kaki stalk :)

Showing posts with label kata-kata. Show all posts
Showing posts with label kata-kata. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Note : Ramadhan datang lagi

Tagline hot sejak akhir-akhir ini

Jualan Raya Kamdar kini datang lagi.

Dapatkan kain-kain terbaru-terbaru di Nagoya Tekstil dengan potongan harga sehingga 70%. 

Kurma Taiyob enak dimakan berbuka. 

Itu penanda, Ramadhan datang lagi. 

sabda Rasullah s.a.w : Bulan rejab itu bulan Allah, bulan syaaban itu bulanku dan
 bulan ramadhan itu bulan umatku .

Ramadhan itu bulan kita !

Allahuma Baligna Ya Ramadhan (Ya, Allah sampaikanlah kami pada bulan ramadhan )

Bukan semua orang , bernasib baik dapat berpeluang beribadat dibulan mulia. 
Siapa sangka, kalau masih kalian ingat Ustaz Asri Rabbani meninggal sehari sebelum ramadhan.
Kita yang tidur di malam hari , belum tentu berpeluang dapat bernafas esok hari . 

Bulan Ramadhan, umpama ladang pahala. 
Segala amalan kebaikan dilipat gandakan pahala. 
Bahkan, hawa yang tidak berpuasa jua berpeluang memperoleh pahala tersebut ,
 contohnya menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berbuka .
Mudahkan islam memberi pahala pada umatnya :)

Kita bukan orang suci. Kita insan hina.

Jika dihitung segala dosa, dengan nikmat yang dikurniakan oleh -Nya , mana satu yang lebih banyak ?

credit to langit illahi

note budak kecil : writing with little bit rushing.I'm leaving today for outstation. Tomorrow , will visit Penjara Sg Buloh . Hoping will back home before sahur . I'm wishing to sahur with my hearts :) 

Thursday, April 7, 2011

Terbang Tinggi- Tinggi.

jom terbang tinggi-tinggi (^_^)

Boleh ke saya ni abang? Susah lah. Orang lain memang la boleh, mereka semua ada asas Arab. Saya ni tidak ada asas, sebab tu la saya gagal kot!”
Seorang adik yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi meluah perasaan. Sempat ke dalam masa sebulan ni nak tukar dari gagal kepada A?
Helang sangkakan dirinya ayam
Seorang petani yang sedang mencari herba di atas bukit terpandang sarang burung. Tiada ibu, tapi ada beberapa biji telur di dalamnya. Si petani tahu itu adalah telur si helang. Fikirnya kalau diambil sebiji telur tentu tak mengapa. Sampai di rumah, si petani tadi meletakkan telur helang tersebut bersama telur ayam, dan dieram oleh ibu ayam.
Dua hari kemudian, ibu ayam berkokok keriangan, kerana semua anak-anaknya sudah menetas- termasuk anak helang tadi!
Anak helang itu dibesarkan oleh ibunya (ibu ayam) seperti abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain. Ia makan apa yang mereka makan, minum apa yang mereka minum, buat apa yang mereka buat, hatta mengikut ke mana sahaja ibu dan abang kakaknya pergi. Pendek kata, si helang dibesarkan sebagai seekor ayam. Malah si helang ini tidak pandai terbang.
Dan si helang penuh percaya bahawa dirinya adalah seekor ayam, walau berbeza dengan ibu, abang dan kakaknya.
Lama selepas itu, si helang ini telah tua- sedang semua ibu, abang dan kakaknya dijual oleh tuannya, si helang masih di situ. Sedang si helang ini mematuk makanan bersama ayam lain, si helang terpandang ke langit, dan terlihat seekor burung yang sedang terbang megah. Lalu tanya si helang ini pada ayam, “siapa itu? Aku kagum melihatnya, begitu hebat menyusur di udara”.
Lalu balas si ayam, “itulah Sang Helang, raja segala burung. Bukan seperti kita, burung yang mematuk di bumi!”

Si helang tua mengangguk, dan kembali mematuk tanah, mencari makanan..sehingga akhir hayatnya.
Bina kepercayaan hari ini
“Apa yang awak ada sekarang, atau apa yang pernah awak ada dulu bukan penentu mutlak siapa awak esok hari. Tapi baik abang, atau awak sendiri, kita sama-sama yakin, 
apa yang awak percaya, itulah yang awak akan jadi!”

Kita sudah tentu tidak mahu menjadi seperti si helang tadi yang membesar, menjadi tua, mematuk tanah, malah mati sebagai ayam, sedang kita punya sepasang sayap besar yang membolehkan kita terbang menyusur angkasa mencari makanan di merata tempat, dan akhirnya mati dengan bangga sebagai raja burung!

words: apa yang awak percaya, itulah yang awak akan jadi.
taken from :d'art of thoughts
taking 2 diffrent courses , with 9 subjects ! 
Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam
9/4 - Pentadbiran Harta Islam + Undang -Undang Keterangan Islam
10/4- Bacaan kes
Degree Law 
11/4 -Undang-Undang Antrabangsa
13/4 - Islamic Jurispruden
15/4 -corporate finance
18/4 -Land Law
19/4-Trust
22/4 - company law

p/s: sebab terlalu cuak, saya ingatkan hari ini dah hari sabtu! sayyidul ayyam :)
mencuba yang terbaik, mendoakan yang terbaik , InshAllah!


nasib baik =good luck !


Saturday, February 26, 2011

Bicara Manisnya Kahwin.


Alhamdulilah, di celah-celah kesibukan , Allah memberi peluang untuk menjejakkan kaki ke satu forum yang berdiskusi mengenai kahwin semasa belajar : cabaran atau dorongan. Tahniah Perundang dan Exco Siswi for great effort !

Panel-panel iaitu Ustaz Shamsul Hakim dari Usim, Dr Salawati merupakan Pensyarah FUU, dan Kak Anis seorang final year student yang berkahwin semasa di semester ke 2 tahun 1, serta moderator Fitri Haris @ Fitri Unic.Mereka tampil dengan hujah yang menunjukkan pro dan cons andai kaki menjejak ke alam perkahwinan semasa belajar.

Coretan ringkas kali ini berkisarkan bicara manis panel-panel yang sempat tercatit di memori pada jumaat yang lalu.

Berbicara tentang cinta, memang indah, seolah-olah tiada cacat celanya. Baja cinta yang disemai , diharapkan berakhir di alam perkahwinan.

Berbisik pula mengenai alam perkahwinan, semua orang ingin menikmatinya dan merasai kemanisan berumah tangga dalam alam perkahwinan. Kata pujangga kalau bercinta itu indah, maka berkahwin itu bahagia.

Tetapi tahukah kita erti perkahwinan yang sebenar ?

Ijab dan qabul antara suami dan si ayah  ertinya memindahkan perwalian dan penjagaan selama ini yang dipegang pleh bahu ayah kini beralih kepada seorang suami.

Berkahwin adalah mengambil maruah wanita untuk dipikul dibahu lelaki.

Teringat kata-kata Dr Salawati, “saya hairan dengan suami yang membiarkan isterinya memakai tube, seluar ketat, sedangkan dia tahu , dosa itu dipikul oleh suaminya. Setiap langkah isteri itu jalan menuju ke neraka, seandainya tiada teguran dari suaminya.

Bicara yang menusuk kalbu, dari Ustaz Shamsul Hakim pula , “Perkahwinan yang terbaik adalah berlandaskan keimanan kepada Allah, kerana andai perkahwinan itu hanya berasaskan bibit cinta, perasaan itu mudah hilang, tetapi andai perkahwinan itu kerana keimanan, perasaan sayang itu akan makin jua bertambah kerana sayangnya suami pada isteri kerana Allah, dan kasihnya isteri pada suami kerana Allah.”

Perkahwinan itu bukan sekadar hendak mencapai klimaks 2 minit, malah ia lebih dari itu.

Kata mak ayah Kak Anis, bila berkahwin susah atau senang biarlah hadapi sama-sama. Kalau kahwin itu hanya kerana cinta semata-mata , bila hidup terkena tempias kesusahan , mungkin jua perasaan cinta itu luntur, tetapi kalau kerana iman, sabar itu akan menjadi penguat diri.

Komen saya, kesemua panel ini bertemu cinta yang diredhai Allah, dan mengenali pasangan masing-masing di alam perkahwinan. Kemanisan berumah tangga itu dapat dirasai apabila menjaga batas sebelum menjengah kealam perkahwinan.Hakikat yang tidak dapat dinafikan, cinta selepas perkahwinan adalah cinta termanis, cinta halal tanpa batasan dan cinta yang menuju jalan ke syurga.

Kalau kita jaga hak –hak Allah, maka Allah akan jaga hak-hak kita.

Andai mencari yang soleh, jadilah solehah. Andai mencari yang solehah, jadilah soleh. Bukan isu mencari, tetapi sebaliknya menjadi. Jadilah soleh dan solehah terlebih dahulu, baru boleh berdampingan dengan si soleh dan solehah.

:JODOH ITU ADALAH MISTERI TANPA JAWAPAN SEHINGGA TIBA MASANYA.



stay away from blogging.
28.2.11 - test pil
2.3.11  - 2nd event apresiasi wanita
4.3.11  - tour to Securities Commission
5.3.11  - Dip class
6.3.11  - Off to Pondok Raudhah Anak Yatim , & Dinner kolej

musim workholic: everything seems to be impossible until it is done! 

:)

Tuesday, February 8, 2011

lagikan si kecil tahu akan hakikat itu.



Ashraf Omar memimpin anaknya yang berusia 5 tahun meninggalkan perkarangan kubur , setelah pengebumian arwah ayahnya. Di tatkala senja itu yang muram itu, anaknya cuba menyerikan suasana yang sepi itu.

anak: Papa mesti sedihkan atuk dah pergi tinggalkan papa. Papa, kalau Faris tanya papa , jawab ek. Janji tau.

Ashraf : ya, sayang, tanyalah.

anak : berapa lama kita akan berada dalam kubur ?

Ashraf : anakku, kita akan berada dalam kubur, sehinggalah hari kiamat akan datang. Kalau lambat lagi hari kiamat akan datang, maka lamalah kita akan menjadi penhuni kubur.

anak: kalau macam itu, maknanya, kalau kita baik dan banyak amalnya, mesti kubur kita luas dan terang. Tapi kalau amal kita kurang, banyak buat dosa, maka kita akan diseksa sampailah hari kiamat akan datang. Takutnya Faris kalau kena seksa dengan ular yang besar, pukulan bertalu-talu daripada malaikat kalau Faris tak dapat nak jawab soalan mereka. Betul tak papa?

Ashraf : ya, sayangku.

Ashraf Omar terkedu dengan jawapan anaknya, lagikan si kecil tahu akan hakikat itu, anda yang dewasa malahan sudah berfikiran matang bagaimana?

tanya hati, tilik iman, cukupkah amal sebelum kita menjengah ke alam barzakh J


nota kaki: inpirasi coretan kali ini, dek teringat saya akan kata-kata buah hati , adek terchenta bila jatuh dan tersembam ke tanah, malahan berdarah mulut. kata-kata pertama yang keluar dari mulutnya , "eh mat, hidup lagi, ingatkan dah mati " . Dia sikecil yang berusia 4 tahun tahu akan hakikat kematian. Tidakkah terfikir anda?

short update: saya cuak dengan company law test, jumaat minggu ini. 3pm (^_^)

Thursday, January 20, 2011

Penghijrahan Cinta (^_^)



Anda sedang mencari cinta? saya sedang mencari cinta. anda, bagaimana?


alhamdulilah, walaupun semester ini sibuk dengan komitmen belajar, kerja partimer, diri ini masih diberikan kudrat untuk mencari santapan jiwa buat bekalan diri. 


Topik yang cuba saya karang ialah 'Penghijrahan Cinta' . Hakikatnya, forum ini telah berlangsung hampir 2 minggu lalu , namun dek kekangan masa, hari ini barulah jari jemari ini berkesempatan untuk menari di papan kekunci. moga terus diberikan kekuatan itu. ameen :)


Saya tersentuh dengan kata-kata Ustaz Hasrizal, memang lumrah manusia mempunyai perasaan untuk dikasihi dan disayangi tetapi bersabarlah dengan sesabarnya supaya kemanisan dalam rumah tangga akan dapat dikecapi. InshAllah bercinta sampai syurga.


Pernah ada orang bertanyakan kepada beliau, bagaimana hendak menjalani cinta sebelum kahwin yang betul-betul mengikut sunnah rasul dan nabi ?


Jawapan beliau cukup mudah, mengapa dicari cinta yang susah, sedangkan cinta yang senang itu ada.


Cinta sebelum kahwin itu adalah susah, kerana tiada guidelines atau apa-apa panduan dalam kitab supaya ia mengikut syarak, sedangkan cinta selepas kahwin itu penuh bersyariat, dari ijab dan qabul sehinggalah kepada  selepas berumah tangga , landasan dan panduan yang boleh diikuti boleh dicari dimana-mana dengan senang.


Jom cari cinta yang senang.!!!


Ramai kita pada hari ini, mencari cinta yang susah. Hakikatnya apabila tatasusila sebelum berkahwin tidak dijaga dengan sebaiknya maka hilang kemanisan dan keberkatan dalam 'masjid' yang dibina.


Bak kata beliau, jangan dahulukan syurga dunia kerana bimbang neraka sebagai balasannya.


Carilah cinta yang senang, dengan berkahwin, InshAllah segalanya akan mengikut lunas agama, dan jalan menuju ke syurga itu terbuka luas.


Pada saya, tak layak untuk saya mencari cinta manusia , andai cinta pada Illahi masih belum melangit tinggi dan segalanya kerana -Nya.


kata-kata hati saya selalu berdesis ' jodoh itu adalah ajaib, penuh misteri yang tiada jawapan, sehingga tiba masanya '


Jom cari cinta senang , cinta Illahi :)

Saturday, January 8, 2011

Nenek Limah, Balqis, Padi & Lalang :)

'nek, susahlah nak cabut lalang-lalang ini, dahlah banyak pula tu ," keluh  Balqis sambil mengelap peluh yang merenik di dahinya.

"Cu, itu yang kamu kata susah? orang zaman sekarang pantang buat kerja susah sikit , dah nak mengeluh. Banyakkanlah bersabar," bebel Nenek Limah dengan tangannya ligat mencabut lalang yang menyemak dihalaman rumahnya.

'ala, nek kenapa kita tak sembur racun sahaja, kan lebih senang. jimat masa, jimat tenaga . Qis tak fahamlah kenapa kita nak susah cabut lalang dan rumput semua ini ."

"Qis, memanglah sembur racun lebih senang daripada mencabut lalang , tetapi ia takkan kekal lama sebabnya sisa akar lalang masih lagi hidup, maknanya akan datang ia akan tumbuh lagi . Kalau kita cabut, akarnya akan tercabut sekali, jadi untuk jangka masa yang panjang ia tidak akan tumbuh lagi. Sekarang mana yang lebih bermanfaat ?

"yelah, Qis semuanya salah, " balas Qis sambil terus mencabut lalang yang memenuhi halaman rumah nenek itu.

"Qis, cuba pandang sawah depan rumah Nek, cantikkan ? "

"a'ah cantik, dulu masa Qis masih kanak-kanak Qis suka berlari-lari atas batas sawah."

"Dulu , masa arwah atuk hidup dulu, atuk pernah pesak pada Nek , supaya jadi macam padi. Padi yang berisi, makin tunduk, tetapi banyak memberi manfaat pada semua orang. Masaknya padi , membuahkan beras yang boleh dijadikan nasi untuk kita makan. Bukan seperti lalang, yang banyak dihalaman rumah ini, sangat menyemakkan dan menyerabutkan".

"Qis, tak fahamlah Nek, Qis sekarang dah tak pakai jalan biasa, pakai Highway , express sikit. "

"Amboi, cerita Adnan Sempit juga yang diingat pula budak ni. Qis sayang, hidup ini kita perlu lebih banyak memberi daripada menerima. Semakin banyak yang kita beri, semakin banyak yang kita terima. Belajar erti hidup pada memberi manfaat pada orang lain bukan dengan menerima. Nabi pesan, tangan yang memberi itu lebih mulia daripada tangan menerima. Cuba Qis aplikasikan memberi dalam hidup Qis. Qis beri sujud hanya pada yang Maha Esa, beri rasa cinta pada al-quran dan as-sunnah, beri rasa kasih pada keluarga dan sahabat serta anda sayang maka berilah manfaat kepada orang lain. Jangan berasa letih untuk memberi. Luaskan konsep memberi, jangan hadkan pada material, ia mungkin perkara paling mudah dalam hidup kita, seperti senyuman. Hidup ikutlah resmi padi yang makin tunduk makin berisi.Jadikan diri Qis  seperti lilin yang menerangi lilin-lilin yang lain dengan memberi cahaya kepada lilin lain bukan dengan cara menguranginya."

"Nek selalu buat Qis terharu.Qis sayang Nek, sayang sangat -sangat," dengan erat Qis memeluk Nenek Limah.

'hidup biarlah ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi bukan seperti lalang, makin banyak tetapi makin menyemakkan'


alhamdulilah, my first writing was published in iluvislam.com.

Friday, December 31, 2010

Saya Si Penjual Tudung :)

sejak akhir-akhir ini kita dapat melihat begitu  banyak lambakan jenis dan koleksi tudung yang dijual di pasaran dengan pelbagai warna dan corak, malahan kini dengan pelbagai style ada yang berbentuk pashmina, syria, ariani dan sebagainya.

Jenis tudung yang begitu banyak ini bukan hanya dijual secara direct seperti di butik atau di pasar bahkan secara meluasnya melalui online. Almaklumlah sekarang semuanya di hujung jari. Just tekan ‘click’ semuanya settel dan tudung akan dipos ke rumah anda.Senangkan ?

Tetapi saya pada hari ini , saya cuba membuat bisnes baru. Bisnes menjual tudung yang tak perlukan modal, tetapi hanyalah secebis kekuatan dan amal.

Tudung yang saya jual , lebih murah daripada yang terjual dipasaran, tetapi kalau dipakai oleh anda, InshAllah cantik seperti bidadari syurga.

Nak cuba tudung yang saya nak jual?

Dulu, saya ada terbaca, tudung ini dapat dibahagikan 4 jenis iaitu tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”

Awak tahu apa maksudnya? Mari saya ceritakan (^_^)

“Tudung pada wajah, jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

Tudung pada mata, jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.

Tudung pada suara, jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.

Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

Jom kita combinekan tudung-tudung ini dan membentuk formula.

Tudung pada wajah+ tudung pada mata + tudung pada suara + tudung pada hati = Wanita solehah.

‘ Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah’ ( HR-Muslim)

Fuhh, sebaik-baik perhiasan didunia ini adalah wanita solehah, maknanya dalam dunia ini yang paling cantik adalah wanita solehah. Tiada bandingan dengan yang lain. Awak nak jadi cantik? Tepuk dada jangan tanya selera , tapi tanya iman. (,”)

Dulu, pernah ada orang bisikan di telinga saya, kita sebagai perempuan , biarlah pemurah dengan senyuman, pemurah dengan harta tetapi janganlah kita menjadi ‘MURAH’.

Perempuan selalu dikaitkan dengan bunga mawar, dan saya pun suka dengan bunga mawar.

Jom jadi mawar yang cantik dipandang tetapi sukar disentuh kerana duri itu adalah imannya.

Saya tinggalkan anda dengan cebisan kata-kata, ‘ andai malu itu sebahagian daripada iman, maka hilang malu, hilanglah…’

Saya tahu , anda pandai, jadi anda tentu tahu  completekan ayat diatas.

Salam  tinta terakhir 2010. InshAllah akan berusaha merubah diri kearah lebih baik J



Monday, December 27, 2010

Teka Teki: Siapa lebih sayang kita?


saya ada satu soalan bonus nak tanya,
agak-agak siapalah yang paling super duper  sayang pada kita?

ada orang akan menjawab umi!
ada orang akan jawab abah!
ada orang akan menjawab abang !
ada orang akan menjawab kakak!
ada orang akan menjawab adik!
ada orang akan menjawab kawan!
ada orang akan menjawab pakwe !
ada orang akan menjawab makwe!

opsss! semua itu SALAH!!! sebab yang paling sayang kita adalah

*ALLAH*

awak nak tahu sebab apa Allah paling sayang kat kita???
sebab Allah adalah paling dekat dengan kita (2:186)
lebih dekat daripada kapilari darah yang berselirat
awak pernah check berapa jarak antara  kapilari darah  dan vena ?
awak tengok dengan mata kasar pun awak akan cakap, 
Oh sangat sangat rapat.!!!
Dia dekat yang amat dengan kita.
Tidak pernah meninggalkan kita walau pun sedetik
Cuma kita sahaja sibuk, kadang-kadang tak ada masa untuk Dia.
kalau buah hati kita tak contact for long time , confirm merajuk.
Tapi kalau awak lupa Dia sejenak, ada Dia merajuk??
Tak ! Tak pernah merajuk walau sekalipun!
Kalau Dia merajuk tak bagi awak oksigen ,
 confirm sekarang orang tengah usung awak pergi tanah kubur.

awak nak tahu lagi sebab apa Allah paling sayang kat kita?
Dia tak uji awak, lebih dari kemampuan awak.
Cuba awak tengok, Dia cakap 
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (2: 286)
See, sebab Dia sayang awak, Dia uji awak dengan perkara yang awak boleh hadapi
Cuma awak je, kalau kena uji sikit-sikit dah nak mengeluh.
awak mesti cakap, oh bencinya!!! 
Itu dah kira baik daripada awak maki-maki kan?
Nah, Tengok  ni Dia cakap apa kat awak bila awak kutuk-kutuk bila diuji.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui ( 2:216).
kalau nak saya tulis sebab kenapa Dia sayang awak lebih dari yang lain mesti sampai tangan saya lenguh, tapi jangan kita rasa letih nak bercinta dengan Nya.
so, senyum manis-manis mengalahkan susu pekat manis boleh?

saya pinjam kata-kata akak Heliza, 
Allah hilangkan mentari, dan Allah datangkan ribut kehidupan sebab Allah nak bagi kita pelangi yang sangat indah.

See, sayangnya Dia kat kita.
Kita sayang Dia tak?
Kalau sayang, Jom dekati Dia.
Kedekatan membenihkan Cinta pada Nya


Hadis Abu Hurairah r.a katanya: 

Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak (HR-MUSLIM)



NOTE: IT TAKES TWO TO TANGO
do you to be my partner for tango?
i want to have tango with Him first, then I know someday, 
i'll met u and we'll have tango together.
promise ?

:)


Wednesday, December 22, 2010

Life :)



Life is full with uncertainty and all the possibilities. Today, we may see the sunshine in our life but tomorrow it wouldn't promise to have sunshine like today. Its normal , if today you are smiling and tomorrow you little bit sad. That what we called 'lumrah kehidupan' . Hidup pun ada pasang surutnya seperti ombak, tidak selalu tenang pasti ada gelora yang menyesakkan di dada.


we can't expect what might happen for the future, but we can get ready for it.  He won't put you in situation that you can't bear . Put your faith to Him. Walk along His path and you may arrive safely to the Jannah. InshAllah.


so people, keep smiling :)






'Life is not about waiting the storm to pass.
It's about learning how to dance in the rain'


Wednesday, November 17, 2010

Jangan Jual Mahal , Kalau Orang Dah Nak Bagi 27.

Suatu hari, abah bertanyakan kepada anak-anaknya . Kalau jual mahal bagi perempuan memanglah perlu tetapi biarlah bertempat. Kalau orang bagi duit RM27 dan duit RM1 free of charge ,mana satu pilihan anda? 

Mestilah yang RM27 kan! Siapa yang menolak tuah itu tersangatlah rugikan!

Analogi yang sangat mudah untuk dikaitkan dengan solat berjemaah. Tetapi ramai di antara kita pada hari ini memilih untuk dapatkan RM1 atau 1 pahala sahaja berbanding dengan RM27 atau 27 pahala.

Kalau solat sendirian hanya mendapatkan 1 pahala sahaja, dengan pelbagai possiblities, tidak khusyuk dalam solat, garu gatai sana sini, agak-agak kita akan dapat full tak 1 pahala?

siapa boleh jamin confirm dapat markah full 1 pahala?

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jadi, kawan-kawan, anda mahu yang 27 atau yang 1? pilihlah yang 27, nescaya beruntunglah anda di akhirat kelak.


sebagai tambahan:
  • Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:   “ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]
  •  sabda rasul s.a.w“ Bergembirah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.” *Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh*


Kalau dulu, i keep questioning kenapa abah, selalu marah -marah, bagi 'hadiah piyap' dan bagai. Teringat kalau selagi tak dapat nak baca lancar untuk 1 page helaian quran , mesti abah suruh ulang sampai 10 kali. Kadang-kadang masa menjadi kanak-kanak kecil dulu, terasa nak lari dari umah sebab selalu kena marah. Lambat semayang kena marah. Lambat bangun tidur kena berleter.


Tetapi kini saya faham. Betullah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan. Maksud tangan-tangankan, kita perlu didik anak-anak betul2. Sayangkan anak-anak kita tidak akan biarkan ia tersesat, tetapi kita pimpin anak-anak ke jalan yang betul. Fitrah anak kecil itu suci seperti kain putih yang mencorakkannya ialah ibu dan bapa.


along sayang yang amat umi dan abah :)


Mahu mencari kemurahan dan keberkatan dalam rezeki. klik ini.


salam aidiladha. 11 Zulhijah 1431H.

Tuesday, November 2, 2010

walk to remember:)

Journey for this semester almost complete. Only 2 paper are unsettled. 
Only a words cud be described ! Alhamdulilah. !
For giving the strength, to walk along the way. 
The most hectic and heaven semester but having lots of fun. Life without weekend.
 Class on saturday and on sunday u have to struggle to finish up all the tutorials. 
Non stop working. U woke up  early in the dawn, and u stay up till the late.
 Even sometimes, u wish to quit and give up.
 But friends make u keep staying. did u ever heard this words ? 
"when life seems to give hundred reason for u to cry, 
it does show life has million reasons for you to keep smile ".
 Friends are everything and the most important the prayer from beloved umi and abah. 
The only lovers i would love forever. 
So, deary friends, dun ever give up.! Just stay strong till the end of time.
He did meantioned u,wutever happen keep strong,
 He would't test u somesting u can't bear. 
He will help u as long u want him to.
 Put your trust to Him and u'll gain much stronger.

(^__^)

*the memorable journey dis sem*

4 in the morning bak kate gwen stefani
equity follows the law
*credit to ira nadhirah. i curi bleh*

Fit Conqueror Pte Ltd
we conquer!
maher zain's showcase
save the soul!
* 1 tekad & terima kasih mengingatkannya*

soga sambil bersogo!


'Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, 
tetapi hanya Allah sahaja tahu rahsia didalamnya.
Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa..
 tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya.
Jika kau kecewa, maka pandanglah sungai.
. airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.
Jika kau merasa sedih pandanglah ke langit,
 kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...'




*almost 91 days I had been missing u and will keep missing u*



Wednesday, October 20, 2010

Tinta Kasih untuk Sahabat



Duhai sahabat,
Tika ku menitipkan jari jemari ini menari
Untuk meluahkan segala rasa di hati kecil ini
Dalam hatiku hanya ada satu
Semoga dirimu dirahmati selalu

Aku tahu,
Walau aku bukan yang pertama dalam hidupmu
Walau aku bukan paling rapat denganmu
Walau aku bukan teman mu bergelakmu ketawa
Walau aku bukan teman mu untuk mencurahkan segala rasa
Walau aku bukan teman yang selalu berada disisimu
Dan walau ini tidak pernah berhenti kesekian kalinya…

Aku mahu kau tahu satu perkara
Aku tak kan pernah berhenti menyayangimu
Sebab kasihku mekar selamanya
Aku tak kan pernah berhenti merinduimu
Sebab rindu itu mendekatkan kita
Aku tak kan pernah menjauh
Sebab aku tak mampu berjauh dengan kau
Aku tak kan berhenti menitipkan doa untuk mu
Sebab kerana Dia kita bertemu
Kau anugerah untukku

Duhai sahabat,
Saat yang kita lalui
Penuh manis dan hilai tawanya
Izinkan ku pinta satu perkara dari mu
Andai kau merindu aku,
kau pandanglah wajah2 lama kita
Dan tersenyumlah  sebab aku senantiasa dalam hati kau.

Duhai teman,
Andai kata suatu hari nanti
Aku jatuh , pimpinlah aku supaya aku mampu bangkit kembali
Andai kata suatu hari nanti
Hanya tangisan mengisi hatiku
Izinkan ku sandarkan tangisan ini dibahumu teman
Andai kata suatu hari nanti
Aku telah tiada
Jangan kau tangisi, tapi kenanglah aku dalam doamu
Moga kasih dan cinta kita bersemi di syurga nanti

Ya rahman ya rahim
Hamba Mu ini insan yang lemah
Hamba Mu ini memohon kekuatan daripada Mu
Lindungilah sahabatku selama hayatnya
Rahmatilah dirinya
Dekatkanlah diri Nya dengan mu
kerana dia insan yang ku sayang sepenuh hati
Amen ya rabbalamin….