa ibunya, siapa ibu susunya, rata-rata ramai daripada mereka tidak dapat menjawabnya. Tampaknya, sirah-sirah yang diajar sewaktu di sekolah rendah hanya dihafal dan diingat untuk tujuan peperiksaan. Ada rasa hati penuh terkilan.Kalau baginda masih hidup, tentu baginda kecewa kerana umat kesayangannya sendiri lupa akan salasilah kehidupannya sedangkan di hari perhitungan kelak dengan bagindalah , kita memohon syafaat.

Tidak lagi kita akan menyambut maulidur rasul dan sempena dengan itu surah Al-fill sangat sinonim dengan sambutan maulidur rasul yang akan disambut pada 12 rabbiulawal 1432h yakni hari selasa.

Surah al-fill menjelaskan kegagalan tentera  gajah  dan Abrahah dalam menakluk kaabah. Kerana hasad dengki Abrahah, akan kaabah yang menjadi tumpuan muslimin dan muslimat di serata dunia datang beribadat, maka dia merancang untuk memusnahkan kaabah . Perasaan hasad dengki di hati, nyata memberikan kesan negatif. Betullah  kata ulama, hati itu adalah raja, andai baik raja, maka baiklah tenteranya. Dek perasaan hasad dengki, Abrahah merancang untuk memusnahkan kaabah supaya semua orang tidak lagi menjadikan kaabah sebagai kawasan tumpuan ibadah.

Sejarah membuktikan perasaan hasad dengki memberikan banyak kesan buruk seperti kisah Nabi Yusuf a.s. yang dihumban dalam telaga dan berpisah bertahun-tahun daripada ayahandanya Nabi Yaakub dan Bunyamin bertahun-tahun ,kerana perasaan hasad dengki yang bergelumang di hati saudara-saudaranya. Bukan itu sahaja, kerana hasad dengki jua, kejadian pembunuhan pertama di dunia, Habib dibunuh saudaranya Qabil.

Hasad dengki yang memenuhi dada , bukan sahaja mampu membunuh diri sendiri, malahan membunuh diri orang lain. Resolusinya, kita transformasikan hasad dengki itu kepada positif dengan cara seperti dengki apabila melihat seorang yang berilmu, mengajarkan ilmunya kepada orang lain, atau seorang yang kaya dan menggunakan kekayaannya pada jalan Allah. Jika dengki positif ini menjadi perisai hati, dunia akan aman, malahan ramai orang akan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan pada jalan Allah.

Perkara yang paling menarik hati saya, sebelum Abrahah menyerang kaabah dengan tentera bergajahnya, dia telah menemui Abdul Mutalib dan menyatakan ‘aku ingin merobohkan kaabah ini’. Maka jawab Abdul Mutalib ‘ aku serahkan kepada pemiliknya’.

Perkataan ‘aku serahkan kepada pemiliknya’ sangat menyentuh hati saya. Pemilik kaabah adalah Allah. Kata-kata itu menunjukkan jiwa Abdul Mutalib yang meletakkan tawakal kepada pencipta meskipun pada waktu itu islam masih lagi wujud. Jika diaplikasikan dalam kehidupan seharian, kita sewajarnya bertawakal kepada Allah, percaya dengan segala ketentuanNya dan reda dengan qada dan qadarnya. Allah itu Maha Berkuasa dan kuasa-Nya tiada batasannya.

Seiring dengan zikir ‘la hawla quata illah billah’ iaitu tiada dayaku dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.

Hasilnya, kaabah dipelihara daripada tentera abrahah kerana kekuasaan Allah. Masihkah ingat akan peristiwa tsunami peringatan daripada illahi, daripada gambar-gambar yang di ambil menunjukkan rumah Allah dipelihara meskipun kawasan lain hancur dek ombak mengganas.

Bukan itu sahaja, jika direnung kepada ayat terakhir surah al-fill, ‘ dan Dia menjadikan mereka seperti daun yang dimakan ulat’ . Tentera bergajah hancur apabila Allah mengirimkan burung ababil yang membawa batu dan menjatuhkan kearah gajah dan tentera abrahah akhirnya mereka menjadi daun seperti dimakan ulat. Cuba berimaginasi , bayangkan rupa daun –daun yang dimakan ulat.

Peristiwa itu memberikan ingatan pada kita bahawa kuasa Allah itu sangat hebat, dan bayangkan seandainya di akhirat kelak, kita dicampakkan ke dalam api neraka, merasa bahang panasnya api neraka. Mampukah kita menahan kepanasan api neraka ? Nauzubillah minzalikh , moga kita termasuk dalam golongan yang dijamin masuk syurga. InshAllah.

Iktibar daripada ayat terakhir memberikan ingatan pada kita supaya mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan yang mengheret kita untuk mengetuk pintu ke neraka.

Peristiwa tentera bergajah Abrahah banyak memberikan pengajaran yang bermakna jika kita aplikasikan ke dalam kehidupan kita. Renungilah mata hati, pilih yang terbaik supaya hati senantiasa bersih dan kita senantiasa berada di jalan- Nya.

nota kaki : i can't stop smiling. if a smile can change a life, i wish to smile for million people, so dat i can change million of people's life :)


abg , akak, senyum macam saya. ceria (^_^)


Thursday, February 3, 2011

Research v. Vacation


cuti midsem CNY yang padat. 
Langkawi- Terengganu-Ukm
mengembara ke bumi mahsuri bersama dengan batch 24 fuu ukm 
 tujuan di minda untuk kajian tanah rizab melayu. 
but i guess, the best word is not research , it's all about vacation with them.
menjelajah ke Cable Car, Gunung Mat Chincang, Oriental Village, 
Beras Terbakar dan Padang Mat Sirat. 
so, enjoy the pictures, as it speaks much better than me!
memorable journey in Langkawi. 


Pandangan dari 705 meter dari aras laut.

merenung jauh ke hadapan.

jejak 9 rakan. 8 girls v 1 boy.


model-model Fuu pose di Langkawi.

oriental village with english sytle

pantai cenang or bali malaysia.
 beautiful sunset , they' re on their banana boat while i'm their photographer

kenangan memori rapid lang !

Monday, December 27, 2010

Opss! I'm 12 years old:)

situasi 1: di sekolah umi

anak murid umi : adik ni, anak ustazah norleha ek? form brape?
saya : saya form 2 . (dgn konfiden menjawab!)


situasi 2 : di pasar

kawan umi : kak ha, anak akak ni sekolah kat mane?
umi: eh, dia ni dah blajar kat u. Dah tahun 3 dah pun.

situasi 3: apabila ditahan JPJ

JPJ: Dik, bak IC, awk ni kecil jer, ada lesen tak?
saya: saya dah besarlah pak cik oi( sambil memberi ic)
JPJ: oh , dah umur 21 . saya ingat tak ada lesen lagi.saya tengok besar kereta dari  orang.


that was the reason my fb's name was budak kecik, even now i'm still using nickname as budak kecik in my writing. i guess kalau bagi love letter kat orang lain pakai nickname 'budak kecik' mesti takde orang tau kan :p


jangan jeles dengan kemudaan saya !


semalam hari yang penuh menggembirakan. Hari yang penuh keharuan. Hari kek sedunia .

Terima kasih untuk hari yang indah people!


lokasi : KFC Kajang .

Breakfast dengan kek ! seriously langsung tak perasan dengan aksi-aksi yang dilakonkan sampailah dikejutkan dengan bufday suprise. Mereka2 ni best fren saya di FSSK , dah final sem pun. Next sem tinggal saya sedih-sedih. What i can say, kalaulah  nas supervisor untuk thesis korang confirm dapat A++ dengan lakonan korang. saya jamin layak untuk pencalonan Anugerah Skrin 2011, pencalonan awal!  

thanks for the cokelat cake dan bantal busuk !



second time makan kek waktu petang. 

demand ! nak cokelat indulgence dari che nad a.k.a. rumate tersayang yang dah menghuni hampir 3 tahun. Kalau nak tahu saya in relationship dengan sape di fb, inilah tuan punya buah hati. gambar ini captured last sem, di secret recipe. Petang semalam che nad, keluar merewang di Midvalley dan pulang dengan kek untuk saya! 
oh , saya terharu yang amat :)

 kek ketiga lokasi di restoran UK , bangi. 

Kalau siapa2 ada keinginan nak ke UK , jimat kos, jemput datang ke restoran ini. Seriously terharu ! sambutan bufday untuk 2 orang sekaligus. 

*che nas dan che ariey *

thanks theerah, linda, mastura, ariey, debot, ika, ira, zahirah dan anis.


Thanks for the wonderful day friends. Wishing u all happy always dan semoga Allah merahmati dirimu selalu. Semakin bertambah usia, i'm hoping to be more matured than before. Perkara paling penting sekali, perlu ingat perjalanan menuju kematian bermula sejak dari lahir lagi. Jadi, maknanya dah dekat kita nak mengadap illahi kan?



note: saya rindu buah hati di rumah. Jauh itu dekat, dekat dengan rindu(,")


Tuesday, December 21, 2010

Monolog saya sayang awak:)


Pernah saya ungkapkan kepada awak , " saya sayang awak. Maka saya nak awak sentiasa berada pada jalan Nya .Untuk saya teguri awak sekiranya tersilah arah, tak perlulah saya minta kebenaran daripada awak kerana saya sayang awak kerana Allah. Kerana Allah juga saya ada kekuatan untuk menegur awak.

Pernah saya bisikkan kepada awak , " Kita berjiran sama-sama di syurga nak ? saya nak sayang awak  di dunia, inshAllah sampai akhirat. Kalau Allah izin saya masuk syurga, saya nak awak ada di sebelah saya."

Tetapi jawapan awak buat air mata saya berderai, membasahi pipi.

awak jawab , " Saya tak layak dan bukan hambaNya yang baik "

kemudian saya tepuk bahu awak , "Allah masih pinjamkan umur untuk kita. Belum terlambat untuk kita berusaha sama-sama kan? "

saya dekati awak, " Psst! kalau saya masuk syurga, saya nak kita langkah sama-sama. Mesti seronokkan?  Tetapi kalau Allah takdirkan saya di neraka , awak palingkan wajah awak dari melihat wajah saya, ya? . Saya tak mahu awak sedih tengok saya."

saya tertunduk di depan yang Maha Esa dan dalam sujud saya memohon.

" Ya Allah berikanlah kekuatan dan kesabaran iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya didunia ini. Jadikan dia golongan hamba yang Kau redhai. Peluk dia dengan kasih kepada Mu. Jangan biarkan dia kosong tanpa hidayah Mu "


jom saya pegang tangan awak, kita sama-sama raih cinta illahi
jom bercinta ke syurga :)

Jom couple dengan iman dan amal, moga kita akan sama-sama meraih cinta di syurga!

Jom jadi mawar yang cantik dipandang, tetapi susah dekati sebab duri menjadi imannya.!

Jom bercinta ke syurga!



p/s: 3 semester lagi. InshAllah:)


Friday, December 3, 2010

Crunchy Butter Cookies :)

musim sejuk , bukan musim salji tetapi musim hujan, perut senantiasa karaoke minta diisi. Putera katak yang gigih berlatih karoke  memanggil hujan menyebabkan matahari sangat malu untuk keluar.maharaja dan maharani katak galak berenang di lopak-lopak hujan. 

Jom tinggalkan cerita putera katak dan godek-godek didapur dengan butter cookies.


gambar ihsan dari google. sebab semua dah masuk dalam perut:)


Bahan--bahan
1 cawan buttercup
1 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung
1 cawan kacang tanah yg dikisar halus
1 biji telur
1 sudu baking powder
1 sudu kecil esen vanila
garam secukup rasa 
hazelnut atau almond sebagai hiasan

Operasi Masak2.
  • campurkan buttercup dan gula halus, putar sehingga serasi
  • masukkan telur, tepung, kacang, esen vanila dan baking powder, 
  • adun sehingga boleh membentuk doh , supaya snang dibentuk cookiesnya nnti.
  • taburkan sedikit tepung gandum pada dulang supaya bila dibakar , cookies tidak melekat
  • bakar pada suhu 130'c dlm masa 20-25 minit


Jom try! selamat bercookies:)


Wednesday, December 1, 2010

Otak Bercambah


Pernah membaca ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih 1 & ketika ketika cinta bertasbih 2?

if yes, kindly please do read this novel -> BUMI CINTA.

seriously, it's totally different from the previous novel. y? u'll know only when u read it by yourself. believe me. feel the experience.

Pernah membayangkan kehidupan yang bakal dihadapi Ayyas, graduan dari Universiti Madinah membuat kajian di Moscow, untuk master dan hidup di sebuah negara yang feel free to have sex dan negara paling top dalam pornografi. Iman teruji apabila hidup sebumbungkan dengan Yalena , gadis yang percaya tidak wujudnya tuhan malahan pelacur kelas atasan, serta Linor , seorang yahudi, ejen perisik Zionis dan sangat pesimis dengan islam. Linor merancang melakukan pengeboman di salah sebuah hotel dan menjadikan Ayyas sebagai kambing hitam, malahan cuba untuk mewujudkan konflik antara islam dan israel. Godaan bertambah apabila pensyarah penyelidiknya jua, Profesor Anastasia, memberikan ciuman di khalayak ramai, ketika berdebat mengenai 'Perlukah Tuhan di Era moden'.  Cerita tak akan lengkap tanpa kisah romeo dan juliet. Ayyas yang mendambakan permaisuri yang bakal merajai hatinya suci, dan siapakah yang menjadi pilihan Ayyas. Adakah Linor, Yalena, Profesor Anastasia atau gadis yang dipinangnya di indonesia?

Otak bercambah dengan segala fakta-fakta yang betul dalam novel ini. Mengungkap sejarah Palestin dengan Perang Sabra dan Shatila 1982, Immanuel Kant ahli jurispruden yang menekankan konsep Jural Postulate, cerita mengenai tokoh -tokoh seperti Yvonne Ridley, wartawan yang akhir memeluk islam dan Dr Maurice Burke yang membuat kajian mengenai mumia firauan dan akhirnya memeluk islam  dsb.


'tika pagi, orang yang lalai akan berfikir apa yang harus dilakukan, tetapi orang yang berfikir, akan berfikir apa Allah akan lakukan kepada Nya.' (Ibnu Athaillah As Sakandry ) 


antara kata-kata menikam kalbu tak perlukan pedang untuk ditusuk dalam buku ni.


serius makin banyak yang dibaca makin yang tidak tahu. terasa makin kerdil.



p/s: hve to go! marble kek menunggu! :D

Saturday, November 20, 2010

Let's take a break!

Let's take a break with kit kat. eh eh tak! nas tak suka kit kat. suka cadbury! this time let's take a break with MURTABAK MAGGI not with kit kat or cadbury. aktiviti paling best ialah buat makan untuk makan banyak-banyak dan yang penting menjadikan adik-adik buah hati sebagai tester!


Murtabak Maggi (hidangan utk 4 org)

bahan-bahan
2 bungkus maggi
sosej
5 biji telur
lada sulah/lada hitam/garam secukup rasa/mix vege


operasi masak-masak2!
rebus maggi , toskan .letak tepi
rebus sosej.toskan,letak tepi
telur + garam +lada sulah +lada hitam +garam = kacau dengan sebatinya dan serasikan
mixkan semua bahan2 diatas.
goreng di pan yang panas!
p/s: b'gntung pada kreativiti nak tmbah apa2 bhan,mybe lobak, fishball.
ikut citarasa suka suki(,")
cicah dengan sos!

no picture at all, semua dah msuk dlm perut dah:p


3S! -> simple! short! sodapp!



Pernah terfikir adakah kita termasuk dalam golongan yang sedikit? Kenapa golongan yang sedikit dan bukan golongan yang banyak ? pelik bukan! jom baca ini. Alhamdulilah. erti syukur. Moga kita adalah insan yang termasuk dalam golongan yang sedikit. InshAllah!

Saturday, November 13, 2010

senyum:)

done with all finals. I'm home for almost 3 days and feeling so happy. the journey for semester 5 complete and right now just wait for result. I don't care at all about result. I know i had done my best and let Him decide everything for i had done. Tawakal(,")

bahasa mcm caca marba, kesan perlu jwab 1 soalan dlm bm dan 1 soalan dlm bi.*hancus bhasa*

hati bagai disayat pilu. air mata seakan-akan ditahan.
please don't cry when u'r tested but  thankful to him.

kejadian before last paper, as usual, tak pernah miss, dan inshAllah tak akan miss, telefon umi buah hati forever. Berita sayu disampaikan. Anak jiran sebelah rumah meninggal dunia. automatik. air mata berlinang , memang ratu air mata pun. Last i met arwah syafiq 3 months ago, during mid semester break for aidilfitri. That was the last i saw him walk in front of his house. He's just 16 years old same wif my lil bro. 

Dulu, kalau cuti2 sekolah, selalu pagi-pagi lepas subuh nas, adik2 nas dan arwah akan keluar joging keliling kampung.Petang-petang main badminton sama2. Kadang2 senyap-senyap umi dan abah tak tau kami pergi memancing. Balik umah terus dapat 'piyap' hadiah dari umi abah. Membesar depan mata, hati mana tak sayu bila nas balik umah, nas tak akan dapat tengok dia lagi forever. Hati lagi bertambah pilu, bila mengenangkan dia anak sulung dan adik bawah dia masih ramai. sayu .T_T.

emosi sila pergi jauh-jauh. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala baik dan buruknya. redha:)

Dia meninggal pada usia 16 tahun. Kita akan meninggal pada usia berapa ek? 
Tahukah kita?

Terbaca daripada 1 blog.

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal;
sedekah jariyah,Ilmu yang bermanfaat dan Anak saleh yang mendoakannya (HR Muslim)

Nas berusia 21 tahun . Kalau ikutkan hadis di atas, nas tak mampu untuk mendapatkan anak saleh yang mendoakan sebab nas masih lagi belum mendirikan masjid. Yang tinggal hanya sedekah jariyah dan ilmu yang  bermanfaat. Jadi, bila difikirkan nas perlu berubah. Gunakan medium yang sedia ada untuk menyampaikan apa yang kita tahu kepada orang ramai. 

Anda mahu berubah ?

Jom gunakan medium yang ada seperti Fb, twitter, blog and etc untuk menyampaikan ilmu.

Jadi, segala penulisan yang ditag 'halwa hati' telah berpindah ke laman sesawang baru .


Hati itu adalah raja dan anggota badan itu adalah tenteranya. Jika baik rajanya, maka baiklah pengikutnya. Begitu juga hati. Hati yang kotor perlu dicuci daripada virus kejahatan bukan dengan menggunakan kaspersky or avira, tetapi dengan iman, amal dan taqwa kepada Nya. (^._^)



p/s: i have to go now and bake cupcakes for my lil sister's bufday:)



Tuesday, November 2, 2010

walk to remember:)

Journey for this semester almost complete. Only 2 paper are unsettled. 
Only a words cud be described ! Alhamdulilah. !
For giving the strength, to walk along the way. 
The most hectic and heaven semester but having lots of fun. Life without weekend.
 Class on saturday and on sunday u have to struggle to finish up all the tutorials. 
Non stop working. U woke up  early in the dawn, and u stay up till the late.
 Even sometimes, u wish to quit and give up.
 But friends make u keep staying. did u ever heard this words ? 
"when life seems to give hundred reason for u to cry, 
it does show life has million reasons for you to keep smile ".
 Friends are everything and the most important the prayer from beloved umi and abah. 
The only lovers i would love forever. 
So, deary friends, dun ever give up.! Just stay strong till the end of time.
He did meantioned u,wutever happen keep strong,
 He would't test u somesting u can't bear. 
He will help u as long u want him to.
 Put your trust to Him and u'll gain much stronger.

(^__^)

*the memorable journey dis sem*

4 in the morning bak kate gwen stefani
equity follows the law
*credit to ira nadhirah. i curi bleh*

Fit Conqueror Pte Ltd
we conquer!
maher zain's showcase
save the soul!
* 1 tekad & terima kasih mengingatkannya*

soga sambil bersogo!


'Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, 
tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia didalamnya.
Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa..
 tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya.
Jika kau kecewa, maka pandanglah sungai.
. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.
Jika kau merasa sedih pandanglah ke langit,
 kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...'




*almost 91 days I had been missing u and will keep missing u*