kaki stalk :)

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

The Best Ones! :)

Dreams and wishes always come to our mind and heart. It something  that we dream for and wishing to achieve it. I found this hadith and it does inspire me :)

Sabda Rasullah s.a.w : Dan jika diminta kepada Allah, maka mintalah padanya syurga firdaus kerana syurga firdaus adalah yang paling tertinggi.

Maksudnya dalam hidup ini, kita perlu aim kepada yang terbaik, mencuba sehabis terbaik, dan mendoakan yang terbaik. Dalam erti kata lain, jadilah yang terbaik dalam kalangan terbaik.

seperti kata Les Brown, Shoot for the moon , even u miss it u will land among the stars :) 

TERBAIK ! bukan  maksudnya PERFECT !

sebab, U will never reach perfection, because there is always room for self improvement. Yet, along the way, u will learn to get better.

tetapi bagaimana telah sehabis daya mencuba yang terbaik, dan u'r almost give up ?

Allah doesn't require u be the best, He just wants u to do the best, and He will take care of the rest ( Mufti Abdul Rahman Yusuf)

mencuba yang terbaik, mendoakan yang terbaik, inshAllah :) 


Tomorow, will start my attachment at Suriati & Co .cuak! tetapi berlagak cool :p☺ ☺ ☺

Saturday, April 23, 2011

Post Mortem Ulat Buku ! bkn ulat bulu :)

Pejam celik -pejam celik , rupanya dah habis 3rd year ! Masa yang berlalu begitu pantas. Oh,baru perasan, next sem dah start final year, and it's gonna be very hectic year . Alhamdulilah, i'm done with my 9 papers. For whatever might happen for future, choosing to say Alhamdulilah ,for the strength given by Him till todays.Taking 2 courses at the same times, it's full of challenging and there's so many things u have to sacrifice. But till todays, I do and always believe, Allah won't put in u situation u won't be able to survive . He won't test u something what we can't bear (2:286).

Rigtto after final the most stressful paper, company, kaki melangkah ke Pesta Buku Antarabangsa KL  bersama dengan girlfriends:)

Kalau orang tanya saya, apa tempat favourite yang paling saya suka ? tanpa ragu, saya cakap, saya paling suka ke kedai buku ! I can spend most of my time di kedai buku, membelek semua buku, tanpa rasa bosan without doubt.

Diperkenalkan dengan buku, sejak masih belajar bertatih lagi. 1st novel yang saya beli guna duit tabung masa darjah 2 , Membilang Harapan. Since daripada itu, duit dikumpul sebab nak beli buku, sampai penuh bookshelves kat rumah dengan buku-buku ! :)

Saya kagum dengan parents yang mencuba didik anak to love readings. It's much better than parents yang put effort untuk anak-anak mereka, minat pada  idola kecil, menyanyi dan menari and whatsoever on. 

Sebab pada saya, anak adalah harta yang paling bernilai, tak mampu dinilai dengan wang. Lahirnya seorang anak  itu suci seperti kain putih dan yang mencorakkannya adalah parents. Antara salah satu amalan yang tidak akan putus meskipun kita dah di alam-barzakh adalah doa anak soleh. Kalau didik anak mengenal idola kecil  n etc, agak-agak bila besar adakah mereka tahu untuk mendoakan parents mereka? Tepuk dada, cuba fikir sendiri, hati anda memang tahu jawapannya!

some of my friends , posted it at facebook and I totally agree with that. Don't blame your children , but check back what u had done to your children.

How do you expect kids to listen to their parents as, Tarzan lives half naked, Cinderella comes back home at midnight, Pinocchio lies all the time, Aladdin is the king of thieves, Batman drives at 320KM/h, Sleeping beauty is lazy and Snow white lives with 7 guys. We shouldn’t be surprised if kids misbehave at times! They get this from their own storybooks.

we did have our own sirah . i wish when i hve my own children , i wanna tell them the history of our islam, the prophets, companions for their bedtime stories:)



Membaca Membuatkan Kita Mengenali Dunia (Rooftop Rant - Hlovate )



p/s: dalam misi merangka agenda 4 bulan honeymoon di rumah di samping attachment student di Suriati & Co, Housegirl yang educated, along yang penuh kasih pada adek -ader terindu , mama yang super penyayang pada anaknya  :)

Sunday, March 13, 2011

kanak-kanak riang bersukan :)

KREW Perundang best,
 congrats to Arif Hakimi yang ditepung tawar semalam.
mengimbau kenangan memori seperti zaman-zaman kanak ribena di sekolah
rumah oren.rumah hijau.rumah merah.rumah biru
tarik tali. lari dalam guni.baling selipar.baling belon berair.
walau matahari terik atas kepala, peluh merenik didahi 
tetapi ia tetap manis dikenang.

kanak-kanak masuk padang

lari dalam guna.bukan senang nak tengok ou you kong beng main mcm nih :)

kanak-kanak yang amat exsaited !

tarik tali sambil berguling-guling dan gelak,ini rumah merah ! 

rumah oren, rawwls! haha .champion of the KREW 

ooi, muka serius, ini rumah hijau :)

final tarik tali :oren v biru, 
sehingga disaat akhir walaupun sebenarnya semua orang terseret dek kuatnya rumah oren

yang ini special edition: 
harta qarun di FUU yang tak pernah fail buat saya senyum dengan karenah mereka.
feel tacing tacing dah bermula bermain, 
sebab third year dah almost over, dan next sem i'm final year student.
nanti bila dah grad, dah kerja , 
bila tengok balik album lama-lama mesti meleleh air mata, gelak sorang-sorang 
sebab rindu zaman-zaman jadi kanak-kanak .
*semalam dalam kenangan yang mengembirakan *
love u all :)


p/s:minggu ini struggle habis-habisan


Tuesday, February 8, 2011

lagikan si kecil tahu akan hakikat itu.



Ashraf Omar memimpin anaknya yang berusia 5 tahun meninggalkan perkarangan kubur , setelah pengebumian arwah ayahnya. Di tatkala senja itu yang muram itu, anaknya cuba menyerikan suasana yang sepi itu.

anak: Papa mesti sedihkan atuk dah pergi tinggalkan papa. Papa, kalau Faris tanya papa , jawab ek. Janji tau.

Ashraf : ya, sayang, tanyalah.

anak : berapa lama kita akan berada dalam kubur ?

Ashraf : anakku, kita akan berada dalam kubur, sehinggalah hari kiamat akan datang. Kalau lambat lagi hari kiamat akan datang, maka lamalah kita akan menjadi penhuni kubur.

anak: kalau macam itu, maknanya, kalau kita baik dan banyak amalnya, mesti kubur kita luas dan terang. Tapi kalau amal kita kurang, banyak buat dosa, maka kita akan diseksa sampailah hari kiamat akan datang. Takutnya Faris kalau kena seksa dengan ular yang besar, pukulan bertalu-talu daripada malaikat kalau Faris tak dapat nak jawab soalan mereka. Betul tak papa?

Ashraf : ya, sayangku.

Ashraf Omar terkedu dengan jawapan anaknya, lagikan si kecil tahu akan hakikat itu, anda yang dewasa malahan sudah berfikiran matang bagaimana?

tanya hati, tilik iman, cukupkah amal sebelum kita menjengah ke alam barzakh J


nota kaki: inpirasi coretan kali ini, dek teringat saya akan kata-kata buah hati , adek terchenta bila jatuh dan tersembam ke tanah, malahan berdarah mulut. kata-kata pertama yang keluar dari mulutnya , "eh mat, hidup lagi, ingatkan dah mati " . Dia sikecil yang berusia 4 tahun tahu akan hakikat kematian. Tidakkah terfikir anda?

short update: saya cuak dengan company law test, jumaat minggu ini. 3pm (^_^)

Thursday, February 3, 2011

Research v. Vacation


cuti midsem CNY yang padat. 
Langkawi- Terengganu-Ukm
mengembara ke bumi mahsuri bersama dengan batch 24 fuu ukm 
 tujuan di minda untuk kajian tanah rizab melayu. 
but i guess, the best word is not research , it's all about vacation with them.
menjelajah ke Cable Car, Gunung Mat Chincang, Oriental Village, 
Beras Terbakar dan Padang Mat Sirat. 
so, enjoy the pictures, as it speaks much better than me!
memorable journey in Langkawi. 


Pandangan dari 705 meter dari aras laut.

merenung jauh ke hadapan.

jejak 9 rakan. 8 girls v 1 boy.


model-model Fuu pose di Langkawi.

oriental village with english sytle

pantai cenang or bali malaysia.
 beautiful sunset , they' re on their banana boat while i'm their photographer

kenangan memori rapid lang !

Monday, December 27, 2010

Opss! I'm 12 years old:)

situasi 1: di sekolah umi

anak murid umi : adik ni, anak ustazah norleha ek? form brape?
saya : saya form 2 . (dgn konfiden menjawab!)


situasi 2 : di pasar

kawan umi : kak ha, anak akak ni sekolah kat mane?
umi: eh, dia ni dah blajar kat u. Dah tahun 3 dah pun.

situasi 3: apabila ditahan JPJ

JPJ: Dik, bak IC, awk ni kecil jer, ada lesen tak?
saya: saya dah besarlah pak cik oi( sambil memberi ic)
JPJ: oh , dah umur 21 . saya ingat tak ada lesen lagi.saya tengok besar kereta dari  orang.


that was the reason my fb's name was budak kecik, even now i'm still using nickname as budak kecik in my writing. i guess kalau bagi love letter kat orang lain pakai nickname 'budak kecik' mesti takde orang tau kan :p


jangan jeles dengan kemudaan saya !


semalam hari yang penuh menggembirakan. Hari yang penuh keharuan. Hari kek sedunia .

Terima kasih untuk hari yang indah people!


lokasi : KFC Kajang .

Breakfast dengan kek ! seriously langsung tak perasan dengan aksi-aksi yang dilakonkan sampailah dikejutkan dengan bufday suprise. Mereka2 ni best fren saya di FSSK , dah final sem pun. Next sem tinggal saya sedih-sedih. What i can say, kalaulah  nas supervisor untuk thesis korang confirm dapat A++ dengan lakonan korang. saya jamin layak untuk pencalonan Anugerah Skrin 2011, pencalonan awal!  

thanks for the cokelat cake dan bantal busuk !



second time makan kek waktu petang. 

demand ! nak cokelat indulgence dari che nad a.k.a. rumate tersayang yang dah menghuni hampir 3 tahun. Kalau nak tahu saya in relationship dengan sape di fb, inilah tuan punya buah hati. gambar ini captured last sem, di secret recipe. Petang semalam che nad, keluar merewang di Midvalley dan pulang dengan kek untuk saya! 
oh , saya terharu yang amat :)

 kek ketiga lokasi di restoran UK , bangi. 

Kalau siapa2 ada keinginan nak ke UK , jimat kos, jemput datang ke restoran ini. Seriously terharu ! sambutan bufday untuk 2 orang sekaligus. 

*che nas dan che ariey *

thanks theerah, linda, mastura, ariey, debot, ika, ira, zahirah dan anis.


Thanks for the wonderful day friends. Wishing u all happy always dan semoga Allah merahmati dirimu selalu. Semakin bertambah usia, i'm hoping to be more matured than before. Perkara paling penting sekali, perlu ingat perjalanan menuju kematian bermula sejak dari lahir lagi. Jadi, maknanya dah dekat kita nak mengadap illahi kan?



note: saya rindu buah hati di rumah. Jauh itu dekat, dekat dengan rindu(,")


Thursday, December 16, 2010

random: 3 dalam 1

Bahana tak update blog selama 1 minggu, so sila hayati 3 dalam 1. ini bukan iklan milo, iklan hot chocolate atau iklan nescafe packet 3 dalam 1 tetapi iklan 3 cerita dalam 1 entry . 




cerita pertama: main masak-masak roti bun pisang.



bahan-bahan
1 cawan butter
1cawan gula
1 cawan air
1biji telur ayam
2 cawan tepung roti
2 sudu yis
2 sudu besar tepung
5 biji pisang di kisar halus




operasi masak-masak
  • campurkan kesemua bahan diatas, uli dan bentukkan doh sehingga sebati
  • biarkan ia kembang selama 2 jam
  • selepas 2 jam, adun lagi doh tersebut selama 20 minit lagi
  • adunan doh yang sempurna akan menyebabkan roti akan bertambah lembut
  • bentukkan adunan tersebut , bulat dan kecil , letakkan dalam dulang
  • kemudian, biarkan selama lagi sejam untuk adunan tersebut mengembangkan dirinya 


cerita usaha gigih untuk menjadi housewife yang educated tamat, sebab  musim honeymoon almost done. tak sabar tunggu cuti next sem. dengar cerita 4 bulan. betul ker? *excited yang amat*


cerita kedua: playful kiss


drama korea ini sebenarnya diadaptasi dari komik anime mischievous kiss dan i guess betullah kata orang kalau jatuh cinta biarlah selama-lamanya kekal.  Totally fall in love with Kim Hyun Joong, dulu pernah tengok dia berlakon dalam cerita Boy Over Flower sebagai Ji Hoo Sunbae.

Suka dengan karekternya cool, selamba, protective, sweet in his own way -> again accident hati!

Dalam cerita ini, dia sebagai hero, Baek Seung Jo. Mungkin ini bentuk cerita yang dicari-cari  selama ini, both of them imperfect, but when hero and heroin get together, it's complete. Watak Baek Seung Jo dalam cerita ini sebagai seorang yang pandai, IQ 200, dan etc. Heroin pula Oh Hani, seorang yang clumsy, tak pandai, dsb. Kekurangan hero adalah dia terlalu dingin, perasaan hebat, his life perfect tetapi dengan adanya Oh Ha Ni, ia melengkapi kerana Oh Ha Ni , seorang yang suka ketawa, walaupun tak pandai tetapi apabila hero bersama dengan heroin, it seems sweet:)


i like his smile !

study together !

ketika Eun Jo dan No ri sakit.

baek seung jo, berlagak seperti sifu!


kalau cerita panjang-panjang pun tak ada feel kan , melainkan tengok sendiri (,") 


cerita ketiga: balance itu penting.

binnabil huda by unic : lagu kat blog ni 


sibuk walau macam mana pun hidup ini, perkara paling penting kena spend masa juga dekat pencipta kita. hidup kena balance!!!  Yelah, manusia ini memang senantiasa pelupa bila dah terkejar ke sana ke sini,lupa akan tanggungjawab sebagai hamba. Walaupun sibuk 24 jam, kita wajib spend masa untuk mengadap yang Maha Esa. Ada sesetengah antara kita mungkin takut nak spend masa lama-lama mengadap illahi, sebabnya takut urusan duniawi tidak diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Hakikatnya, semakin banyak masa kita spend dengan illahi, InshAllah Dia akan membalas dengan menambah masa dalam kehidupan anda, malahan segala urusan dipermudahkan. 

cuba renungkan kata-kata Khalifah Umar Abdul Aziz " aku menyelesaikan urusan aku dengan Allah terlebih dahulu , maka Allah menyelesaikan urusanku dengan rakyat dan kerajaanku" . Bukti kukuh kejayaannya dalam membentuk kejayaan di era kegemilangan islam.


so, kita bagaimana? 
duniawi pun kita nak!
ukhrawi pun kita nak! 
jom balancekan hidup (^_^)


Wednesday, December 8, 2010

moon, star, sky, sunrise:)

630 pagi .
langit masih mengelap.


bulan masih mengambang. 
picture captured on 14 zulhijjah .
645pagi


nampak aura merah. sunrise!
 700 pagi


kat tengah sawah. sekarang musim orang semai padi.
nanti musim menuai mesti lagi cantik kan?


sky :)


mentari : saya dah tak malu2 nak terbit 





dan suatu tanda(kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam,kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan.

dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

dan kami telah tetapkan bagi bulan manzillah-manzillah, sehingga (setelah dia sampai ke manzillah yang terakhir)  kembali lah dia sebagai bentuk tandan yang tua.

tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. dan masing-masing beredar pada garis edarnya

(36: 37-40)

Cintailah Allah itu seperti setianya matahari terbit mengikut  edaran waktu yang ditetapkan oleh Nya (Habibulrahman el shirazy -Bumi Cinta)

Tidak kah kamu berfikir ???


Pernah terfikir apakah persamaan bulan, bintang ,langit dan mentari?
kesemuanya adalah ciptaan illahi yang sangat indah. kejadian ciptaan yang silih berganti tanpa ada antaranya saling mendahului antara yang lain. 


kata bulan  walau kutub utara, kutub selatan dan di mana jua berpijak, 
hakikatnya kita tetap pandang bulan yang sama 


kata bintang hadirku menjadi penerang 
diriku hanya  berkelipan di kala malam, 
i'm only shining in front of you


kata langit, aku penaung , 
langit dan awan yang membiru memberi teduhan kepada mu


kata matahari, aku gah seperti warnaku, 
memberi sinaran pada bumi



since musim honeymoon sekarang, dah jadi habit bangun seawal mungkin, after melepaskan rindu pada yang satu, mesti akan buka jendela. *tiba-tiba rasa nak berpuitis* . i looked and stared to the sky. kadang-kadang boleh duduk merenung langit lama-lama sambil tersenyum sendirian. inilah dikatakan even photo can't describe this feeling. it is where the peace comes from :)


cuak dengan tarikh 10.12.10 !



Saturday, November 20, 2010

Let's take a break!

Let's take a break with kit kat. eh eh tak! nas tak suka kit kat. suka cadbury! this time let's take a break with MURTABAK MAGGI not with kit kat or cadbury. aktiviti paling best ialah buat makan untuk makan banyak-banyak dan yang penting menjadikan adik-adik buah hati sebagai tester!


Murtabak Maggi (hidangan utk 4 org)

bahan-bahan
2 bungkus maggi
sosej
5 biji telur
lada sulah/lada hitam/garam secukup rasa/mix vege


operasi masak-masak2!
rebus maggi , toskan .letak tepi
rebus sosej.toskan,letak tepi
telur + garam +lada sulah +lada hitam +garam = kacau dengan sebatinya dan serasikan
mixkan semua bahan2 diatas.
goreng di pan yang panas!
p/s: b'gntung pada kreativiti nak tmbah apa2 bhan,mybe lobak, fishball.
ikut citarasa suka suki(,")
cicah dengan sos!

no picture at all, semua dah msuk dlm perut dah:p


3S! -> simple! short! sodapp!



Pernah terfikir adakah kita termasuk dalam golongan yang sedikit? Kenapa golongan yang sedikit dan bukan golongan yang banyak ? pelik bukan! jom baca ini. Alhamdulilah. erti syukur. Moga kita adalah insan yang termasuk dalam golongan yang sedikit. InshAllah!

Wednesday, November 17, 2010

Jangan Jual Mahal , Kalau Orang Dah Nak Bagi 27.

Suatu hari, abah bertanyakan kepada anak-anaknya . Kalau jual mahal bagi perempuan memanglah perlu tetapi biarlah bertempat. Kalau orang bagi duit RM27 dan duit RM1 free of charge ,mana satu pilihan anda? 

Mestilah yang RM27 kan! Siapa yang menolak tuah itu tersangatlah rugikan!

Analogi yang sangat mudah untuk dikaitkan dengan solat berjemaah. Tetapi ramai di antara kita pada hari ini memilih untuk dapatkan RM1 atau 1 pahala sahaja berbanding dengan RM27 atau 27 pahala.

Kalau solat sendirian hanya mendapatkan 1 pahala sahaja, dengan pelbagai possiblities, tidak khusyuk dalam solat, garu gatai sana sini, agak-agak kita akan dapat full tak 1 pahala?

siapa boleh jamin confirm dapat markah full 1 pahala?

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jadi, kawan-kawan, anda mahu yang 27 atau yang 1? pilihlah yang 27, nescaya beruntunglah anda di akhirat kelak.


sebagai tambahan:
  • Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:   “ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]
  •  sabda rasul s.a.w:  “ Bergembirah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.” *Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh*


Kalau dulu, i keep questioning kenapa abah, selalu marah -marah, bagi 'hadiah piyap' dan bagai. Teringat kalau selagi tak dapat nak baca lancar untuk 1 page helaian quran , mesti abah suruh ulang sampai 10 kali. Kadang-kadang masa menjadi kanak-kanak kecil dulu, terasa nak lari dari umah sebab selalu kena marah. Lambat semayang kena marah. Lambat bangun tidur kena berleter.


Tetapi kini saya faham. Betullah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan. Maksud tangan-tangankan, kita perlu didik anak-anak betul2. Sayangkan anak-anak kita tidak akan biarkan ia tersesat, tetapi kita pimpin anak-anak ke jalan yang betul. Fitrah anak kecil itu suci seperti kain putih yang mencorakkannya ialah ibu dan bapa.


along sayang yang amat umi dan abah :)


Mahu mencari kemurahan dan keberkatan dalam rezeki. klik ini.


salam aidiladha. 11 Zulhijah 1431H.