kaki stalk :)

Showing posts with label halwa hati. Show all posts
Showing posts with label halwa hati. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

air tangan ibu !

my mother always my adrenalin and my insulin :)

entri yang tulis live dari rumah. There is no place just like home ! seriously , setuju tak dengan saya? angkat kaki okeyh kalau setuju! hurrm, dua purnama tak menjejakkan kaki ke teratak tercinta , sampai di rumah hati terus terasa lapang. sampai saja di rumah dah ada list favourite food yang mesti umi buat. order dengan umi, nasi dagang , laksa penang, keropok lekor dan bla bla blah . 

okeh, hot story dari oven cerita pasal air tangan sendiri. eh bukan air tangan saya, tetapi air tangan si ibu dan juga air tangan si isteri :) 

tiba-tiba terdetik di hati, seusai solat aidiladha, air tangan seorang ibu lebih sedap berbanding yang dibeli di kedai. disclaimer : no wonder she can't stop herself from eating eating eating

kenapa ya?

sebabnya air tangan seorang ibu direncahkan dengan penuh kasih-sayang dan digoreng dengan rasa tulus ikhlas serta rasa tanggungjawabnya.

sedangkan air tangan yang dibeli di kedai diadun dengan niat hanyalah semata-mata untuk mencari keuntungan.

selama 22 tahun menghidup udara di bumi Dia, selama mata memandang, telinga mendengar dan hati merasa jua akal mentafsir, anak-anak yang dididik dengan air tangan ibu selalunya mempunyai 'tie bonding' yang rapat dengan family dan inshAllah mendengar kata parents :) *ini bukan sekadar hipotesis tetapi satu teori*

so, please choose to cook for your beloved ones rather than bought it from somewhere :) memasaklah dengan rasa kasih ^_^

Tok selalu pesan kat umi, even life is so busy and too much works, you have to cook for your family. Make sure , before abah dan kami ke sekolah, perut kami mesti kenyang :) And my umi she never fail to cook for us, every morning :)nasi lemak, nasi goreng, nasi minyak and so on.  love her so so much! Even  I promised to myself, when i do have my own family i'll do the same, inshAllah :D



Happy aidiladha people! :) 

encik daging yang dimakan punya risiko untuk menjadi penambah lemak dalam badan . aigoo!
*entri melalut tahap giga*ada saya kisah*

Saturday, October 1, 2011

Aku Mahu Menjadi Teristimewa


Seorang lelaki non muslim bertanya kepada seorang lelaki muslim ketika melihat kelibat seorang perempuan bertudung dan menutup aurat melintasi hadapannya .

lelaki non muslim : kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?

lelaki muslim : sambil tersenyum, dia mengeluarkan 2 biji gula-gula dari dalam koceknya. Lalu  salah satu darinya dibukakan bungkusan kemudian dia melemparkan gula-gula tersebut ke atas  lantai. Dia bertanya kepada lelaki kristian , antara kedua-duanya mana satu kamu akan pilih ?

lelaki non -muslim : mestilah yang masih dalam bungkusan.

lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.


DEAR LADIES, COVER UP! 
BEING A MYSTERY IS MORE SEXY THAN SHOWING EVERY INCH OF YOURSELF OFF


Biar cantik pada pandangan Allah .Jangan cantik pada pandangan mata insan yang tak halal padamu . Biar  panas di dunia kerana menutup aurat. Asalkan sejuk di syurga. Biar menutup aurat . Bukan membalut aurat. [membalut aurat : ertinya bila pakaian yang dipakai masih lagi ternampak liku -likuk badan] kadang-kadang kita dah tau sesuatu itu salah, tetapi kita masih lagi buat. Ingat , setiap yang dibuat setiap detik akan ditanya Allah, dan kerana itu aku mahu menjadi teristimewa di mata Mu, Ya Allah .

Tuesday, March 29, 2011

cinta illahi bukan lakaran puisi.


cinta illahi itu bukan lakaran puisi,ia lebih daripada itu.
cinta illahi itu apabila kita mencapai kemanisan iman. 

sabda Rasullah s.a.w: tiga perkara jika mereka mempunyai ketiga-tiga itu mereka akan mendapat kemanisan iman iaitu , Allah dan Rasul adalah dia cintai selain daripadanya, 
dia mencintai seseorang kerana Allah dan  dia benci untuk kembali kepada   
( maksiat) sebagaimana yang dia benci untuk dilemparkan ke neraka.

sabda Rasullah s.a.w lagi, 
iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, 
tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada dan dibuktikan dengan perbuatan.

Persamaan cinta illahi dan lakaran puisi kedua-duanya adalah indah
cuma perbezaannya cinta pada illahi itu menimbulkan 
ketenangan dan qalbul salim (hati yang sejahtera)

Bagaimana mencari qalbul salim ?
carilah kearah jalan-jalan mendekati Nya 
Firman-Nya : Sejengkal kita mendekatiNya, Sehasta Dia mendekati kita. 
Sehasta kita bergerak padaNya, Sepemeluk Dia menghampiri kita  .

 i did found this :
‎"In God, there is no sorrow or suffering or affliction.
 If you want to be free of all affliction and suffering, 
hold fast to God, and turn wholly to Him, and to no one else. 
Indeed, all your suffering comes from this: 
that you do not turn toward God and no one else." – Imam Al Ghazali-

pernah tengok video ini ?
the most inspiring video :)



terlalu berlembut salah. terlalu berkasar nyata salah.
maka jalan terbaik adalah diam.aku memilih untuk menyepi :)


Saturday, March 26, 2011

Saya Hendak Hak Saya!

Saya hendak hak saya! Itu adalah ungkapan sinonim yang biasa meniti dibibir kita setiap masa. Semua orang mahukan hak masing-masing. Tidak ketinggalan jua saya (^_^) Anda bagaimana?

Tahukah anda hak hanya wujud selepas kita melaksanakan tanggungjawab kita ? Ini bermaksud hanya jika melaksanakan tanggungjawab kita , kemudian barulah kita boleh menuntut hak kita.

Teringat saya pada kenangan tika menyiapkan tugasan Hak Asasi Manusia dan saya serta rakan yang lain memilih untuk 'interview' penghuni Raudatus Sakinah.Terpana seketika apabila ditanya oleh umi iaitu Pengurus Raudatus Sakinah, hak apa yang hendak dituntut apabila tanggungjawab tidak dilaksanakan?

Dari situ, saya mula belajar, hak hanya dapat wujud jika tanggungjawab dilaksanakan.

Analoginya cukup mudah, kalau kita menjalankan tanggungjawab mengundi di Pilihan Raya Umum dan kita akan berhak untuk memilih pemimpin yang kita pilih untuk menyuarakan pendapat kita.Andainya kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi , jangan salahkan pemimpin yang terpilih jika hak dan kepentingan kita tak disuarakan pada masa akan datang.

Cuba aplikasikan tanggungjawab dan hak ke dalam konsep hidup kita !

Kalau kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dengan sujud pada-Nya, taat pada- Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, maka barulah kita berhak mendapat hak kita seperti hak supaya Allah mengabulkan doa kita, mempermurahkan rezeki dan sebagainya. Adalah hak Allah terhadap kita, supaya kita senantisa ingat padaNya, bersyukur pada Nya kerana setiap helaan nafas ini adalah milik -Nya.

Cuba tanya diri, apa milik kita? semuanya milik Allah :)

Pernah mendengar hadis ini  ?

Jagalah hak-hak Allah, maka Allah akan menjaga hak-hak kamu, jagalah Allah seakan-akan Dia wujud di hadapanMu, jika kamu inginkan sesuatu, maka mintalah kepada Allah, jika kamu ingin meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan Allah.Ketahuilah sekiranya seluruh ummat berkumpul ingin memberikan manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melainkan apa yang telah ditulis oleh Allah untuk kamu. Dan sekiranya seluruh ummat berkumpul ingin memberikan mudarat kepada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melainkan apa yang telah dituliskan oleh Allah ke atas kamu.( Riwayat Tirmidzi.)

Faham maksudnya ?

Jangan ditanya kenapa Allah tidak mengabulkan doa, kalau hak terhadap Allah tidak dilaksanakan.

Jangan ditanya kenapa Allah tidak murahkan rezeki, kalau hak terhadap Allah tidak pernah hadir di ingatan.
 
Jangan ditanya , kenapa dan mengapa selagi hak dan tanggungjawab kepada Allah tidak dilaksanakan.

Ingat hanya apabila kita menjaga hak -hak Allah, Maka Allah akan menjaga hak -hak kita.. 



Allah Knows Best :)

click for large size! 

For whatever reason,
 always believe and hold it tightly to your heart
There will always beautiful rainbow after rainfall :)

*terasa kaku untuk biarkan jari jemari menari diatas papan kekunci *
*terasa begitu lama biarkan hati di blog ini sepi tanpa bicara*
*terasa begitu lama*




Thursday, March 10, 2011

Pondok Penyayang Raudhah :)


wherever u go, please bring ur heart together.
so heart, please enjoy dis picture 
but remember please bring ur mind too 
so, that u can distinguish between which is right and left .  


Ahad lalu , menjejakkan kaki ke  Pondok Penyayang Raudhah. Dengan harapan tersemat di hati dapat  membawa cetusan harapan kepada anak-anak yatim tetapi lain pula yang jadinya. Mungkin ada hikmah ingin Allah tunjukkan kepada budak-budak law ini  apabila berpijak kaki ke tempat ini .kami golongan yang  tidak suka menerima pendapat orang lain bulat-bulat,bukan bulat sebab semuanya ada argument masing-masing.


kiamat akan berlaku 68 tahun lagi ? 2019 dunia akan hancur?
tiada siapa yang akan mengetahui bila dan masanya akan tiba hari kiamat
 kontroversi yang cuba dirungkaikan. InshAllah akan di reveal apabila ia betul-betul telah di ketahui. Nak tahu cerita sebenar, sila berbisik sahaja di telinga. 
FUU sekarang memang terkenal dengan abuya. 
abuya tak perlu masuk majalah magga untuk femes . 

sekitar gotong royong. cedok sampah masuk tong bukan tengok kamera ye :P 


lepas ini , boleh buat bisnes kemas buku di library (^_^)


potong kailan itu, jangan pandang kamera. :p

mata tengok pisau, bukan tengok sini, nanti terpotong jari jemari runcing.

dapur yang gamat , kecoh , dengan pisau dan papan lapis berlaga untuk tomyam, tangan membasuh kailan dan kangung untuk santapan kailan ikan masin,
 beras ditampi untuk dimasak.


the best cooker ever, masak atas tong gas ye kawan-kawan.
Do don't try this at home.
tima kasih tak terhingga kepada mereka yang menolong memasak pada hari kejadian. 
kak ada. kak farah. jijah. wawa. zatul. thirah. linda. ijan. 
farha. fakri. bulat. hafiz .aina. raihan. 
*ada lagi ke nama yang nas miss ? *

saya suka budak ini, bak kata Farine, pengawas yang sangat berkarisma.

*last but not least*

jika Allah hendak memberi kebaikan kepada seseorang , dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun

jika Allah hendak memberi kemudaratan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur dengan tangan apa-apa tangan sekalipun.

semuanya kuasa Allah, bukan kuasa manusia :)


Tuesday, February 8, 2011

lagikan si kecil tahu akan hakikat itu.



Ashraf Omar memimpin anaknya yang berusia 5 tahun meninggalkan perkarangan kubur , setelah pengebumian arwah ayahnya. Di tatkala senja itu yang muram itu, anaknya cuba menyerikan suasana yang sepi itu.

anak: Papa mesti sedihkan atuk dah pergi tinggalkan papa. Papa, kalau Faris tanya papa , jawab ek. Janji tau.

Ashraf : ya, sayang, tanyalah.

anak : berapa lama kita akan berada dalam kubur ?

Ashraf : anakku, kita akan berada dalam kubur, sehinggalah hari kiamat akan datang. Kalau lambat lagi hari kiamat akan datang, maka lamalah kita akan menjadi penhuni kubur.

anak: kalau macam itu, maknanya, kalau kita baik dan banyak amalnya, mesti kubur kita luas dan terang. Tapi kalau amal kita kurang, banyak buat dosa, maka kita akan diseksa sampailah hari kiamat akan datang. Takutnya Faris kalau kena seksa dengan ular yang besar, pukulan bertalu-talu daripada malaikat kalau Faris tak dapat nak jawab soalan mereka. Betul tak papa?

Ashraf : ya, sayangku.

Ashraf Omar terkedu dengan jawapan anaknya, lagikan si kecil tahu akan hakikat itu, anda yang dewasa malahan sudah berfikiran matang bagaimana?

tanya hati, tilik iman, cukupkah amal sebelum kita menjengah ke alam barzakh J


nota kaki: inpirasi coretan kali ini, dek teringat saya akan kata-kata buah hati , adek terchenta bila jatuh dan tersembam ke tanah, malahan berdarah mulut. kata-kata pertama yang keluar dari mulutnya , "eh mat, hidup lagi, ingatkan dah mati " . Dia sikecil yang berusia 4 tahun tahu akan hakikat kematian. Tidakkah terfikir anda?

short update: saya cuak dengan company law test, jumaat minggu ini. 3pm (^_^)

Sunday, February 6, 2011

Baikkah Aku ? Baikkah anda ?


soalan yang terus memenuhi benak fikiran saya? baikkah saya?

apa definisi baik sebenarnya?

adakah baik itu apabila seorang adam setia kakinya dalam melangkah ke masjid dan matanya senantiasa terpelihara daripada memandang yang tak sepatutnya/

adakah baik itu apabila seorang hawa itu melabuhkan tudungnya  dan menjaga maruah dirinya 

definisi baik yang saya berikan dan anda mungkin sama dan mungkin jua berbeda

hakikatnya erti baik itu ialah apabila kita masuk ke dalam ajaran islam secara keseluruhannya (2:208)

kena masuk secara keseluruhan, bukan secara berjuzuk-juzuk!

yang part ini nak buat sebab suka, yang part ini tak nak buat sebab tak suka, tak ada istilah nak buat certain part sahaja.

islam itu secara keseluruhan, as whole!

kalau sembahyang dah cukup 5 waktu without miss, tetapi kalau main bola seluar atas lutut , maknanya tak cukup baik lagi

kalau kaki melangkah ke masjid hari-hari tetapi mata gatai ke hulu hilir bak ultralaser maknanya tak cukup baik lagi

kalau  rukun islam dah cukup, tetapi kalau pakai baju macam tak cukup kain, maknanya tak cukup baik lagi.

kalau masih ada langgar hukum-hukum Allah walau yang kecil ,maksudnya diri sendiri belum cukup baik lagi.

adik saya pernah bertanya kepada saya, susahkan nak jadi baik  along ?

nak jadi baik, tak susah sebenarnya. cuma ikut rules Allah, follow sunnah  dan avoid the sins.

cuma kita sahaja suka mereka-reka pelbagai alasan.

Janji Allah ,mujahadah itu pahit , tetapi manisnya syurga.

Awak nak jadi baik? saya nak jadi baik! 

inshAllah, Jom berubah sebelum malaikat izrail menjemput kita pulang kearah Nya :)


Ya Allah please forgive me for the wrong i've done
Ya Allah please give another chance to prove that i can pass
please guide me and protect me along to the straight path
and i know that, i can make it and one day i'll be heaven with you 

Ya Allah by 786 

u will never reach perfection, because there's always room for self improvement. Yet along the way to perfection, you'll learn to get better . -versus by hlovate-


nota berkaki : cetusan kali ini, berinspirasikan novel versus by hlovate. she really good writer and i was inspired to write like her but it seems so hard. sometimes i wish to quit from any writing because i'm not good at all,but writing has become part of my soul. 

now, i'm in ukm, wishing to extend holiday, but i have to accept the truth. 
jasad di sini,hati disana.

Ya Allah, selimutilah hati ini dengan ketenangan dari Mu, sentuhlah jiwa ini dengan hidayah Mu , dan ingatkanlah daku yang hina ini akan saat kembali pada - Mu.


Saturday, January 8, 2011

Nenek Limah, Balqis, Padi & Lalang :)

'nek, susahlah nak cabut lalang-lalang ini, dahlah banyak pula tu ," keluh  Balqis sambil mengelap peluh yang merenik di dahinya.

"Cu, itu yang kamu kata susah? orang zaman sekarang pantang buat kerja susah sikit , dah nak mengeluh. Banyakkanlah bersabar," bebel Nenek Limah dengan tangannya ligat mencabut lalang yang menyemak dihalaman rumahnya.

'ala, nek kenapa kita tak sembur racun sahaja, kan lebih senang. jimat masa, jimat tenaga . Qis tak fahamlah kenapa kita nak susah cabut lalang dan rumput semua ini ."

"Qis, memanglah sembur racun lebih senang daripada mencabut lalang , tetapi ia takkan kekal lama sebabnya sisa akar lalang masih lagi hidup, maknanya akan datang ia akan tumbuh lagi . Kalau kita cabut, akarnya akan tercabut sekali, jadi untuk jangka masa yang panjang ia tidak akan tumbuh lagi. Sekarang mana yang lebih bermanfaat ?

"yelah, Qis semuanya salah, " balas Qis sambil terus mencabut lalang yang memenuhi halaman rumah nenek itu.

"Qis, cuba pandang sawah depan rumah Nek, cantikkan ? "

"a'ah cantik, dulu masa Qis masih kanak-kanak Qis suka berlari-lari atas batas sawah."

"Dulu , masa arwah atuk hidup dulu, atuk pernah pesak pada Nek , supaya jadi macam padi. Padi yang berisi, makin tunduk, tetapi banyak memberi manfaat pada semua orang. Masaknya padi , membuahkan beras yang boleh dijadikan nasi untuk kita makan. Bukan seperti lalang, yang banyak dihalaman rumah ini, sangat menyemakkan dan menyerabutkan".

"Qis, tak fahamlah Nek, Qis sekarang dah tak pakai jalan biasa, pakai Highway , express sikit. "

"Amboi, cerita Adnan Sempit juga yang diingat pula budak ni. Qis sayang, hidup ini kita perlu lebih banyak memberi daripada menerima. Semakin banyak yang kita beri, semakin banyak yang kita terima. Belajar erti hidup pada memberi manfaat pada orang lain bukan dengan menerima. Nabi pesan, tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan menerima. Cuba Qis aplikasikan memberi dalam hidup Qis. Qis beri sujud hanya pada yang Maha Esa, beri rasa cinta pada al-quran dan as-sunnah, beri rasa kasih pada keluarga dan sahabat serta anda sayang maka berilah manfaat kepada orang lain. Jangan berasa letih untuk memberi. Luaskan konsep memberi, jangan hadkan pada material, ia mungkin perkara paling mudah dalam hidup kita, seperti senyuman. Hidup ikutlah resmi padi yang makin tunduk makin berisi.Jadikan diri Qis  seperti lilin yang menerangi lilin-lilin yang lain dengan memberi cahaya kepada lilin lain bukan dengan cara menguranginya."

"Nek selalu buat Qis terharu.Qis sayang Nek, sayang sangat -sangat," dengan erat Qis memeluk Nenek Limah.

'hidup biarlah ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi bukan seperti lalang, makin banyak tetapi makin menyemakkan'


alhamdulilah, my first writing was published in iluvislam.com.

Tuesday, December 21, 2010

Monolog saya sayang awak:)


Pernah saya ungkapkan kepada awak , " saya sayang awak. Maka saya nak awak sentiasa berada pada jalan Nya .Untuk saya teguri awak sekiranya tersilah arah, tak perlulah saya minta kebenaran daripada awak kerana saya sayang awak kerana Allah. Kerana Allah juga saya ada kekuatan untuk menegur awak.

Pernah saya bisikkan kepada awak , " Kita berjiran sama-sama di syurga nak ? saya nak sayang awak  di dunia, inshAllah sampai akhirat. Kalau Allah izin saya masuk syurga, saya nak awak ada di sebelah saya."

Tetapi jawapan awak buat air mata saya berderai, membasahi pipi.

awak jawab , " Saya tak layak dan bukan hambaNya yang baik "

kemudian saya tepuk bahu awak , "Allah masih pinjamkan umur untuk kita. Belum terlambat untuk kita berusaha sama-sama kan? "

saya dekati awak, " Psst! kalau saya masuk syurga, saya nak kita langkah sama-sama. Mesti seronokkan?  Tetapi kalau Allah takdirkan saya di neraka , awak palingkan wajah awak dari melihat wajah saya, ya? . Saya tak mahu awak sedih tengok saya."

saya tertunduk di depan yang Maha Esa dan dalam sujud saya memohon.

" Ya Allah berikanlah kekuatan dan kesabaran iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya didunia ini. Jadikan dia golongan hamba yang Kau redhai. Peluk dia dengan kasih kepada Mu. Jangan biarkan dia kosong tanpa hidayah Mu "


jom saya pegang tangan awak, kita sama-sama raih cinta illahi
jom bercinta ke syurga :)

Jom couple dengan iman dan amal, moga kita akan sama-sama meraih cinta di syurga!

Jom jadi mawar yang cantik dipandang, tetapi susah dekati sebab duri menjadi imannya.!

Jom bercinta ke syurga!



p/s: 3 semester lagi. InshAllah:)


Monday, December 6, 2010

Pelangi selepas hujan.

‘Malam ini, malam Jumaat, ayuh we rock the world’, Zack memberi arahan kepada geng-geng rempitnya.

Seperti biasa, malam Jumaat menjadi malam yang hangat dengan lumba haram, dan mana-mana mereka yang memenangi race pada malam itu, akan mendapat wang yang dipertaruhkan dan minah rempit yang semestinya ‘hot’ dan lagi seksi.

‘Khai, malam ini, kau jadi maharani, andai aku kalah dalam race ini, kau menjadi milik Bob”, kata Zack kepada Khairunisa bersaksikan mat rempit-mat rempit lain.

Khai dengan gaya selambanya mengenyit mata kepada Bob kerana dia tahu tiada siapa yang akan dapat menandingi kehebatan Zack dalam mana-mana race.

Khai atau Khairunisa adalah orang yang sama. Khairunisa atau sebaik-baik perempuan adalah nyata berbeza dengan Khai yang wujud sekarang. Khai adalah antara minah rempit yang paling Hot kerana kecantikannya dan susuk tubuhnya montok yang seksi meskipun mempunyai gaya tomboy. Harimau mana ingin menolak kalau dihidangkan daging kijang.

Kedinginan malam itu tidak terasa dek kehangatan bahang race tersebut. Namun begitu, andai Dia berkata Kun fayakun( jadilah, maka jadilah) mampukah kita sebagai hamba Nya menidakkannya???

Zack kalah dalam race tersebut dan Khai yang menjadi taruhan menjadi milik Bob. Bob tersenyum sinis dan tangannya mula melingkari pingang Khai.

Khai tersenyum dalam paksa. Nasib minah rempit sepertinya perlu terima dengan seadanya. Adat pertandingan ada kalah dan menang.

“ Sekarang Khai milik gua, Bro lu jangan bongkak, malam ini gua nak pangang ‘daging kijang’ ini masak-masak,” perli Bob kepada Zack.

Maka berlalulah Bob dan mat rempit-mat rempit lain.Begitu juga Khai yang kini nasibnya terletak ditangan Bob.

Khai peluk pinggang Bob dengan erat apabila Bob memecut dengan laju dan Bob semakin gah dengan kemenangannya.

Kalau sesuatu itu didapati bukan dengan cara yang halal, bukan dengan jalan yang diredhai, mesti tidak kekal lama kan?

Tiba-tiba motor yang ditungangi Bob dirempuh Kereta Ferrari Merah dan satu das tembakan dilepaskan kepada Bob dan mengenai kepalanya, dan satu das tembakan ditujukan kepada Khai dan mengenai dadanya juga.

Bob menghembuskan nafas terakhir disitu. Khai dengan nafas yang tersekat-sekat meminta pertolongan dan darah terus mengalir membasahi tar jalan tersebut.

**********************************************************************************


Di wad , hanya wajah sugul menemani umi dan abah Khai. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anakkan? Saat itu hanya doa tanpa dititipkan buat anak yang tercinta.

Desis hati umi, ‘Ya Allah berikanlah kekuatan pada anakku menghadapi duggan Mu, andai kesakitan itu dapat dipindahkan kepada ku, supaya sakitnya berkurang, hamba Mu ini sanggup. Ya Allah hati ini tidak sanggup lagi melihatnya seperti ini”.

Dada Khai berombak-ombak menahan kesakitan.Khai koma hampir seminggu. Nasib baik, selepas Khai ditembak ada seorang hamba Allah menolongnya malahan dia juga mendermakan sebahagian hati  kepada Khai kerana separuh daripada hati Khai rosak dek kelongsong peluru. Allah itu Maha Penyayang, tidak pernah meninggalkan hamba Nya meskipun hati kita bukan selalu untuk Nya.

Mungkin pada realitinya Khai koma, tetapi sepanjang jasadnya terbaring , dia mengalami mimpi yang panjang , seram dan menggerunkan.

Membayangkan dia berjalan-jalan di lorong yang sunyi , gelap, dan perasaan takut menyelubungi dirinya.Dia terjatuh dalam lubang yang sangat dalam. Ular yang sangat besar seolah-olah sudah siap sedia untuk mematuknya.Dia menjerit meminta pertolongan , akan tetapi tiada siapa pun mengendahkannya. Dia menjerit dan meraung namun itu semua sia-sia sahaja.

Tiba –tiba  ‘arrggghhh!’, bergema jeritan Khai diwad tersebut mengejutkan umi dan abahnya.

Abah cemas, dan memanggil doktor . Umi yang melihat keadaan Khai itu , terus mengajar Khai mengucap kalimah syahadah.

Doktor  Arif yang berlari-lari anak , terus mendapatkan stetoskop dan memeriksa keadaan Khai. Umi dan abah telah disuruh beredar daripada bilik itu . Debaran terasa memuncaknya.

Apabila Doktor Arif keluar daripada bilik Khai, dia menghadiahkan senyuman

“Alhamdulilah, anak encik dah sedar” .

Di situ juga, terus abah sujud syukur, Khai dah sedar dari komanya.


Kini sudah 2 minggu Khai bermukim di hospital dan kesihatannya beransur baik. Abah dan umi kembali senyum riang kerana anak tunggalnya itu hampir pulih sepenuhnya.

Pada suatu pagi yang indah, ditatkala mentari belum terik memancarkan sinarnya. Abah menceritakan kepada Khai keadaanya sewaktu koma , dan memberikannya sepucuk surat berwarna biru. Harum baunya seperti bau lavender.

Kata Abah, surat itu dikepilkan dengan sejambak bunga mawar, tetapi pengirimnya tidak diketahui.

Khai perlahan-lahan membuka dan membacanya.

Salam, kehadapan Khairunisa , sebaik-baik perempuanJ
Sebaik –baik perempuan yang diciptakan dengan fitrahnya penuh dengan kelembutan.
Zahirnya penuh dengan kesopanan. Dalamannya penuh dengan kecintaan pada Nya.
Kecantikanmu itu ibarat bunga mawar merah yang mekar dikala mentari malu untuk menyinar.
Andai ku dapat titipkan jari ini untuk terus menari dan mengungkapkan betapa indahnya kejadian seorang wanita yang diciptakan illahi, pasti tiada penghujungnya.

Duhai, insan bergelar sebaik-baik perempuan.
Hiasilah dirimu dengan kecintaan kepada Nya,
Letakkan rindumu pada pemilik nyawa Mu.
Hamparkan permaidani kasih sayang buat bonda dan ayahanda mu.
Jadilah insan yang setia sujud pada Nya.
Meminta pada Nya tanpa pernah kenal erti penat.

Duhai insan bergelar sebaik-baik perempuan,
Hidup ini penuh dengan ketidaktentuan, tetapi ada sesuatu yang pasti dan tak akan meninggalkan kita sebaliknya terus mengejar kita bila tiba masanya iaitu MATI.
Andai waktu itu tiba mampukah kau menidakkanya?Mampukah?
Berubahlah, berhijrahlah.
Berfikirlah kenapa kau masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini?
Sebab dia memberi peluang untuk kau berubah.
Berubah keranaNya. Hiduplah dengan keredaan Nya. Moga Kau ketemui jalan itu.

Saw you from distance. Pray for you. Please take care of youselfJ
                                                                                                                   
                                                                                                                        i.s.a.

Air mata membasahi pipi Khai dan dirangkul abahnya. Dipeluk abahnya sekuat-kuatnya dan esak tangisnya semakin menghiba.Hatinya disayat pilu, terasa diri jauh dari jalan Nya dan kini abah mula senyum riang .

**********************************************************************************


Kalau dulu dia sangat memarahi orang memanggilnya Khairunisa atau Nisa, dan akan memaksa orang memanggilnya sebagai Khai, tetapi kini sebaliknya berlaku.  Khairunisa yang dikenali dulu, nyata jauh berbeza dengan yang ada sekarang. Dia membelek lembaran –lembaran diarinya yang berwarna ungu itu.

Catatan 29 Zulhijah 1430H
Dulu,aku bukan manusia , mungkin juga bukan insan,yang pasti aku robot hawa nafsu. Aku biarkan nafsu merajai jiwaku. Aku jadikan maksiat mahkota hidupku. Aku hanyut dalam melayari bahtera kehidupan. Inilah kesan pelayaran , kalau tiada pelayar yang betul-betul dapat menjadi nakhoda hebat di hati.

Aku biarkan diriku semak seperti lalang yang mudah meliuk kekanan dan kekiri apabila ditiup angin. Aku tiada pegangan. Aku terlalu ampuh. Aku terlalu ikutkan kata hati. Aku menjadikan rempit itu nadi hidupku. Aku lupa tiang agama. Bila aku lupa tiang agama, mudah aku ikuti kata-kata syaitan musuh durjana ke lorong gelap. Aku mencampakkan harga diriku ketahap yang terhina. Aku merelakan aku dinodai oleh harimau yang dahagakan daging kijang.

Aku kini bukanlah bunga lili yang putih suci. Aku insan yang penuh kekotoran. Aku umpama jarun yang merelakan diri dicucuk kesana dan kesini. Aku hanya mengikut rentak penjahitku. Aku hancurkan harapan umi abah sedangkan hanya aku , satu-satu sahaja harapannya. Aku penyebab berderainya mutiara air mata mereka.

Oh tuhan, bantulah aku. Pimpinlah aku yang lemah ini. Aku perlu berubah. Aku tidak patut menjadi penyebab mereka berduka. Aku harus menjadi penawar untuk mereka terus tersenyum. Aku mesti!!!kata orang, kalau niat kita baik InshAllah , akan dipermudahkan.

Hari ini 29 Zulhijah, aku berazam aku harus berhijrah. Aku harus memfitrahkan diriku seperti kain putih. Aku berharap aku mempunyai masa itu. Selagi jasad belum ditarik nyawa.InshAllah.

Azamku…

kalau dulu aku adalah jarum yang hanya mengikut rentak penjahit ke kiri dan ke kanan.
Kalau dulu , aku hanyalah lalang yang terlalu mudah meliuk ke kiri dan ke kanan
Kini, aku mahu menjadi penyulam yang menentukan corak yang aku ukirkan, warna yang akan ku hiaskan
Dan kini , aku adalah seteguh karang, yang tetap gah berdiri walau dibadai ombak lautan.
Hidayah Mu kucari, kerana redha Mu ingin ku perolehi.

Simpan cinta untuk Allah
Simpan rindu untuk Rasul
Simpan sayang untuk umi abah
Simpan kasih untuk yang halal dirindui
Simpan cantik untuk suami
Segalanya simpan baik-baik!

p/s: jalan mujahadah itu pahit manisnya syurga!

Nisa menutup diari ungunya dan suara azan memanggil untuk dia mengadap illahi. Dalam sujudnya, dia memohon semoga diberikan petunjuk dan hidayah daripada Nya, mohon diberi kekuatan untuk mendekatkan diri kepada Nya , kerana dia tahu kedekatan itu menimbulkan kecintaan pada Nya

**********************************************************************************

Hari ini 1 Muharam, hari baru dan azam baru. Hari ini juga hari pertama dia akan praktikal di Cyberjaya. Dengan lafaz basmaAllah, dia keluar daripada rumah, niat bekerja sebagai ibadah.Burung-burung berkicauan dan mentari yang cantik mula menyerlahkan sinarnya seolah-olah memahami hatinya yang berbunga riang. Alhamdulilah.

Kakinya melangkah ringan menuju ke perhentian bas yang terletak 200 meter dari rumahnya. Walaupun umi dan abah ingin menghantarnya ke tempat kerja, dia bertegas untuk pergi dengan bas semata-mata ingin belajar berdikari.

Belum pun sempat kakinya melangkah ke perhentian bas, di depan rumahnya dan jua di hadapan mata umi dan abah , dia telah dilanggar dengan sebuah motor 500cc. Dia tersungkur jatuh  , terbaring dan saat itu abah dan umi meluru ke arahnya. Tangisan menemani umi , dan jasad Nisa dibawa ke hospital dengan ambulans. Tidak disangka , hari yang ceria buat Nisa menjadi hari yang penuh duka buat umi dan abah.

“Maaf Encik  Azlan, kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana ini kali kedua Khairunisa dilanggar , dan harapannya pada kali ini tipis sekali. Kami hanya mencuba yang terbaik, segalanya terletak pada pemilik nyawanya”.

Luluh hati umi dan abah mendengarnya. Sayu memandang dari luar bilik ICU yang kini bernafas dengan bantuan pernafasan.

Dari kejauhan kelibat seorang hamba Allah berjalan menuju kearah umi dan abah.

Iskandar Zulkarnain Abdullah, seindah dan seperkasa namanya lalu menegur abah.

“ pak cik, ayah Khairunisa? Saya Iskandar Zulkarnain, yang meninggalkan surat kepada doctor yang merawat Nisa sebelum ini,” sapa Iskandar yang lebih senang dipanggil Is.

“oh anaklah, yang telah mendermakan hati kepada Nisa hari itu. Maafkan pak cik, nak. Pakcik tak berterima kasih kepada kamu kerana menyelamatkan nyawa anak pak cik , sebab pak cik memang tidak tahu siapa kamu yang sebenarnya,” luah abah dalam nada yang penuh kesayuan.

Maka berbicaralah 2 lelaki ini seolah-olah membincangkan perkara yang amat penting dan umi ditinggalkan bagi menjaga Nisa yang harapannya tipis sekali peluang untuk hidup.

**********************************************************************************


Segalanya kuasa illahi . Allah itu Maha Kaya, siapa sangka Nisa masih diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Dia tersedar dari komanya dan ketika tersedar dari koma hanya kalimah Allah meniti di bibirnya.

Dari kejauhan juga Iskandar melihat Nisa, melihat kegembiraan abah dan umi.

Hakikatnya tiada sesiapa pun tahu siapa sebenarnya Iskandar insan berhati mulia itu.

Abah membisikkan kata-kata kepada Nisa, dan Nisa mengalirkan air mata. Air mata kegembiraan. Air mata yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, kerana akhirnya dia tahu siapakah pengutus surat misteri warna biru.I.S.A. Bibirnya mengukir senyuman.


Beberapa purnama mengambang, 2 hati yang berkasih kerana Allah disatukan. Dengan sekali lafaz, Khairunisa Azlan kini sah menjadi isteri kepada Iskandar Zulkarnain Abdullah.

Usai ijab dan qabul, kedua-duanya mendirikan solat sunat dengan harapan semoga masjid yang dibina bertautan kerana Allah akan dipenuhi mawadah, rahmah , sakinah , serta keberkatan darinya.


Disuatu malam yang hening, “abang, kenapa abang pilih Nisa, sedangkan abang tahu Nisa tidak seperti gadis-gadis lain. Nisa bukanlah suci. Nisa ini banyak kelemahan,” tanya Nisa kepada Iskandar.

“abang tertarik pada Nisa, sebab abang dah lama perhatikan Nisa. Abang tahu Nisa seorang yang baik Cuma waktu itu Nisa belum jumpa Apa yang Nisa cari selama ini, sebab itu Nisa hanyut. Nisa sayang, dalam dunia ini tiada insan yang sempurna, tetapi insan yang terbaik adalah insan yang mengubah dirinya kearah lebih baik. Abang jua bukan insan yang sempurna tetapi abang harapkan kerana ketidaksempurnaan kita berdua apabila dipertemukan, kita melengkapi antara satu sama lain. Abang menganggap pertemuan kita walaupun pada waktu itu Nisa dan Abang saling tidak mengenali antara satu sama lain adalah rahmat dari illahi. Jodoh itu ajaib sayang,”.

Nisa mengulum senyum dan menghulurkan puisi yang dikarang dan disimpan selama ini untuk insan yang dianggap sebagai putera dari kayangan.

Puisi Kasih untuk Mu.


wahai suamiku,
kaulah imamku dan aku adalah makmunmu,

inginku luahkan jauh disudut hati ini
disaat kau melafazkan qabul
aku bersyukur kehadrat illahi
kerana akulah pelengkap tulang rusuk mu

wahai suamiku,
ingin ku khabarkan rasa hati ini
bila kau menyarungkan jari manis ini dengan cincin
akulah insan yang paling bahagia
terima kasih illahi kerana kau kini suamiku

wahai suamiku,
bila mana tangan mu ku cium
aku tekad dalam lubuk hati ini
aku mahu menjadi penyejuk di mata mu
aku mahu menjadi penenang di hati mu
aku mahu menjadi bahu yang dapat kau dan aku berkongsi segala
dan aku mahu menjadi isteri yang engkau redhai
kerana ku sedar , syurgaku dibawah kakimu wahai suamiku

wahai suamiku,
bila bibirmu mencecah dahiku,
aku berjanji ,
aku akan menjadi suri dihatimu
aku akan menjadi ibu yang baik untuk anak-anak kita
aku akan menjadi segalanya untukmu
selagi kita berpaksi pada jalan Nya

wahai suamiku,
lahirnya aku daripada rusuk mu
bukan di kepala untuk kau dijunjung
bukan dekat dibahu untuk dibebani
bukan dekat dikaki untuk dialasi
tetapi dekat dipelusuk hati untuk disayangi dan dicintai.

wahai suamiku,
bila kita melayari bahtera kita,
andai kau menjadi burung,
izinkan aku menjadi angin lembut yang bersisiran di sepanjang perjalanan
andai kau menjadi kumbang,
izinkan aku menjadi bunganya supaya taman-taman hati senantiasa indah
andai kau menjadi rama-rama,
biarlah aku menjadi sayapnya supaya tinggi atau rendah kita terbang bersama,
sehingga ke penghujung jalan.

wahai suamiku,
aku tak menjanjikan bahtera kita akan selamanya indah
tapi aku tahu kita sama-sama boleh melayarkan bahtera itu lagi jauh
demi cinta kita, biarlah cinta sampai ke syurga.

moga cinta,
moga sayang
moga rindu
kita diberkatiNya selalu
ameen.


Dan mata Iskandar menatap Nisa sambil tersenyum sambil memandang ke langit mengakui  Allah itu Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat, nyata , dan tersembunyi


kalau hijrah itu kerana Nya, inshAllah dipermudahkan . Nisa dah berhijrah. Anda?


salam maal hijrah 1432H. :)