kaki stalk :)

Showing posts with label Jiwa wanita. Show all posts
Showing posts with label Jiwa wanita. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Please Be Grateful :)


it is beautiful right ?
can u explain the beauty and colourful of this picture to the blind man?
do u think they can imagine it ?
take a moment and be grateful of your eyesight.


kadang-kadang kita terlalu asyik memandang ke atas, 
sehingga terlupa sejenak untuk memandang ke bawah 
dan melihat nasib orang yang lebih malang dari kita.

belajar erti syukur  (^_^)


cinta illahi bukan lakaran puisi.


cinta illahi itu bukan lakaran puisi,ia lebih daripada itu.
cinta illahi itu apabila kita mencapai kemanisan iman. 

sabda Rasullah s.a.w: tiga perkara jika mereka mempunyai ketiga-tiga itu mereka akan mendapat kemanisan iman iaitu , Allah dan Rasul adalah dia cintai selain daripadanya, 
dia mencintai seseorang kerana Allah dan  dia benci untuk kembali kepada   
( maksiat) sebagaimana yang dia benci untuk dilemparkan ke neraka.

sabda Rasullah s.a.w lagi, 
iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, 
tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada dan dibuktikan dengan perbuatan.

Persamaan cinta illahi dan lakaran puisi kedua-duanya adalah indah
cuma perbezaannya cinta pada illahi itu menimbulkan 
ketenangan dan qalbul salim (hati yang sejahtera)

Bagaimana mencari qalbul salim ?
carilah kearah jalan-jalan mendekati Nya 
Firman-Nya : Sejengkal kita mendekatiNya, Sehasta Dia mendekati kita. 
Sehasta kita bergerak padaNya, Sepemeluk Dia menghampiri kita  .

 i did found this :
‎"In God, there is no sorrow or suffering or affliction.
 If you want to be free of all affliction and suffering, 
hold fast to God, and turn wholly to Him, and to no one else. 
Indeed, all your suffering comes from this: 
that you do not turn toward God and no one else." – Imam Al Ghazali-

pernah tengok video ini ?
the most inspiring video :)



terlalu berlembut salah. terlalu berkasar nyata salah.
maka jalan terbaik adalah diam.aku memilih untuk menyepi :)


Saturday, February 26, 2011

Bicara Manisnya Kahwin.


Alhamdulilah, di celah-celah kesibukan , Allah memberi peluang untuk menjejakkan kaki ke satu forum yang berdiskusi mengenai kahwin semasa belajar : cabaran atau dorongan. Tahniah Perundang dan Exco Siswi for great effort !

Panel-panel iaitu Ustaz Shamsul Hakim dari Usim, Dr Salawati merupakan Pensyarah FUU, dan Kak Anis seorang final year student yang berkahwin semasa di semester ke 2 tahun 1, serta moderator Fitri Haris @ Fitri Unic.Mereka tampil dengan hujah yang menunjukkan pro dan cons andai kaki menjejak ke alam perkahwinan semasa belajar.

Coretan ringkas kali ini berkisarkan bicara manis panel-panel yang sempat tercatit di memori pada jumaat yang lalu.

Berbicara tentang cinta, memang indah, seolah-olah tiada cacat celanya. Baja cinta yang disemai , diharapkan berakhir di alam perkahwinan.

Berbisik pula mengenai alam perkahwinan, semua orang ingin menikmatinya dan merasai kemanisan berumah tangga dalam alam perkahwinan. Kata pujangga kalau bercinta itu indah, maka berkahwin itu bahagia.

Tetapi tahukah kita erti perkahwinan yang sebenar ?

Ijab dan qabul antara suami dan si ayah  ertinya memindahkan perwalian dan penjagaan selama ini yang dipegang pleh bahu ayah kini beralih kepada seorang suami.

Berkahwin adalah mengambil maruah wanita untuk dipikul dibahu lelaki.

Teringat kata-kata Dr Salawati, “saya hairan dengan suami yang membiarkan isterinya memakai tube, seluar ketat, sedangkan dia tahu , dosa itu dipikul oleh suaminya. Setiap langkah isteri itu jalan menuju ke neraka, seandainya tiada teguran dari suaminya.

Bicara yang menusuk kalbu, dari Ustaz Shamsul Hakim pula , “Perkahwinan yang terbaik adalah berlandaskan keimanan kepada Allah, kerana andai perkahwinan itu hanya berasaskan bibit cinta, perasaan itu mudah hilang, tetapi andai perkahwinan itu kerana keimanan, perasaan sayang itu akan makin jua bertambah kerana sayangnya suami pada isteri kerana Allah, dan kasihnya isteri pada suami kerana Allah.”

Perkahwinan itu bukan sekadar hendak mencapai klimaks 2 minit, malah ia lebih dari itu.

Kata mak ayah Kak Anis, bila berkahwin susah atau senang biarlah hadapi sama-sama. Kalau kahwin itu hanya kerana cinta semata-mata , bila hidup terkena tempias kesusahan , mungkin jua perasaan cinta itu luntur, tetapi kalau kerana iman, sabar itu akan menjadi penguat diri.

Komen saya, kesemua panel ini bertemu cinta yang diredhai Allah, dan mengenali pasangan masing-masing di alam perkahwinan. Kemanisan berumah tangga itu dapat dirasai apabila menjaga batas sebelum menjengah kealam perkahwinan.Hakikat yang tidak dapat dinafikan, cinta selepas perkahwinan adalah cinta termanis, cinta halal tanpa batasan dan cinta yang menuju jalan ke syurga.

Kalau kita jaga hak –hak Allah, maka Allah akan jaga hak-hak kita.

Andai mencari yang soleh, jadilah solehah. Andai mencari yang solehah, jadilah soleh. Bukan isu mencari, tetapi sebaliknya menjadi. Jadilah soleh dan solehah terlebih dahulu, baru boleh berdampingan dengan si soleh dan solehah.

:JODOH ITU ADALAH MISTERI TANPA JAWAPAN SEHINGGA TIBA MASANYA.



stay away from blogging.
28.2.11 - test pil
2.3.11  - 2nd event apresiasi wanita
4.3.11  - tour to Securities Commission
5.3.11  - Dip class
6.3.11  - Off to Pondok Raudhah Anak Yatim , & Dinner kolej

musim workholic: everything seems to be impossible until it is done! 

:)

‎

Friday, December 31, 2010

Saya Si Penjual Tudung :)

sejak akhir-akhir ini kita dapat melihat begitu  banyak lambakan jenis dan koleksi tudung yang dijual di pasaran dengan pelbagai warna dan corak, malahan kini dengan pelbagai style ada yang berbentuk pashmina, syria, ariani dan sebagainya.

Jenis tudung yang begitu banyak ini bukan hanya dijual secara direct seperti di butik atau di pasar bahkan secara meluasnya melalui online. Almaklumlah sekarang semuanya di hujung jari. Just tekan ‘click’ semuanya settel dan tudung akan dipos ke rumah anda.Senangkan ?

Tetapi saya pada hari ini , saya cuba membuat bisnes baru. Bisnes menjual tudung yang tak perlukan modal, tetapi hanyalah secebis kekuatan dan amal.

Tudung yang saya jual , lebih murah daripada yang terjual dipasaran, tetapi kalau dipakai oleh anda, InshAllah cantik seperti bidadari syurga.

Nak cuba tudung yang saya nak jual?

Dulu, saya ada terbaca, tudung ini dapat dibahagikan 4 jenis iaitu tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”

Awak tahu apa maksudnya? Mari saya ceritakan (^_^)

“Tudung pada wajah, jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

Tudung pada mata, jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.

Tudung pada suara, jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.

Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

Jom kita combinekan tudung-tudung ini dan membentuk formula.

Tudung pada wajah+ tudung pada mata + tudung pada suara + tudung pada hati = Wanita solehah.

‘ Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah’ ( HR-Muslim)

Fuhh, sebaik-baik perhiasan didunia ini adalah wanita solehah, maknanya dalam dunia ini yang paling cantik adalah wanita solehah. Tiada bandingan dengan yang lain. Awak nak jadi cantik? Tepuk dada jangan tanya selera , tapi tanya iman. (,”)

Dulu, pernah ada orang bisikan di telinga saya, kita sebagai perempuan , biarlah pemurah dengan senyuman, pemurah dengan harta tetapi janganlah kita menjadi ‘MURAH’.

Perempuan selalu dikaitkan dengan bunga mawar, dan saya pun suka dengan bunga mawar.

Jom jadi mawar yang cantik dipandang tetapi sukar disentuh kerana duri itu adalah imannya.

Saya tinggalkan anda dengan cebisan kata-kata, ‘ andai malu itu sebahagian daripada iman, maka hilang malu, hilanglah…’

Saya tahu , anda pandai, jadi anda tentu tahu  completekan ayat diatas.

Salam  tinta terakhir 2010. InshAllah akan berusaha merubah diri kearah lebih baik J



Wednesday, December 22, 2010

Life :)



Life is full with uncertainty and all the possibilities. Today, we may see the sunshine in our life but tomorrow it wouldn't promise to have sunshine like today. Its normal , if today you are smiling and tomorrow you little bit sad. That what we called 'lumrah kehidupan' . Hidup pun ada pasang surutnya seperti ombak, tidak selalu tenang pasti ada gelora yang menyesakkan di dada.


we can't expect what might happen for the future, but we can get ready for it.  He won't put you in situation that you can't bear . Put your faith to Him. Walk along His path and you may arrive safely to the Jannah. InshAllah.


so people, keep smiling :)






'Life is not about waiting the storm to pass.
It's about learning how to dance in the rain'


Tuesday, December 21, 2010

Monolog saya sayang awak:)


Pernah saya ungkapkan kepada awak , " saya sayang awak. Maka saya nak awak sentiasa berada pada jalan Nya .Untuk saya teguri awak sekiranya tersilah arah, tak perlulah saya minta kebenaran daripada awak kerana saya sayang awak kerana Allah. Kerana Allah juga saya ada kekuatan untuk menegur awak.

Pernah saya bisikkan kepada awak , " Kita berjiran sama-sama di syurga nak ? saya nak sayang awak  di dunia, inshAllah sampai akhirat. Kalau Allah izin saya masuk syurga, saya nak awak ada di sebelah saya."

Tetapi jawapan awak buat air mata saya berderai, membasahi pipi.

awak jawab , " Saya tak layak dan bukan hambaNya yang baik "

kemudian saya tepuk bahu awak , "Allah masih pinjamkan umur untuk kita. Belum terlambat untuk kita berusaha sama-sama kan? "

saya dekati awak, " Psst! kalau saya masuk syurga, saya nak kita langkah sama-sama. Mesti seronokkan?  Tetapi kalau Allah takdirkan saya di neraka , awak palingkan wajah awak dari melihat wajah saya, ya? . Saya tak mahu awak sedih tengok saya."

saya tertunduk di depan yang Maha Esa dan dalam sujud saya memohon.

" Ya Allah berikanlah kekuatan dan kesabaran iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya didunia ini. Jadikan dia golongan hamba yang Kau redhai. Peluk dia dengan kasih kepada Mu. Jangan biarkan dia kosong tanpa hidayah Mu "


jom saya pegang tangan awak, kita sama-sama raih cinta illahi
jom bercinta ke syurga :)

Jom couple dengan iman dan amal, moga kita akan sama-sama meraih cinta di syurga!

Jom jadi mawar yang cantik dipandang, tetapi susah dekati sebab duri menjadi imannya.!

Jom bercinta ke syurga!



p/s: 3 semester lagi. InshAllah:)


Wednesday, October 20, 2010

Tinta Kasih untuk Sahabat



Duhai sahabat,
Tika ku menitipkan jari jemari ini menari
Untuk meluahkan segala rasa di hati kecil ini
Dalam hatiku hanya ada satu
Semoga dirimu dirahmati selalu

Aku tahu,
Walau aku bukan yang pertama dalam hidupmu
Walau aku bukan paling rapat denganmu
Walau aku bukan teman mu bergelakmu ketawa
Walau aku bukan teman mu untuk mencurahkan segala rasa
Walau aku bukan teman yang selalu berada disisimu
Dan walau ini tidak pernah berhenti kesekian kalinya…

Aku mahu kau tahu satu perkara
Aku tak kan pernah berhenti menyayangimu
Sebab kasihku mekar selamanya
Aku tak kan pernah berhenti merinduimu
Sebab rindu itu mendekatkan kita
Aku tak kan pernah menjauh
Sebab aku tak mampu berjauh dengan kau
Aku tak kan berhenti menitipkan doa untuk mu
Sebab kerana Dia kita bertemu
Kau anugerah untukku

Duhai sahabat,
Saat yang kita lalui
Penuh manis dan hilai tawanya
Izinkan ku pinta satu perkara dari mu
Andai kau merindu aku,
kau pandanglah wajah2 lama kita
Dan tersenyumlah  sebab aku senantiasa dalam hati kau.

Duhai teman,
Andai kata suatu hari nanti
Aku jatuh , pimpinlah aku supaya aku mampu bangkit kembali
Andai kata suatu hari nanti
Hanya tangisan mengisi hatiku
Izinkan ku sandarkan tangisan ini dibahumu teman
Andai kata suatu hari nanti
Aku telah tiada
Jangan kau tangisi, tapi kenanglah aku dalam doamu
Moga kasih dan cinta kita bersemi di syurga nanti

Ya rahman ya rahim
Hamba Mu ini insan yang lemah
Hamba Mu ini memohon kekuatan daripada Mu
Lindungilah sahabatku selama hayatnya
Rahmatilah dirinya
Dekatkanlah diri Nya dengan mu
kerana dia insan yang ku sayang sepenuh hati
Amen ya rabbalamin….

Saturday, September 4, 2010

Iftar ^^


mereka yang lbih manis dr tembikai dipotong
yang cantik tertarik mmg da booom.
makan dalam dulang^^
even non muslim enjoy it.


suasana 25 ramadhan di FUU
1st time makan dalam dulang
tazkirah. solat berjemaah. iftar. bunga api & mercun
the words yang paling diingati dalam tazkirah
jadilah hamba Allah bukan hamba ramadhan
kalau kita menjadi hamba ramadhan , amalan kita hanya semata-mata dibulan ramadhan
kalau kita menjadi hamba Allah, maka amalan kita inshAllah akan berkekalan 
kerana hati ,fikiran , jasad kita mengetahui Allah itu wujud setiap saat, detik dan ketika ^^

Monday, August 30, 2010

sayang oh sayang.

kerana sayang, kan ku turut segala kata-kata mu
kerana sayang kan ku kotakan janji kita
kerana sayang kan ku gadaikan segala benda
jiwa , harta, nyawa, dan badan,,
sayang seribu kali sayang , rupanya itulah maksud sayang.
sehinggakan membenihkan noda dan dosa
dan kesannya.....



seorang bayi dibuang di seksyen 13 shah alam berdekatan board 'beri laluan'

sila comparekan

haiwan pun pandai untuk menyemai nilai kasih sayang yang sebenar
kita sebagai manusia, insan, ada perasaan tu?
kalau lah kita betul2 ada perasaan sayang.
kita takkan buang anak suci itu, bukan dia pinta untuk lahir ke dunia.

andai sayang,
letakkanlah sayang itu hanya pada yang punya
letakkanlah sayang pada yang Maha Esa
letakkanlah sayang itu pada bonda & ayahanda
letakkanlah sayang itu pada insan bergelar suami
dan sayang itu janganlah diberikan kepada orang yang tak berhak
kerana khuatir sayang itu sudah tiada nilainya.

selamat meniti hari2 10 ramadhan terakhir.
semoga menemui malam yang lebih baik dari 1000 bulan
andai terasa lemah, pohonlah kekuatan pada -Nya kerana dia pemilik segala kekuatan.
He always be there  :)

Saturday, April 24, 2010

Nota cinta

“ farisya, kalau suatu hari nanti , saya request awk kapel dengan saya nak,” tnya adam




“kapel, means love each other lah kn??? Tnya farisya dgn nada pura2 tak tahu.


“ ala, u ni buat tanya2 lah plak. Amboi, kalau bab belajar terror je kan, takkanlah bab cintan cintun ini, tak ley catch up kut “


“euww…gelilah adam! Lu pe hal beb! Tak pernah2 pun cakap guna u & i dengan gua.”


“farisya! Tak pernah pun u guna bahasa kasar dengan I selama kita berkawan for almost years kan?


“ yup. I never did it. But u make me used it. u’r the reason. u betray our friendship. Untuk saya, kawan tetap kawan. Takkan bleh lebih dari itu. Sebab kawan tetap akan ada dimana jua kita berada. Friend is the place where I can share everything together. Not the couple. Sory, farisya tetap dengan keputusan sya, kalau adam nak kita stay together as couple takkan ada istilah kawan lagi antara kita.


“tapi kenapa sya?kenapa???” Tanya adam dengan penuh harapan.


“ cinta Sya pada Allah belum kukuh. Cinta Sya pada Rasullah s.a.w. belum lagi tegar. Cinta sya pada umi dan abah belum lagi tersemat dengan kuatnya. Siapalah sya untuk mendambakan kasih seorang lelaki yang belum tentu lagi akan menjadi suami Sya pada masa akan datang. Sya tak layak mendambakan cinta seorang lelaki kerana Sya adalah hamba yang banyak menzalimi diri sendiri. Sya bukanlah hamba yang melampiaskan cinta pada Nya dengan sujud dan tangisan kepada Nya di malam hari. Adam, layakkah Sya untuk mendambakan kasih seorang lelaki sedangkan kasih dan cinta pada Kekasih teragung belum lagi tersemat kukuh . layakkah Sya?


“ Tapi , Sya. Kalau cmtu Sya, sampai bila Sya nak jadi single? Kita dah berkawan hampir 10 tahun sejak dari kecil lagi.Adam akan tunggu Sya sampai hati Sya terbuka untuk Adam.


“adam, jodoh itu ketentuan Illahi. Kita merancang tetapi Dia yang maha Berkuasa menentukan segalanya.Siapalah kita untuk melawan kuasa takdir , qada dan qadarnya. Larilah hingga hujung dunia, berenanglah hingga ke dasar lautan, terbanglah hingga langit ke tujuh, kalau sudah jodoh pasti bersatu jua . Adam, cita-cita Sya masih lagi jauh ke hadapan. Kita hidup harus terus melangkah ke hadapan bukan mengundur ke belakang. Sya hanya akan mencari cinta seorang suami bila jasa umi dan abah Sya telah Sya balas. Kalau dah sampai masanya, untuk mencari teman sehidup dan teman untuk bergelak ketawa, Sya akan cari juga. Terpulanglah pada Adam untuk menunggu Sya atau untuk mencari bunga yang lain. Sya reda dengan ketentuan illahi.


“Sya tak suka ke tengok orang lain bersama-sama pimpin tangan dengan couple masing2. Happy je kan?? Adam kadang-kadang jeles sangat melihat couple bergelak ketawa dan berkasihan macam itu.”


“ hati mana tidak pernah terdetik untuk berkasihan dengan pasangan seperti itu, gelak ketawa bersama. Study sama2. Tapi Sya selalu doa di setiap akhir solat, Ya Allah lindungilah ku dari kemungkaran dan kemaksitan. Jauhkan ku dari fitnah dunia.Sya tak kisah orang anggap Sya seperti perempuan yang tak ‘laku’ asalkan Sya dipandang mulia di sisi Allah. inshAllah. Sya bermohon supaya Allah jauhkan Sya dari perasaan untuk bercouple sebab Sya nak jaga hati Sya. Sya nak kasih sayang ini hanyalah untuk suami Sya seorang saja. Sya nak rindu Sya hanya pada untuk suami Sya sahaja, supaya suami Sya tahu , yang Sya sayang dia kerana Allah. Suami Sya adalah orang yang halal untuk Sya cintai, rindui, kasihi malahan hubungan kami , hubungan yang halal. Kalau Sya pegang tangan suami Sya, Sya dapat pahala, tapi kalau Sya pegang tangan couple or bf Sya, Sya dapat dosa. Cmne ek, kalau tiba-tiba Sya pegang tangan bf Sya, dan nyawa Sya ditarik oleh malaikat maut pada detik itu juga? Nauzubillah, Sya takut nak hadapi siksa kubur, siksa api neraka.


“ adam kagum dengan sya. Siapalah Adam untuk menjadi raja di hati Sya sedangkan di hati Adam , syaitan menjadi raja dan menakluk hati Adam. Sepatutnya Adam yang bimbing Sya, tapi, kita terbalik pula,” kata Adam.


“ Adam, manusia diciptakan tidak sempurna.Walau kita tak sempurna, tetapi kita boleh berubah kan? Manusia yang terbaik adalah manusia yang senantiasa merubah dirinya. Lumrah manusia untuk mempunyai nafsu dan fitrahnya mendambakan seorang hawa disisinya. Pesan Sya, andai suatu hari nanti, Adam telah pun berjumpa dengan permaisuri yang bakal berkongsi suka dan suka, Adam didiklah dia betul. Perempuan ini, seperti tulang rusuk yang sangat bengkok. Kalau kita berkasar, tulang rusuk itu akan patah. Kalau kita berlembut, ia akan tetap bengkok. Maka, Adam fikirkanlah. Lelaki diciptakan untuk memimpin, bukan untuk dipimpin.


“ Sha, Adam akui, Adam banyak kelemahan. Tetapi, kalau suatu hari nanti, Adam masih lagi berperasaan sama sperti sekarang, sudikah Sya menerima Adam dalam hidup Sya?




“di mana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung. Kita orang melayu, maka buatlah cara melayu. Adam , pergilah rumah Sya dan tanyalah umi dan Abah Sya. Keputusan mereka adalah keputusan Sya. Sya nak jadi anak yang patuh pada umi dan abah. Tanpa mereka, siapalah Sya.”


“baiklah, jika itu kata mu, Sha. Maafkan Adam atas segala kata-kata Adam. Adam janji, Adam takkan khianati persahabatan kita. Ana uhibuki fillah.


*************************************
Dalam sujud, adam memohon petunjuk illahi.


Ya Allah Yang Maha Pemurah lgi Maha Pengasihani,
Hnya pada –Mu Ku memohon dan mengadu
Tunjukkanlah diriku ke arah jalan kebenaran
Janganlah dipalingkan hati ini setelah diberi petunjuk oleh Mu.
Ya Allah, hamba Mu ini insan yang lemah
Tegarkan lah hati ini pada jalan Mu
Moga cinta , kasih dan rindu hanyalah pada Mu
Ya Allah
Andai sudah sampai masanya nanti
Untuk ku berkongsi kasih dengan seorang hawa
Pertemukanlah diriku dengan seorang hawa yang solehah, sekufu dan dapat membimbing anak2 ku
Smoga perkahwianan kami memperoleh
Mawaddah, rahmah, sakinah dan keberkatan daripada Mu.
Ameen ya rabbalamin.


***************************************
Dalam sujud, Farisya memohon
Ya Allah,
Hanya pada Mu ku memohon dan meminta pertolongan
Tegarkanlah hati ini pada jalan cinta-Mu
Andai diriku diuji dengan sesuatu yang ku cuba pertahankan selama ini,
Kau berikanlah kekuatan untuk hambaMu ini untuk terus berusha mempertahankannya.
Ya Allah,
Andai suatu masa nanti telah tiba masanya untuk ku berkongsi hati ini dengan seorang adam
Smoga dirinya adalah pembimbingku ke arah jalan Mu.
Cintanya kepada Mu lebih tinggi daripada cintanya pada hamba Mu ini
Semoga hubungan itu memperoleh mwadaah, rahmah dan sakinah serta keberkatan daripada Mu.
Ammen ya rabbalamin.


meraih cinta illahi. mendamba kasih illahi^^

Sunday, January 31, 2010

R.e.m.i.n.d.e.r.

Ingat untuk diri. Ingat untuk orang lain. Ingat untuk diperingatkan.!

*Malu itu mahkota iman. Hilang malu hilanglah mahkota itu.

*Cinta pada manusia hanyalah cinta 1 musim. wanginya sekejap. harumnya tak lama . tetapi cinta pada Allah wanginya berpanjangan. Harumnya lama. Melakar ke pintu syurga.

*Jangan ada rasa memiliki dan dimiliki . Kita adalah milik Allah Al-Malik

*Ingat asal usul diri kita. Dari Tanah kita datang. Ke tanah jua kita kembali

*Ingatlah Allah dan kau kan temui ketenangan yang abadi ^^

*Sabda Rasullah s.a.w : Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya, dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya dan tidak bersusah payah hanya kerana manusia(bukan kerana Allah) (riwayat al-khatib)

*" selemah-lemah manusia ialah yang tidak orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang paling lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari"(saidina ali)

*Tatkala kita dibawah , yakinlah kita akan berada diatas jua, dan tatkala kita diatas, yakinlah kita tak selamanya akan berada diatas.

*Barangsiapa yang menutup aib saudara semuslimnya, maka Allah akan menutup aibnya didunia dan diakhirat kelak (hadis riwayat muslim dr abu hurairah)

*the past still wud be the past. time keep moving. never stop. present wud be the present. life must be go on for watever reason. appreciate people surround you so dat , you wud not regret it later!

_______________________________________________________________

Reminder 2

-Test Criminal                1.2.2010
-Pilihanraya Perundang    2.2.2010
-Test Muamalat               5.2.2010
-Test Cyber                    9.2.2010
-Test Tort                     10.2.2010
-home sweet home ^^   12.2.2010


she 's working hard.
peace of mind^^

Wednesday, January 27, 2010

Dari Tanah Kita Datang. Ke Tanah Kita Kembali Jua^^

lepas solat maghrib aktiviti rutin mesti kal rumah. kal handphone umi 2 3 kali tak berangkat. risau pun ada gak. tak pernah2 macam itu. tapi after 20 minit umi kal balik. rupa-rupanya umi pergi menziarahi anak murid abah yang meninggal.cerita umi:

seperti biasa sekolah abah, after class wajib solat zuhur berjemaah. kalau tak pasti ada budak2 yang akan kena rotan sebab tak g ikut solat jemaah tersebut. kemudian, lepas solat, abah pun bergeraklah ke avanza nak balik rumah. tiba2 baru je nak kuar gate sekolah terpandang 2 kembar sedang riang nak menaiki motor nak balik rumah. kebetulan dua2 anak murid abah. baru je melihat ke kiri dan ke kanan nak keluar dari gate . tiba2 dentuman sangat kuat. si kembar tu dah berada bawah lori. abah melihat depan mata. abah lari2 pergi angkat dua2 budak itu. ajar mengucap. dan akhirnya nyawa itu disitu. baju kameja abah berlumuran darah. kata umi , abah diam je ari ni. mungkin abah terkejut. terkilan. anak murid tiada depan mata

Klik (utk berita harian)

p/s:ajal kita tak tahu bila. esok, lusa, tulat , dan mungkin saat ini kita akan ditarik nyawa tiada siapa pun tahu.
ingat asal usul diri kita. diciptakan dari tanah. akan pulang ke tanah juga.jangan ada rasa memiliki dan dimiliki.Allah Al- Malik adalah pemilik sejati kita. Kita hidup dibuminya. Jadi ikutlah suruhannnya.

mood: tiba2 bila tulis entri ini, berlinang air mata. teringat kat abah. teringat kat umi. teringat kat adik2. Ya Allah selamatkanlah perjalanan pulang & pergi mereka ke mana2 tempat yang dituju . amin ;)

Sunday, January 10, 2010

Fitrah Kasih

FITRAH KASIH OLEH ILANI MYSARA


Murni dilahirkan sebagai anak yang tidak suci atau lebih tepat hasil dari perbuatan sumbang mahram antara seorang ayah dan seorang anak. Walaupun kehadirannya tidak dipinta, namun ujian Allah rela dia terima. Hidupnya setiap hari dihiasi dengan cacian dan hinaan. Lantas pada siapa harus dia mengadu? Dia juga punya perasaan, dan hatinya senantiasa merintih pedih.

Darahnya yang dikatakan kotor dan keturunannya tidak dianggap baik untuk dijadikan menantu. Disebabkan itu, dia terpakwa melupakan rasa cinta yang berputik dijiwa.Sebagai anak yang tak sah taraf, dia sering menghumbannya ke lembah yang paling hina. Biarlah , dia berkorban.

Seandainya, dia memang tidak layak untuk mengecapi bahagia, mengapa dirinya difitrahkan cinta? kalau darah ini tidak serupa yang halal, mengapa ada cinta senandung dihati? Biarlah apa yang hendak diharap burung yang terbang kalau diri merayap dibumi.

"shah, apa yang aku buat sekarang adalah pengorbanan. Aku terpaksa. Aku gadai cintaku semata-mata demimu. Ketahuilah walau apa jua berlaku, hati ini tetap milikmu. Lukamu adalah lukaku jua. Aku berharap suatu hari nanti kau ketemu jodoh yang baik'


p/s: mencari kisah cinta si adam tidak sempurna, dan si hawa penuh dengan khilafnya. Jika adam dan hawa bersatu, maka lengkaplah cinta mereka. Andai si adam marah, hawalah penyejuknya. Andai hawa buta, adamlah matanya. Andai adam terjatuh dan hawalah tongkatnya;)

Monday, January 4, 2010

Dugaan !

malam2 walaupun lampu dah tutup mata masih berjaga bersampai pagi
dugaan sakit tak dapat tidur a.k.a insomnia!
kalau aku mengantuk kat kelas
maafkan aku.
bukan pintaku!

penyakit batuk tanpa henti menyerang diri
tak tertahan sampai sakit pingang
tubuh seram sejuk 24 jam
oh dugaan demam dan batuk saban malam!

aku bukan perempuan manja
tapi bila saat pms datang
sangat lah beremosi'
oh dugaan sakit pingang , sakit segala benda !

oh hati, tabahlah!
sarah cakap jangan telan ubat tidur banyak
supaya sok aku masih membuka mata lagi
supaya ada masa nanti dia ley tgk aku kawin

oh jiwa kuatlah!
Ya Allah, berilah kekuatan..
“Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang baik.” (Al-Maarij : ayat 5)


p/s: inshaAllah by maher zain! insyAllah , Allah will always by ur side. He will show u the way^^

Sunday, November 15, 2009

Pelangi Kehidupan;)

pelangi itu,
tercipta dengan warna-warna 7 spektrum
yang indah di pandang mata
mata yang memandang terasa tenang
hati merasa segenap kenyamanan jiwa
pernahkah terfikir
indahnya kejadian illahi???
tiada sesuatu yang diciptakan itu tanpa keindahannya
semuanya indah dan penuh unik
termasuk sebuah kehidupan
yang dijadikan
pahit manis
suka duka
perit detita
menghiasi pentas lakonan manusia
supaya manusia lebih mengetahui erti pahit manisnya sebuah kehidupan
____________________________________________________________
p/s: nak intai pelangi lah lepas ni, pelangi oh pelangi..mana anda menyorok???



Friday, October 23, 2009

Ada Juga Manusia Yg Berhati Kejam !!!




hari ini, selak2 paper, banyak cerita pasal kanak2 didera
dalam hati terfikir???
sanngupnya seorang ayah atau seorang ibu mendera anaknya
darah daging mereka sendiri????
paling menyedihkan berita hari ini
seorang gadis kecil , aliyah , 3 tahun meninggal dunia
sebab diliwat oleh seorang lelaki sudan yang merupakan boyfriend kepada si ibu
bayangkan seorang ibu sanggup merelakan si jahanam tu, melakukan penderaan seksual
dihadapan matanya sendiri kepada si gadis kecil yang hanya berumur 3 tahun
tergamaknya seorang ibu???
...takkan tak pernah terdetik...
segala perit , payah, mengandung dan membesarkan gadis itu
realitinya
kasih kepada seorang boyfriend mungkin lebih agung daripada kasihkan anak sendiri
p/s: kadang2 hati manusia itu lbh kejam daripada haiwan
sampaikan anak sendiri sanggup dikorbankan
demi nafsu serakah
kasihanilah
anak2 kecil
mereka hanyalah insan kecil
yang masih lagi belum mengetahui apa2 tentang dunia
mereka ibarat kain putih
maka
berilah peluang pada mereka menikmati hidup seperi orang lain
~~i luv kids~~


Thursday, October 15, 2009

Jodoh Oh Jodoh...Mana kan ku cari gadis sepertimu???

Adam: mak, adam rsa dah sampai masanya untuk adam kawin. mak boleh carikan untuk saya
tak?
Emak: adam, btul2 pasti dah sampai masanya untuk adam kawin? bley mak tau adam punya
taste mcm mana?
Adam: em, adam nak yang cantik, menjaga aurat utk pandangn suaminya, yang menjaga solat ,
patuh pada seorang suami , lemah -lembut, mempunyai sifat2 keibuan....(blah..blah)
Emak: taste kmu ni tinggilah Adam, tp orgnya kecik jer..sebelum, mak cari, adam kena dengar dlu cerita mak, k..
=========================================================
Alkisah, pada zaman Rasullah S.A.W, ada seorang hamba lelaki yang sudah menjangkau usia 30-an , tetapi masih lagi belum berkahwin. Masih lagi mencari-cari si hawa untuk menjadi permaisuri di hati. Setelah sekian lama, mencari- cari dan terus mencari calon itu, akhirnya lelaki itu pun pergilah berjumpa dengan Rasullah S.A.W. Lelaki itu menceritakan permasalhannya yang ingin mencari isteri sebagai permaisuri hidup.
Baginda bertanya kepada lelaki itu, bagaimanakah wanita pilihan hatimu?
Jawab si lelaki itu, saya mahukan wanita yang baik dan solehah, menjaga solat, menjaga semayang , kasih dan setianya pada saya dsb....
Baginda menjawab, dengan analogi yang paling mudah....
kalau kamu mahukan wanita yang baik, terlebih dahulu kamu
mestilah baik perangainya
kalau kamu mahukan wanita yang solehah, terlbih dahulu
kamu mestilah soleh
kalau kamu mahukan wanita yang menjaga aurat, kamu jagalah
pandangan kamu
kalau kamu mahukan wanita yang menjaga solat, maka jagalah
solat kamu
dan sesungguhnya lelaki itu adalah imam dan wanita itu
adalah makmunnya
maka perkahwinan itu adalah 1 amanat yang perlu
dipikul
lama, lelaki itu termenung dan akhirnya faham dengan analogi itu.
akhirnya, dia berubah menjadi lebih baik
dan berjumpa dengan permaisuri pilihan ;)
==========================================================
Emak: adam, faham citer mak tu? Kalau adam faham, sebelum anda mencari yang terbaik,
maka perbaikilah diri adam terlebih dahulu
Adam: baik mak, !!!
______________________________________________________
p/s: anda faham di sebalik cerita ini?
lelaki baik v perempuan baik
dan sebaliknya

Thursday, August 27, 2009

Raudatul Sakinah (siri 1)














Dengan misi untuk menyelesaikan tugasan bagi subjek HAKAM, kami memilih untuk menyelongkar dunia di Rumah Raudatul Sakinah. Usianya yang menjangkau 11 tahun, telah dibentuk dibawah NGO telah memberi sumbangan yang sangat bermakna dalam membentuk akhlak dan memulihkan anak- anak gadis daripada terpesong jauh dari landasan agama yang sebenar.
Objektif sebenar penubuhan Raudatul Sakinah adalah bagi menunjukkan anak- anak gadis kepada cara hidup islam yang sebenar, membentuk mereka ke arah pembesihan jiwa dan rohani , memulihkan mereka dari trauma dan menjadikan mereka insan yang dapat berbakti kepada masyarakat. Biasanya, anak- anak gadis yang dihantar ke rumah raudatul sakinah adalah mereka yang pernah terlibat dalam kegiatan gejala sosial seperti black metal, sumbang mahram, mansa rogol dan sebagainya.
Anak- anak gadis yang dihantar ke sini, adalah mereka yang berumur 12 tahun sehinggalah 25 tahun. Mereka akan menjalani proses pemulihan disini selama minimun 13 bulan dan bagi menentukan sama ada mereka layak untuk dibebaskan berdasarkan penilaian - penilaian oleh kaunselor dan sukarelawan disitu. Kapasiti anak- anak gadis yang berada di rumah ini hanyalah 28 org kerana pada pendapat pengurusan jumlah sedikit adalah penting supaya mereka dapat dibentuk dengan lebih mudah.
Menurut kajian yg dilakukan oleh pusat ini, sepanjang januari hingga jun tahun ini, hampir kira 87% mereka yang mengandung anak luar nikah mempunyai niat untuk mengugurkan anak kerana memikirkan pelbagai risiko yang mendatang. Maka, ini hanyalah permulaan kepada entry mengenai rumah raudatul sakinah , pada masa akan datang akan ada lagi artikel mengenai rumah ini dan persoalan yang bakal dibincangkan:
  • bagaimana pemulihan jiwa dilakukan pada mangsa-mangsa yang dirogol?
  • adakah mereka diberi peluang untuk menjaga anak2 mereka?
  • adakah kempen 'safety sex' adakah relevan pada zaman sekarang?
  • cerita2 di sebalik rumah raudatul sakinah
  • lain2