kaki stalk :)

Thursday, January 20, 2011

Penghijrahan Cinta (^_^)



Anda sedang mencari cinta? saya sedang mencari cinta. anda, bagaimana?


alhamdulilah, walaupun semester ini sibuk dengan komitmen belajar, kerja partimer, diri ini masih diberikan kudrat untuk mencari santapan jiwa buat bekalan diri. 


Topik yang cuba saya karang ialah 'Penghijrahan Cinta' . Hakikatnya, forum ini telah berlangsung hampir 2 minggu lalu , namun dek kekangan masa, hari ini barulah jari jemari ini berkesempatan untuk menari di papan kekunci. moga terus diberikan kekuatan itu. ameen :)


Saya tersentuh dengan kata-kata Ustaz Hasrizal, memang lumrah manusia mempunyai perasaan untuk dikasihi dan disayangi tetapi bersabarlah dengan sesabarnya supaya kemanisan dalam rumah tangga akan dapat dikecapi. InshAllah bercinta sampai syurga.


Pernah ada orang bertanyakan kepada beliau, bagaimana hendak menjalani cinta sebelum kahwin yang betul-betul mengikut sunnah rasul dan nabi ?


Jawapan beliau cukup mudah, mengapa dicari cinta yang susah, sedangkan cinta yang senang itu ada.


Cinta sebelum kahwin itu adalah susah, kerana tiada guidelines atau apa-apa panduan dalam kitab supaya ia mengikut syarak, sedangkan cinta selepas kahwin itu penuh bersyariat, dari ijab dan qabul sehinggalah kepada  selepas berumah tangga , landasan dan panduan yang boleh diikuti boleh dicari dimana-mana dengan senang.


Jom cari cinta yang senang.!!!


Ramai kita pada hari ini, mencari cinta yang susah. Hakikatnya apabila tatasusila sebelum berkahwin tidak dijaga dengan sebaiknya maka hilang kemanisan dan keberkatan dalam 'masjid' yang dibina.


Bak kata beliau, jangan dahulukan syurga dunia kerana bimbang neraka sebagai balasannya.


Carilah cinta yang senang, dengan berkahwin, InshAllah segalanya akan mengikut lunas agama, dan jalan menuju ke syurga itu terbuka luas.


Pada saya, tak layak untuk saya mencari cinta manusia , andai cinta pada Illahi masih belum melangit tinggi dan segalanya kerana -Nya.


kata-kata hati saya selalu berdesis ' jodoh itu adalah ajaib, penuh misteri yang tiada jawapan, sehingga tiba masanya '


Jom cari cinta senang , cinta Illahi :)

No comments: