kaki stalk :)

Showing posts with label al-fill. Show all posts
Showing posts with label al-fill. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Ibrah Ayat Seribu Dinnar :)


'sesiapa yang bertaqwa pada Allah nescaya akan diberikannya kelapangan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi sesuatu perkara'

satu kisah menarik yang ingin dikongsi :

kisah para sahabat pada zaman Imam Hassan Al-Basri. Seorang lelaki  mempunyai seorang anak yang sakit dan seorang isteri penenang hati. Kehidupanya susah dan kadar cukup makan sahaja. Lelaki itu berkelana hatinya, kerana dilema dalam memilih untuk pergi menuntut ilmu atau menjaga anak yang sakit. Duit yang sedia ada hanya cukup untuk mengubati sakit anaknya.

akan tetapi hatinya, tekad memilih untuk pergi menuntut ilmu di jalan Allah dan meninggalkan isteri dan anaknya yang sakit di rumah. Pahat di hatinya seteguh mungkin tawakal pada Allah.

Sepanjang peninggalannya menuntut ilmu, pada suatu hari rumah yang didiami oleh keluarganya telah didatangi dengan sekumpulan doktor dan telah merawat anak itu sehingga sembuh. Bila ditanya oleh isteri kepada doktor tersebut, katanya, suami kamu yang telah mengupah saya supaya merawat anak kamu.Isterinya mengucap syukur , alhamdulilah!

Sekembalinya,si suami daripada menuntut ilmu, dia hairan melihat anaknya telah sihat dan dia bertanyakan kepada isteri mengenai keadaan anaknya. Isterinya menyatakan, 'terima kasih abang, sebab telah mengupah doktor merawat anak kita meskipun abang pergi jauh menuntut ilmu'

suaminya merasakan amat pelik dan hairan kerana dia tidak pernah mengupah doktor untuk merawat anaknya.Rupa-rupanya , doktor itu telah tersilap rumah dan sepatutnya merawat anak kepada jirannya.

Faham cerita ini? Bila kita decice untuk bertaqwa dan bertawakal pada Allah, nescaya Dia permudahkan perjalanan hidup kita dan memberikan rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka ^_^ Epiknya, hidup ini niat tersangatlah penting dan biarlah bersandar kerana Allah Taala. InshAllah segalanya dipermudahkan:) 

Teringat kata-kata salah seorang pensyarah merangkap peguam, Mr GK, "lembu kalau tak nak hilang perlu diikat dengan kuat pada tiangnya, tetapi sembahyang pun perlu 'kuat' juga "

Friday, February 11, 2011

Ibrah surah al-fill penuh hikmah :)



Teringat saya kenangan sewaktu di tingkatan lima, ketika menjadi salah seorang panel dalam pemilihan ahli badar bagi sesi depan.Diberi mandat untuk menemuduga junior-junior mengenai skop sirah junjungan rasul. Terkedu dan terpana seketika kerana apabila ditanya dengan soalan yang begitu senang, siapa ayah Nabi Muhammad s.a.w, siapa ibunya, siapa ibu susunya, rata-rata ramai daripada mereka tidak dapat menjawabnya. Tampaknya, sirah-sirah yang diajar sewaktu di sekolah rendah hanya dihafal dan diingat untuk tujuan peperiksaan. Ada rasa hati penuh terkilan.Kalau baginda masih hidup, tentu baginda kecewa kerana umat kesayangannya sendiri lupa akan salasilah kehidupannya sedangkan di hari perhitungan kelak dengan bagindalah , kita memohon syafaat.

Tidak lagi kita akan menyambut maulidur rasul dan sempena dengan itu surah Al-fill sangat sinonim dengan sambutan maulidur rasul yang akan disambut pada 12 rabbiulawal 1432h yakni hari selasa.

Surah al-fill menjelaskan kegagalan tentera  gajah  dan Abrahah dalam menakluk kaabah. Kerana hasad dengki Abrahah, akan kaabah yang menjadi tumpuan muslimin dan muslimat di serata dunia datang beribadat, maka dia merancang untuk memusnahkan kaabah . Perasaan hasad dengki di hati, nyata memberikan kesan negatif. Betullah  kata ulama, hati itu adalah raja, andai baik raja, maka baiklah tenteranya. Dek perasaan hasad dengki, Abrahah merancang untuk memusnahkan kaabah supaya semua orang tidak lagi menjadikan kaabah sebagai kawasan tumpuan ibadah.

Sejarah membuktikan perasaan hasad dengki memberikan banyak kesan buruk seperti kisah Nabi Yusuf a.s. yang dihumban dalam telaga dan berpisah bertahun-tahun daripada ayahandanya Nabi Yaakub dan Bunyamin bertahun-tahun ,kerana perasaan hasad dengki yang bergelumang di hati saudara-saudaranya. Bukan itu sahaja, kerana hasad dengki jua, kejadian pembunuhan pertama di dunia, Habib dibunuh saudaranya Qabil.

Hasad dengki yang memenuhi dada , bukan sahaja mampu membunuh diri sendiri, malahan membunuh diri orang lain. Resolusinya, kita transformasikan hasad dengki itu kepada positif dengan cara seperti dengki apabila melihat seorang yang berilmu, mengajarkan ilmunya kepada orang lain, atau seorang yang kaya dan menggunakan kekayaannya pada jalan Allah. Jika dengki positif ini menjadi perisai hati, dunia akan aman, malahan ramai orang akan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan pada jalan Allah.

Perkara yang paling menarik hati saya, sebelum Abrahah menyerang kaabah dengan tentera bergajahnya, dia telah menemui Abdul Mutalib dan menyatakan ‘aku ingin merobohkan kaabah ini’. Maka jawab Abdul Mutalib ‘ aku serahkan kepada pemiliknya’.

Perkataan ‘aku serahkan kepada pemiliknya’ sangat menyentuh hati saya. Pemilik kaabah adalah Allah. Kata-kata itu menunjukkan jiwa Abdul Mutalib yang meletakkan tawakal kepada pencipta meskipun pada waktu itu islam masih lagi wujud. Jika diaplikasikan dalam kehidupan seharian, kita sewajarnya bertawakal kepada Allah, percaya dengan segala ketentuanNya dan reda dengan qada dan qadarnya. Allah itu Maha Berkuasa dan kuasa-Nya tiada batasannya.

Seiring dengan zikir ‘la hawla quata illah billah’ iaitu tiada dayaku dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.

Hasilnya, kaabah dipelihara daripada tentera abrahah kerana kekuasaan Allah. Masihkah ingat akan peristiwa tsunami peringatan daripada illahi, daripada gambar-gambar yang di ambil menunjukkan rumah Allah dipelihara meskipun kawasan lain hancur dek ombak mengganas.

Bukan itu sahaja, jika direnung kepada ayat terakhir surah al-fill, ‘ dan Dia menjadikan mereka seperti daun yang dimakan ulat’ . Tentera bergajah hancur apabila Allah mengirimkan burung ababil yang membawa batu dan menjatuhkan kearah gajah dan tentera abrahah akhirnya mereka menjadi daun seperti dimakan ulat. Cuba berimaginasi , bayangkan rupa daun –daun yang dimakan ulat.

Peristiwa itu memberikan ingatan pada kita bahawa kuasa Allah itu sangat hebat, dan bayangkan seandainya di akhirat kelak, kita dicampakkan ke dalam api neraka, merasa bahang panasnya api neraka. Mampukah kita menahan kepanasan api neraka ? Nauzubillah minzalikh , moga kita termasuk dalam golongan yang dijamin masuk syurga. InshAllah.

Iktibar daripada ayat terakhir memberikan ingatan pada kita supaya mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan yang mengheret kita untuk mengetuk pintu ke neraka.

Peristiwa tentera bergajah Abrahah banyak memberikan pengajaran yang bermakna jika kita aplikasikan ke dalam kehidupan kita. Renungilah mata hati, pilih yang terbaik supaya hati senantiasa bersih dan kita senantiasa berada di jalan- Nya.

nota kaki : i can't stop smiling. if a smile can change a life, i wish to smile for million people, so dat i can change million of people's life :)


abg , akak, senyum macam saya. ceria (^_^)