kaki stalk :)

Showing posts with label taqwa. Show all posts
Showing posts with label taqwa. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Ibrah Ayat Seribu Dinnar :)


'sesiapa yang bertaqwa pada Allah nescaya akan diberikannya kelapangan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan segala keperluannya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi sesuatu perkara'

satu kisah menarik yang ingin dikongsi :

kisah para sahabat pada zaman Imam Hassan Al-Basri. Seorang lelaki  mempunyai seorang anak yang sakit dan seorang isteri penenang hati. Kehidupanya susah dan kadar cukup makan sahaja. Lelaki itu berkelana hatinya, kerana dilema dalam memilih untuk pergi menuntut ilmu atau menjaga anak yang sakit. Duit yang sedia ada hanya cukup untuk mengubati sakit anaknya.

akan tetapi hatinya, tekad memilih untuk pergi menuntut ilmu di jalan Allah dan meninggalkan isteri dan anaknya yang sakit di rumah. Pahat di hatinya seteguh mungkin tawakal pada Allah.

Sepanjang peninggalannya menuntut ilmu, pada suatu hari rumah yang didiami oleh keluarganya telah didatangi dengan sekumpulan doktor dan telah merawat anak itu sehingga sembuh. Bila ditanya oleh isteri kepada doktor tersebut, katanya, suami kamu yang telah mengupah saya supaya merawat anak kamu.Isterinya mengucap syukur , alhamdulilah!

Sekembalinya,si suami daripada menuntut ilmu, dia hairan melihat anaknya telah sihat dan dia bertanyakan kepada isteri mengenai keadaan anaknya. Isterinya menyatakan, 'terima kasih abang, sebab telah mengupah doktor merawat anak kita meskipun abang pergi jauh menuntut ilmu'

suaminya merasakan amat pelik dan hairan kerana dia tidak pernah mengupah doktor untuk merawat anaknya.Rupa-rupanya , doktor itu telah tersilap rumah dan sepatutnya merawat anak kepada jirannya.

Faham cerita ini? Bila kita decice untuk bertaqwa dan bertawakal pada Allah, nescaya Dia permudahkan perjalanan hidup kita dan memberikan rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka ^_^ Epiknya, hidup ini niat tersangatlah penting dan biarlah bersandar kerana Allah Taala. InshAllah segalanya dipermudahkan:) 

Teringat kata-kata salah seorang pensyarah merangkap peguam, Mr GK, "lembu kalau tak nak hilang perlu diikat dengan kuat pada tiangnya, tetapi sembahyang pun perlu 'kuat' juga "

Saturday, October 8, 2011

only a word -> Busy! :)


hey hey, salam ! sapu habuk-habuk kat blog  bilik. Lama tak update. Hee~ welcome to the 'heaven year' atau final sem. Hidup macam tak ada hidup. The daily routine is working working working and working. Di himpun segala kerja-kerja setinggi gunung daik. But I'hve promised to myself, I don't want final year ending up with stress. I'm wishing to have fun year with lots of works :) Ye, aku janji!

so, let's the picca talk more than me :) 


Majora Regalia [Advocates & Solicitor]. Queen's dignity and we'r all ladies :) Okeh, antara agenda-agenda final year, adalah everyone has to work in their own firm. So, firm neh umpama just like one day, you dah have own firm and everything you have to work on your own including the management, financial, tasks and etc. Masa inilah , kita kenal ragam manusia yang sebenar. Kena belajar deal dengan the whole firm mates, works on time and etc. So far, alhamdulilah, Allah sent me very very good firm mates and they all are so so fun! Kita keje baik-baik ye selama setahun. Xnak gaduh-gaduh. Gurau manja-manja banyak . Kita kumpul dan kutip kenangan sama-sama ye, buat simpanan dalm hati :)


Oh ye! kan dah janji 'heaven year' neh adalah fun's year :) ops! kami adalah master mind explorace sempena earth's day. Best kan kenakan orang?  Jalan-jalan itik, face-painting, tasting the garam, gula, pepper, creamer, puzzles, searching for the case! Gelak-gelak tengok gelagat perserta, Okeh, I can't wait for the next event of United Nation. Okeh, babeh! let's unite :) 

ini punya cerita semalam. Dari UKM ke UPM dan akhirnya ke UM untuk Seksaan Syaitan :)  Banyak jumpa manusia yang boleh buat tersenyum. along. eyqa. mun. chaq, dan lain-lain lagi. hee~ apa komen seksaan syaitan ? emm, cerita ini akan lagi complete, kalau storyline show macam mana mangsa kena bunuh . Katanya dalam skrip mangsa kena bunuh, bercerai tulang-temulang dan ditanam. Epic trailer agak menakutkan pada awalnya. Oh, tak lupa first time dalam hidup masuk UM, patut tanya umi dan abah dulu kolej mana? Ohh, jangan lupa, pic neh hak milik ariana and she's the one captured this picture.

Bila budak baju koko kuning tu dah grad, seriously rasa lonely yang amat T_T. Empat tahun bersama ke hulu dan hilir. Sampai orang cakap , eh tu rumate nas eh ? heee~ nope, but she's part of my heart:) Dear, good luck for the next stage of life, smoga segalanya dipermudahkan. Seriously rindu tahap tera .awak! saya rindulah tak ada orang nak dengar saya bercerita T_T . Dan juga congrates to budak grad baju warna merah yang sibuk dengan phone :p 

Pray! surely Allah is listening . Allah love those who love to meet him  and surely He will find you. Terasa kadang langkah itu berseorangan. Payah . Berat. Takpe, you gonna be fine. He's always and always be with you. Hati kuatlah! Jangan lemah. eh tiba, the droplets.Jangan basah please please please! ^-^

Monday, August 15, 2011

Epilog 29 Hari Mencari Cinta (2)


Hari ini, tika tangan ligat -ligat sibuk menjadi housegirl, tangan gatai bukak radio, hati sangat tertarik dengan motivasi  Ramadhan beragama jangan tidak bertuhan  oleh Ustaz Hasrizal 

(Hee~buat peminat Ustaz Hasrizal, mungkin boleh mendengar motivasi darinya setiap hari Isnin hingga Jumaat , pukul 730 pagi di Ikimfm )


Satu kisah yang diberinama insan itu Hayy Ibnu Yaqzon (Hidup anak Sedar) . Hidupnya penuh dengan kesedaran. Dia dibesarkan lain daripada yang lain dikelilingi oleh haiwan-haiwan dan sebagainya. First Impression, terlintas dihati, macam cerita tarzan, tapi ini version lain. 


Akan tetapi, meskipun dia hidup dikelilingi oleh mahkluk yang tidak serupa sepertinya, dia menyedari hakikat bahawa, dunia ini ada pencipta dan ada yang punya. Rasa ingin bergantungan dan mengadu. Tiap kali rasa itu terdetik di hati, dia akan sujud dan rukuk dengan penuh perasaan sayu.


Suatu hari, datang seorang hamba Allah yang berpakaian berbulukan angsa,dan dikenali dengan nama Absal. dan mengajak Hayy Ibnu Yaqzon keluar dari kepompong tempat yang didiami  iaitu ke Tanah Besar.


Dia melihat begitu ramai orang sepertinya. Menariknya,dia mendengar seperti ada suara nyanyian setiap 5x sehari dan sejurus suara tersebut, berduyun-duyun ramai orang akan sujud dan rukuk. 


Hayy Ibnu Yaqzon lantas bertanya, "kenapa kamu rukuk dan sujud ?"


jawab mereka, "pada suatu masa dahulu, terdapat seorang Nabi mengajarkan kami untuk sujud dan rukuk. Maka kami turuti tiap rukuk dan sujud itu."


Hayy Ibnu Yaqzon , tidak berpuas hati, kerana mereka hanya menurut sahaja tanpa memahami. Beliau percaya rasa rukuk dan sujud itu kerana wujudnya rasa gerun dan untuk taat pada yang Maha Esa.


Cerita ini bukanlah satu hadis atau apa-apa tetapi merupakan fiksyen yang dikarang oleh Ibnu Thufail iaitu alim ulama yang hidup pada zaman kerajaan Andalusia sebagai satu sindiran .


ya! mmg sindiran yang sangat menusuk kalbu.

Pernahkan terfikir?

Mengapakah kita solat? Apakah yang dilakukan solat keatas kita?

Mengapakah kita puasa dibulan ramadhan?Apakah yang dilakukan ramadhan keatas kita ?

Soalan yang sama juga patut ditanyakan kepada zakat dan ibadat lain !

Bagaimanakan ramadhan melakukan transformasinya keatas kita?

Kita masih ada detik-detik ramadhan !jom hargai! tak nak menyesal dikemudian hari :)

Mat : Along ! Mat nak susulah , pastu Mat nak pen , kertas ngan pensel kaler-kaler.

Terkejut dek lamunan. Bergegas mencari apa yang perlu. Kata nak jadi along yang sejati !

Along : Mat ! jom naik bilik along.Along pun nak melukis gop, nak lukis mutabaah amal.

Mat : haaaaa! mubaaaah amal (dengan pelatnya) nape tu?

dan aku gelak sendiri (^_^)

Bakal Bersambung, InshAllah:)



note budak kecik: seriously deep inside toucing dengan kisah wardina. 
Totally agree, Pakaian yang kita pakai menzahirkan siapa kita
Ya Allah, suburkanlah hati ini dengan keimanan terhadap Mu, 
Sinarilah hati ini dengan cahaya hidayah daripada Mu, 
Titipkan hati ini dengan keinsafan 
 Janganlah dibolak-balikkan hati ini setelah diriku diberi petunjuk daripada Mu. 
Amin Allahuma Amin.

Sunday, August 14, 2011

Epilog 29 Hari Mencari Cinta

'Allahuma Baligna Ya Ramadhan ' Ya Allah sampaikanlah kami pada ramadhan.

Itulah doanya di saban sujudnya pada illahi.Bimbang jika tak kesampaian bertemu dengan ramadhan kareem. 

Ya Bimbang! ajal menjemput dulu sebelum waktunya.

'Saya pemegang mohor-mohor diraja mengisytiharkan esok 1 Ogos 2011 , adalah bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432h '

Alhamdulilah, Ya Allah! Dapat jua ku bertemu dengan ramadhan mu.


Gendut : Mok, semalam aku mimpi aku tidur sebelah dengan perempuan berambut panjang. Aku try panggil adik aku, tetapi dop  larat.Last-last aku sedar , aku terkejut. 

Gemuk : Mu nih, mengarutlah bulan puasa ni, semua syaitan dah kena ikat kemah-keming . Mana ada? Mu kena tindih dgn adik mu lah ni .

Gendut : Aku tido soranglah Mok!

Gemuk : Ceh, penakut! Nabi s.a.w bersabda : Apabila tiba bulan ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu- pintu  neraka serta syaitan dibelenggu. Psychology je tu. Mu nak tau dop kat Mesir semua mana ada pernah berlaku histeria nih sme ? Mesti mu nih, semalam tengok cerita hantu tu yang sampai terbawak-bawak ke tempat tidur.

Gendut: a'ahhh lah Mok! heee~ Tak dop syaitan, maksudnya Tak dop godaannlah kan. Tak dop alasanlah tak mboh beribadat.

Gemuk: Tau takpe! Manalah tau ini ramadhan terakhir. Mu tau bila ajal mu? Aku lagilah tak tahu.


Azan Isyak berkumandang. Allah Akbar!

Malam itu solat terawih mula dilakukan. Penuh jemaah di surau -surau mahupun di masjid-masjid

Penuh seluruh ceruk kampung turun menggapai amal ibadat di Ramadhan Kareem

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh Bermakna .....

Hai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa(2:183)


Bakal Bersambung !