kaki stalk :)

Showing posts with label Chenta. Show all posts
Showing posts with label Chenta. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

only a word -> Busy! :)


hey hey, salam ! sapu habuk-habuk kat blog  bilik. Lama tak update. Hee~ welcome to the 'heaven year' atau final sem. Hidup macam tak ada hidup. The daily routine is working working working and working. Di himpun segala kerja-kerja setinggi gunung daik. But I'hve promised to myself, I don't want final year ending up with stress. I'm wishing to have fun year with lots of works :) Ye, aku janji!

so, let's the picca talk more than me :) 


Majora Regalia [Advocates & Solicitor]. Queen's dignity and we'r all ladies :) Okeh, antara agenda-agenda final year, adalah everyone has to work in their own firm. So, firm neh umpama just like one day, you dah have own firm and everything you have to work on your own including the management, financial, tasks and etc. Masa inilah , kita kenal ragam manusia yang sebenar. Kena belajar deal dengan the whole firm mates, works on time and etc. So far, alhamdulilah, Allah sent me very very good firm mates and they all are so so fun! Kita keje baik-baik ye selama setahun. Xnak gaduh-gaduh. Gurau manja-manja banyak . Kita kumpul dan kutip kenangan sama-sama ye, buat simpanan dalm hati :)


Oh ye! kan dah janji 'heaven year' neh adalah fun's year :) ops! kami adalah master mind explorace sempena earth's day. Best kan kenakan orang?  Jalan-jalan itik, face-painting, tasting the garam, gula, pepper, creamer, puzzles, searching for the case! Gelak-gelak tengok gelagat perserta, Okeh, I can't wait for the next event of United Nation. Okeh, babeh! let's unite :) 

ini punya cerita semalam. Dari UKM ke UPM dan akhirnya ke UM untuk Seksaan Syaitan :)  Banyak jumpa manusia yang boleh buat tersenyum. along. eyqa. mun. chaq, dan lain-lain lagi. hee~ apa komen seksaan syaitan ? emm, cerita ini akan lagi complete, kalau storyline show macam mana mangsa kena bunuh . Katanya dalam skrip mangsa kena bunuh, bercerai tulang-temulang dan ditanam. Epic trailer agak menakutkan pada awalnya. Oh, tak lupa first time dalam hidup masuk UM, patut tanya umi dan abah dulu kolej mana? Ohh, jangan lupa, pic neh hak milik ariana and she's the one captured this picture.

Bila budak baju koko kuning tu dah grad, seriously rasa lonely yang amat T_T. Empat tahun bersama ke hulu dan hilir. Sampai orang cakap , eh tu rumate nas eh ? heee~ nope, but she's part of my heart:) Dear, good luck for the next stage of life, smoga segalanya dipermudahkan. Seriously rindu tahap tera .awak! saya rindulah tak ada orang nak dengar saya bercerita T_T . Dan juga congrates to budak grad baju warna merah yang sibuk dengan phone :p 

Pray! surely Allah is listening . Allah love those who love to meet him  and surely He will find you. Terasa kadang langkah itu berseorangan. Payah . Berat. Takpe, you gonna be fine. He's always and always be with you. Hati kuatlah! Jangan lemah. eh tiba, the droplets.Jangan basah please please please! ^-^

Saturday, September 24, 2011

will you

Please hold me up when I'm falling down .Sometimes you have just to be there, and it's enough.
will you ?

Tuesday, March 29, 2011

Please Be Grateful :)


it is beautiful right ?
can u explain the beauty and colourful of this picture to the blind man?
do u think they can imagine it ?
take a moment and be grateful of your eyesight.


kadang-kadang kita terlalu asyik memandang ke atas, 
sehingga terlupa sejenak untuk memandang ke bawah 
dan melihat nasib orang yang lebih malang dari kita.

belajar erti syukur  (^_^)


Tuesday, February 8, 2011

lagikan si kecil tahu akan hakikat itu.



Ashraf Omar memimpin anaknya yang berusia 5 tahun meninggalkan perkarangan kubur , setelah pengebumian arwah ayahnya. Di tatkala senja itu yang muram itu, anaknya cuba menyerikan suasana yang sepi itu.

anak: Papa mesti sedihkan atuk dah pergi tinggalkan papa. Papa, kalau Faris tanya papa , jawab ek. Janji tau.

Ashraf : ya, sayang, tanyalah.

anak : berapa lama kita akan berada dalam kubur ?

Ashraf : anakku, kita akan berada dalam kubur, sehinggalah hari kiamat akan datang. Kalau lambat lagi hari kiamat akan datang, maka lamalah kita akan menjadi penhuni kubur.

anak: kalau macam itu, maknanya, kalau kita baik dan banyak amalnya, mesti kubur kita luas dan terang. Tapi kalau amal kita kurang, banyak buat dosa, maka kita akan diseksa sampailah hari kiamat akan datang. Takutnya Faris kalau kena seksa dengan ular yang besar, pukulan bertalu-talu daripada malaikat kalau Faris tak dapat nak jawab soalan mereka. Betul tak papa?

Ashraf : ya, sayangku.

Ashraf Omar terkedu dengan jawapan anaknya, lagikan si kecil tahu akan hakikat itu, anda yang dewasa malahan sudah berfikiran matang bagaimana?

tanya hati, tilik iman, cukupkah amal sebelum kita menjengah ke alam barzakh J


nota kaki: inpirasi coretan kali ini, dek teringat saya akan kata-kata buah hati , adek terchenta bila jatuh dan tersembam ke tanah, malahan berdarah mulut. kata-kata pertama yang keluar dari mulutnya , "eh mat, hidup lagi, ingatkan dah mati " . Dia sikecil yang berusia 4 tahun tahu akan hakikat kematian. Tidakkah terfikir anda?

short update: saya cuak dengan company law test, jumaat minggu ini. 3pm (^_^)

Sunday, February 6, 2011

Baikkah Aku ? Baikkah anda ?


soalan yang terus memenuhi benak fikiran saya? baikkah saya?

apa definisi baik sebenarnya?

adakah baik itu apabila seorang adam setia kakinya dalam melangkah ke masjid dan matanya senantiasa terpelihara daripada memandang yang tak sepatutnya/

adakah baik itu apabila seorang hawa itu melabuhkan tudungnya  dan menjaga maruah dirinya 

definisi baik yang saya berikan dan anda mungkin sama dan mungkin jua berbeda

hakikatnya erti baik itu ialah apabila kita masuk ke dalam ajaran islam secara keseluruhannya (2:208)

kena masuk secara keseluruhan, bukan secara berjuzuk-juzuk!

yang part ini nak buat sebab suka, yang part ini tak nak buat sebab tak suka, tak ada istilah nak buat certain part sahaja.

islam itu secara keseluruhan, as whole!

kalau sembahyang dah cukup 5 waktu without miss, tetapi kalau main bola seluar atas lutut , maknanya tak cukup baik lagi

kalau kaki melangkah ke masjid hari-hari tetapi mata gatai ke hulu hilir bak ultralaser maknanya tak cukup baik lagi

kalau  rukun islam dah cukup, tetapi kalau pakai baju macam tak cukup kain, maknanya tak cukup baik lagi.

kalau masih ada langgar hukum-hukum Allah walau yang kecil ,maksudnya diri sendiri belum cukup baik lagi.

adik saya pernah bertanya kepada saya, susahkan nak jadi baik  along ?

nak jadi baik, tak susah sebenarnya. cuma ikut rules Allah, follow sunnah  dan avoid the sins.

cuma kita sahaja suka mereka-reka pelbagai alasan.

Janji Allah ,mujahadah itu pahit , tetapi manisnya syurga.

Awak nak jadi baik? saya nak jadi baik! 

inshAllah, Jom berubah sebelum malaikat izrail menjemput kita pulang kearah Nya :)


Ya Allah please forgive me for the wrong i've done
Ya Allah please give another chance to prove that i can pass
please guide me and protect me along to the straight path
and i know that, i can make it and one day i'll be heaven with you 

Ya Allah by 786 

u will never reach perfection, because there's always room for self improvement. Yet along the way to perfection, you'll learn to get better . -versus by hlovate-


nota berkaki : cetusan kali ini, berinspirasikan novel versus by hlovate. she really good writer and i was inspired to write like her but it seems so hard. sometimes i wish to quit from any writing because i'm not good at all,but writing has become part of my soul. 

now, i'm in ukm, wishing to extend holiday, but i have to accept the truth. 
jasad di sini,hati disana.

Ya Allah, selimutilah hati ini dengan ketenangan dari Mu, sentuhlah jiwa ini dengan hidayah Mu , dan ingatkanlah daku yang hina ini akan saat kembali pada - Mu.


Thursday, January 27, 2011

Berdoalah !


‎'berdoa itu mudah sebenarnya. 
kalau tak tahu arab, lafaz sahaja apa yg terlintas dihati kerana doa itu adalah ilham illahi. 
jadikan doa recite daily journal.
Apa yg kita harapkan, apa yg kita sesalkan, apa yg kita inginkan dan segalanya .
Just simply talk to him sebab Dia Maha Mendengar.
 No matter how you said it, when and where. 
Doa itu wireless dan coverage ia masuk satu universe' 
- Versus by Hlovate-


doa memberikan kekuatan kepada orang yang lemah,
membuat orang yang tidak percaya,percaya akannya,
dan memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan.


doa itu adalah senjata mukmin("Ad-dua alsilahu mukmin" )


Doa itu penghubung seorang hamba dengan pencipta-Nya
menyedari kekerdilan diri yang hina.

jom berdoa! 



short update: will off to Langkawi, then rushing back to Terengganu. 
ada 3 'date' untuk CNY yang perlu dipenuhi .sesi berchenta dengan buah hati. 
 Denyut Kasih Medih by Dr Farhan Hadi, Ingat Tuhan Sampai Mati by Aa Gym, Versus by Hlovate.
InshAllah akan habis khatam buku2 ini (^_^)


Thursday, January 20, 2011

Penghijrahan Cinta (^_^)



Anda sedang mencari cinta? saya sedang mencari cinta. anda, bagaimana?


alhamdulilah, walaupun semester ini sibuk dengan komitmen belajar, kerja partimer, diri ini masih diberikan kudrat untuk mencari santapan jiwa buat bekalan diri. 


Topik yang cuba saya karang ialah 'Penghijrahan Cinta' . Hakikatnya, forum ini telah berlangsung hampir 2 minggu lalu , namun dek kekangan masa, hari ini barulah jari jemari ini berkesempatan untuk menari di papan kekunci. moga terus diberikan kekuatan itu. ameen :)


Saya tersentuh dengan kata-kata Ustaz Hasrizal, memang lumrah manusia mempunyai perasaan untuk dikasihi dan disayangi tetapi bersabarlah dengan sesabarnya supaya kemanisan dalam rumah tangga akan dapat dikecapi. InshAllah bercinta sampai syurga.


Pernah ada orang bertanyakan kepada beliau, bagaimana hendak menjalani cinta sebelum kahwin yang betul-betul mengikut sunnah rasul dan nabi ?


Jawapan beliau cukup mudah, mengapa dicari cinta yang susah, sedangkan cinta yang senang itu ada.


Cinta sebelum kahwin itu adalah susah, kerana tiada guidelines atau apa-apa panduan dalam kitab supaya ia mengikut syarak, sedangkan cinta selepas kahwin itu penuh bersyariat, dari ijab dan qabul sehinggalah kepada  selepas berumah tangga , landasan dan panduan yang boleh diikuti boleh dicari dimana-mana dengan senang.


Jom cari cinta yang senang.!!!


Ramai kita pada hari ini, mencari cinta yang susah. Hakikatnya apabila tatasusila sebelum berkahwin tidak dijaga dengan sebaiknya maka hilang kemanisan dan keberkatan dalam 'masjid' yang dibina.


Bak kata beliau, jangan dahulukan syurga dunia kerana bimbang neraka sebagai balasannya.


Carilah cinta yang senang, dengan berkahwin, InshAllah segalanya akan mengikut lunas agama, dan jalan menuju ke syurga itu terbuka luas.


Pada saya, tak layak untuk saya mencari cinta manusia , andai cinta pada Illahi masih belum melangit tinggi dan segalanya kerana -Nya.


kata-kata hati saya selalu berdesis ' jodoh itu adalah ajaib, penuh misteri yang tiada jawapan, sehingga tiba masanya '


Jom cari cinta senang , cinta Illahi :)

Monday, December 27, 2010

Teka Teki: Siapa lebih sayang kita?


saya ada satu soalan bonus nak tanya,
agak-agak siapalah yang paling super duper  sayang pada kita?

ada orang akan menjawab umi!
ada orang akan jawab abah!
ada orang akan menjawab abang !
ada orang akan menjawab kakak!
ada orang akan menjawab adik!
ada orang akan menjawab kawan!
ada orang akan menjawab pakwe !
ada orang akan menjawab makwe!

opsss! semua itu SALAH!!! sebab yang paling sayang kita adalah

*ALLAH*

awak nak tahu sebab apa Allah paling sayang kat kita???
sebab Allah adalah paling dekat dengan kita (2:186)
lebih dekat daripada kapilari darah yang berselirat
awak pernah check berapa jarak antara  kapilari darah  dan vena ?
awak tengok dengan mata kasar pun awak akan cakap, 
Oh sangat sangat rapat.!!!
Dia dekat yang amat dengan kita.
Tidak pernah meninggalkan kita walau pun sedetik
Cuma kita sahaja sibuk, kadang-kadang tak ada masa untuk Dia.
kalau buah hati kita tak contact for long time , confirm merajuk.
Tapi kalau awak lupa Dia sejenak, ada Dia merajuk??
Tak ! Tak pernah merajuk walau sekalipun!
Kalau Dia merajuk tak bagi awak oksigen ,
 confirm sekarang orang tengah usung awak pergi tanah kubur.

awak nak tahu lagi sebab apa Allah paling sayang kat kita?
Dia tak uji awak, lebih dari kemampuan awak.
Cuba awak tengok, Dia cakap 
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (2: 286)
See, sebab Dia sayang awak, Dia uji awak dengan perkara yang awak boleh hadapi
Cuma awak je, kalau kena uji sikit-sikit dah nak mengeluh.
awak mesti cakap, oh bencinya!!! 
Itu dah kira baik daripada awak maki-maki kan?
Nah, Tengok  ni Dia cakap apa kat awak bila awak kutuk-kutuk bila diuji.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui ( 2:216).
kalau nak saya tulis sebab kenapa Dia sayang awak lebih dari yang lain mesti sampai tangan saya lenguh, tapi jangan kita rasa letih nak bercinta dengan Nya.
so, senyum manis-manis mengalahkan susu pekat manis boleh?

saya pinjam kata-kata akak Heliza, 
Allah hilangkan mentari, dan Allah datangkan ribut kehidupan sebab Allah nak bagi kita pelangi yang sangat indah.

See, sayangnya Dia kat kita.
Kita sayang Dia tak?
Kalau sayang, Jom dekati Dia.
Kedekatan membenihkan Cinta pada Nya


Hadis Abu Hurairah r.a katanya: 

Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak (HR-MUSLIM)



NOTE: IT TAKES TWO TO TANGO
do you to be my partner for tango?
i want to have tango with Him first, then I know someday, 
i'll met u and we'll have tango together.
promise ?

:)


Opss! I'm 12 years old:)

situasi 1: di sekolah umi

anak murid umi : adik ni, anak ustazah norleha ek? form brape?
saya : saya form 2 . (dgn konfiden menjawab!)


situasi 2 : di pasar

kawan umi : kak ha, anak akak ni sekolah kat mane?
umi: eh, dia ni dah blajar kat u. Dah tahun 3 dah pun.

situasi 3: apabila ditahan JPJ

JPJ: Dik, bak IC, awk ni kecil jer, ada lesen tak?
saya: saya dah besarlah pak cik oi( sambil memberi ic)
JPJ: oh , dah umur 21 . saya ingat tak ada lesen lagi.saya tengok besar kereta dari  orang.


that was the reason my fb's name was budak kecik, even now i'm still using nickname as budak kecik in my writing. i guess kalau bagi love letter kat orang lain pakai nickname 'budak kecik' mesti takde orang tau kan :p


jangan jeles dengan kemudaan saya !


semalam hari yang penuh menggembirakan. Hari yang penuh keharuan. Hari kek sedunia .

Terima kasih untuk hari yang indah people!


lokasi : KFC Kajang .

Breakfast dengan kek ! seriously langsung tak perasan dengan aksi-aksi yang dilakonkan sampailah dikejutkan dengan bufday suprise. Mereka2 ni best fren saya di FSSK , dah final sem pun. Next sem tinggal saya sedih-sedih. What i can say, kalaulah  nas supervisor untuk thesis korang confirm dapat A++ dengan lakonan korang. saya jamin layak untuk pencalonan Anugerah Skrin 2011, pencalonan awal!  

thanks for the cokelat cake dan bantal busuk !



second time makan kek waktu petang. 

demand ! nak cokelat indulgence dari che nad a.k.a. rumate tersayang yang dah menghuni hampir 3 tahun. Kalau nak tahu saya in relationship dengan sape di fb, inilah tuan punya buah hati. gambar ini captured last sem, di secret recipe. Petang semalam che nad, keluar merewang di Midvalley dan pulang dengan kek untuk saya! 
oh , saya terharu yang amat :)

 kek ketiga lokasi di restoran UK , bangi. 

Kalau siapa2 ada keinginan nak ke UK , jimat kos, jemput datang ke restoran ini. Seriously terharu ! sambutan bufday untuk 2 orang sekaligus. 

*che nas dan che ariey *

thanks theerah, linda, mastura, ariey, debot, ika, ira, zahirah dan anis.


Thanks for the wonderful day friends. Wishing u all happy always dan semoga Allah merahmati dirimu selalu. Semakin bertambah usia, i'm hoping to be more matured than before. Perkara paling penting sekali, perlu ingat perjalanan menuju kematian bermula sejak dari lahir lagi. Jadi, maknanya dah dekat kita nak mengadap illahi kan?



note: saya rindu buah hati di rumah. Jauh itu dekat, dekat dengan rindu(,")


Thursday, December 16, 2010

random: 3 dalam 1

Bahana tak update blog selama 1 minggu, so sila hayati 3 dalam 1. ini bukan iklan milo, iklan hot chocolate atau iklan nescafe packet 3 dalam 1 tetapi iklan 3 cerita dalam 1 entry . 




cerita pertama: main masak-masak roti bun pisang.



bahan-bahan
1 cawan butter
1cawan gula
1 cawan air
1biji telur ayam
2 cawan tepung roti
2 sudu yis
2 sudu besar tepung
5 biji pisang di kisar halus




operasi masak-masak
  • campurkan kesemua bahan diatas, uli dan bentukkan doh sehingga sebati
  • biarkan ia kembang selama 2 jam
  • selepas 2 jam, adun lagi doh tersebut selama 20 minit lagi
  • adunan doh yang sempurna akan menyebabkan roti akan bertambah lembut
  • bentukkan adunan tersebut , bulat dan kecil , letakkan dalam dulang
  • kemudian, biarkan selama lagi sejam untuk adunan tersebut mengembangkan dirinya 


cerita usaha gigih untuk menjadi housewife yang educated tamat, sebab  musim honeymoon almost done. tak sabar tunggu cuti next sem. dengar cerita 4 bulan. betul ker? *excited yang amat*


cerita kedua: playful kiss


drama korea ini sebenarnya diadaptasi dari komik anime mischievous kiss dan i guess betullah kata orang kalau jatuh cinta biarlah selama-lamanya kekal.  Totally fall in love with Kim Hyun Joong, dulu pernah tengok dia berlakon dalam cerita Boy Over Flower sebagai Ji Hoo Sunbae.

Suka dengan karekternya cool, selamba, protective, sweet in his own way -> again accident hati!

Dalam cerita ini, dia sebagai hero, Baek Seung Jo. Mungkin ini bentuk cerita yang dicari-cari  selama ini, both of them imperfect, but when hero and heroin get together, it's complete. Watak Baek Seung Jo dalam cerita ini sebagai seorang yang pandai, IQ 200, dan etc. Heroin pula Oh Hani, seorang yang clumsy, tak pandai, dsb. Kekurangan hero adalah dia terlalu dingin, perasaan hebat, his life perfect tetapi dengan adanya Oh Ha Ni, ia melengkapi kerana Oh Ha Ni , seorang yang suka ketawa, walaupun tak pandai tetapi apabila hero bersama dengan heroin, it seems sweet:)


i like his smile !

study together !

ketika Eun Jo dan No ri sakit.

baek seung jo, berlagak seperti sifu!


kalau cerita panjang-panjang pun tak ada feel kan , melainkan tengok sendiri (,") 


cerita ketiga: balance itu penting.

binnabil huda by unic : lagu kat blog ni 


sibuk walau macam mana pun hidup ini, perkara paling penting kena spend masa juga dekat pencipta kita. hidup kena balance!!!  Yelah, manusia ini memang senantiasa pelupa bila dah terkejar ke sana ke sini,lupa akan tanggungjawab sebagai hamba. Walaupun sibuk 24 jam, kita wajib spend masa untuk mengadap yang Maha Esa. Ada sesetengah antara kita mungkin takut nak spend masa lama-lama mengadap illahi, sebabnya takut urusan duniawi tidak diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Hakikatnya, semakin banyak masa kita spend dengan illahi, InshAllah Dia akan membalas dengan menambah masa dalam kehidupan anda, malahan segala urusan dipermudahkan. 

cuba renungkan kata-kata Khalifah Umar Abdul Aziz " aku menyelesaikan urusan aku dengan Allah terlebih dahulu , maka Allah menyelesaikan urusanku dengan rakyat dan kerajaanku" . Bukti kukuh kejayaannya dalam membentuk kejayaan di era kegemilangan islam.


so, kita bagaimana? 
duniawi pun kita nak!
ukhrawi pun kita nak! 
jom balancekan hidup (^_^)


Wednesday, December 8, 2010

moon, star, sky, sunrise:)

630 pagi .
langit masih mengelap.


bulan masih mengambang. 
picture captured on 14 zulhijjah .
645pagi


nampak aura merah. sunrise!
 700 pagi


kat tengah sawah. sekarang musim orang semai padi.
nanti musim menuai mesti lagi cantik kan?


sky :)


mentari : saya dah tak malu2 nak terbit 





dan suatu tanda(kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam,kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan.

dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

dan kami telah tetapkan bagi bulan manzillah-manzillah, sehingga (setelah dia sampai ke manzillah yang terakhir)  kembali lah dia sebagai bentuk tandan yang tua.

tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. dan masing-masing beredar pada garis edarnya

(36: 37-40)

Cintailah Allah itu seperti setianya matahari terbit mengikut  edaran waktu yang ditetapkan oleh Nya (Habibulrahman el shirazy -Bumi Cinta)

Tidak kah kamu berfikir ???


Pernah terfikir apakah persamaan bulan, bintang ,langit dan mentari?
kesemuanya adalah ciptaan illahi yang sangat indah. kejadian ciptaan yang silih berganti tanpa ada antaranya saling mendahului antara yang lain. 


kata bulan  walau kutub utara, kutub selatan dan di mana jua berpijak, 
hakikatnya kita tetap pandang bulan yang sama 


kata bintang hadirku menjadi penerang 
diriku hanya  berkelipan di kala malam, 
i'm only shining in front of you


kata langit, aku penaung , 
langit dan awan yang membiru memberi teduhan kepada mu


kata matahari, aku gah seperti warnaku, 
memberi sinaran pada bumi



since musim honeymoon sekarang, dah jadi habit bangun seawal mungkin, after melepaskan rindu pada yang satu, mesti akan buka jendela. *tiba-tiba rasa nak berpuitis* . i looked and stared to the sky. kadang-kadang boleh duduk merenung langit lama-lama sambil tersenyum sendirian. inilah dikatakan even photo can't describe this feeling. it is where the peace comes from :)


cuak dengan tarikh 10.12.10 !