kaki stalk :)

Showing posts with label checklist. Show all posts
Showing posts with label checklist. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Magic of Love :)





The picca's tell thousand words hiding in it :) can u named it one?
sometimes only simple things can touch our hearts, 
yeah, indeed it happens to me sometimes :)
I called it Magic of Love ;) 
tafsirkan gambar ini dengan rasa hati bertunjangkan akal & iman, 
kemudian terjemahkan dengan rasa kasih,fitrah yang dikurniakan olehNya :)
Tidakkah kamu mahu berfikir wahai manusia yang diberikan akal fikiran ^_^

Saturday, October 1, 2011

Aku Mahu Menjadi Teristimewa


Seorang lelaki non muslim bertanya kepada seorang lelaki muslim ketika melihat kelibat seorang perempuan bertudung dan menutup aurat melintasi hadapannya .

lelaki non muslim : kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?

lelaki muslim : sambil tersenyum, dia mengeluarkan 2 biji gula-gula dari dalam koceknya. Lalu  salah satu darinya dibukakan bungkusan kemudian dia melemparkan gula-gula tersebut ke atas  lantai. Dia bertanya kepada lelaki kristian , antara kedua-duanya mana satu kamu akan pilih ?

lelaki non -muslim : mestilah yang masih dalam bungkusan.

lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.


DEAR LADIES, COVER UP! 
BEING A MYSTERY IS MORE SEXY THAN SHOWING EVERY INCH OF YOURSELF OFF


Biar cantik pada pandangan Allah .Jangan cantik pada pandangan mata insan yang tak halal padamu . Biar  panas di dunia kerana menutup aurat. Asalkan sejuk di syurga. Biar menutup aurat . Bukan membalut aurat. [membalut aurat : ertinya bila pakaian yang dipakai masih lagi ternampak liku -likuk badan] kadang-kadang kita dah tau sesuatu itu salah, tetapi kita masih lagi buat. Ingat , setiap yang dibuat setiap detik akan ditanya Allah, dan kerana itu aku mahu menjadi teristimewa di mata Mu, Ya Allah .

Saturday, September 17, 2011

Dia yang memiliki hati ini. Dia yang Maha Mengetahui rasa hati ini. Dia , Allahu  Rabbi .



“Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu,kerana 
Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 
 Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari,maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik"


That's why , ALLAH KNOWS BEST :) 


Tuesday, August 16, 2011

Epilog 29 Hari Mencari Cinta (3)

Mat : Along tengah duk lukis apa tu ? 

Ligat tangan duduk mengambil pembaris, sibuk membuat garisan di diary berwarna purple

Along : Along nak buat mutabaah amal.

Mat : haaaah! apa tuu? mabaaah amal ? (dengan pelat sambil mulut termuncung-muncung )

Along : hurm, mutabaah amal itu adalah checklist apa yang kita aim untuk buat hari-hari. Ala-ala macam jaduallah daripada pagi sampai petang apa along nak buat.So, here is my guidelines for this ramadhan :)

Mutabaah amal, yang saya kira terbaik! diceduk daripada blog-blog lain .

Membebel punya panjang, Mat faham ke along ? Mat baru je umur 4 tahun. Bf paling setia tatkala semua orang tiada di rumah. hee~ teringat kata Dr Muhaya, kanak-kanak di usia 0-6 tahun, mindanya kosong, maka didiklah ia sebaiknya :) Takpe, one day, Mat akan faham, InshAllah.

Along : Mat! Along terasa sakit perut yang amat. Ya Allah , sakitnya!

Mat : Along sakit nape? along janganlah nangis!

Bakal Bersambung, InshAllah :)



Introducing my heart, Mat :)
Salam Nuzul Quran, 17 ramadhan 1432H:)