kaki stalk :)

Monday, August 15, 2011

Epilog 29 Hari Mencari Cinta (2)


Hari ini, tika tangan ligat -ligat sibuk menjadi housegirl, tangan gatai bukak radio, hati sangat tertarik dengan motivasi  Ramadhan beragama jangan tidak bertuhan  oleh Ustaz Hasrizal 

(Hee~buat peminat Ustaz Hasrizal, mungkin boleh mendengar motivasi darinya setiap hari Isnin hingga Jumaat , pukul 730 pagi di Ikimfm )


Satu kisah yang diberinama insan itu Hayy Ibnu Yaqzon (Hidup anak Sedar) . Hidupnya penuh dengan kesedaran. Dia dibesarkan lain daripada yang lain dikelilingi oleh haiwan-haiwan dan sebagainya. First Impression, terlintas dihati, macam cerita tarzan, tapi ini version lain. 


Akan tetapi, meskipun dia hidup dikelilingi oleh mahkluk yang tidak serupa sepertinya, dia menyedari hakikat bahawa, dunia ini ada pencipta dan ada yang punya. Rasa ingin bergantungan dan mengadu. Tiap kali rasa itu terdetik di hati, dia akan sujud dan rukuk dengan penuh perasaan sayu.


Suatu hari, datang seorang hamba Allah yang berpakaian berbulukan angsa,dan dikenali dengan nama Absal. dan mengajak Hayy Ibnu Yaqzon keluar dari kepompong tempat yang didiami  iaitu ke Tanah Besar.


Dia melihat begitu ramai orang sepertinya. Menariknya,dia mendengar seperti ada suara nyanyian setiap 5x sehari dan sejurus suara tersebut, berduyun-duyun ramai orang akan sujud dan rukuk. 


Hayy Ibnu Yaqzon lantas bertanya, "kenapa kamu rukuk dan sujud ?"


jawab mereka, "pada suatu masa dahulu, terdapat seorang Nabi mengajarkan kami untuk sujud dan rukuk. Maka kami turuti tiap rukuk dan sujud itu."


Hayy Ibnu Yaqzon , tidak berpuas hati, kerana mereka hanya menurut sahaja tanpa memahami. Beliau percaya rasa rukuk dan sujud itu kerana wujudnya rasa gerun dan untuk taat pada yang Maha Esa.


Cerita ini bukanlah satu hadis atau apa-apa tetapi merupakan fiksyen yang dikarang oleh Ibnu Thufail iaitu alim ulama yang hidup pada zaman kerajaan Andalusia sebagai satu sindiran .


ya! mmg sindiran yang sangat menusuk kalbu.

Pernahkan terfikir?

Mengapakah kita solat? Apakah yang dilakukan solat keatas kita?

Mengapakah kita puasa dibulan ramadhan?Apakah yang dilakukan ramadhan keatas kita ?

Soalan yang sama juga patut ditanyakan kepada zakat dan ibadat lain !

Bagaimanakan ramadhan melakukan transformasinya keatas kita?

Kita masih ada detik-detik ramadhan !jom hargai! tak nak menyesal dikemudian hari :)

Mat : Along ! Mat nak susulah , pastu Mat nak pen , kertas ngan pensel kaler-kaler.

Terkejut dek lamunan. Bergegas mencari apa yang perlu. Kata nak jadi along yang sejati !

Along : Mat ! jom naik bilik along.Along pun nak melukis gop, nak lukis mutabaah amal.

Mat : haaaaa! mubaaaah amal (dengan pelatnya) nape tu?

dan aku gelak sendiri (^_^)

Bakal Bersambung, InshAllah:)



note budak kecik: seriously deep inside toucing dengan kisah wardina. 
Totally agree, Pakaian yang kita pakai menzahirkan siapa kita
Ya Allah, suburkanlah hati ini dengan keimanan terhadap Mu, 
Sinarilah hati ini dengan cahaya hidayah daripada Mu, 
Titipkan hati ini dengan keinsafan 
 Janganlah dibolak-balikkan hati ini setelah diriku diberi petunjuk daripada Mu. 
Amin Allahuma Amin.

No comments: