kaki stalk :)

Thursday, December 16, 2010

random: 3 dalam 1

Bahana tak update blog selama 1 minggu, so sila hayati 3 dalam 1. ini bukan iklan milo, iklan hot chocolate atau iklan nescafe packet 3 dalam 1 tetapi iklan 3 cerita dalam 1 entry . 




cerita pertama: main masak-masak roti bun pisang.



bahan-bahan
1 cawan butter
1cawan gula
1 cawan air
1biji telur ayam
2 cawan tepung roti
2 sudu yis
2 sudu besar tepung
5 biji pisang di kisar halus




operasi masak-masak
  • campurkan kesemua bahan diatas, uli dan bentukkan doh sehingga sebati
  • biarkan ia kembang selama 2 jam
  • selepas 2 jam, adun lagi doh tersebut selama 20 minit lagi
  • adunan doh yang sempurna akan menyebabkan roti akan bertambah lembut
  • bentukkan adunan tersebut , bulat dan kecil , letakkan dalam dulang
  • kemudian, biarkan selama lagi sejam untuk adunan tersebut mengembangkan dirinya 


cerita usaha gigih untuk menjadi housewife yang educated tamat, sebab  musim honeymoon almost done. tak sabar tunggu cuti next sem. dengar cerita 4 bulan. betul ker? *excited yang amat*


cerita kedua: playful kiss


drama korea ini sebenarnya diadaptasi dari komik anime mischievous kiss dan i guess betullah kata orang kalau jatuh cinta biarlah selama-lamanya kekal.  Totally fall in love with Kim Hyun Joong, dulu pernah tengok dia berlakon dalam cerita Boy Over Flower sebagai Ji Hoo Sunbae.

Suka dengan karekternya cool, selamba, protective, sweet in his own way -> again accident hati!

Dalam cerita ini, dia sebagai hero, Baek Seung Jo. Mungkin ini bentuk cerita yang dicari-cari  selama ini, both of them imperfect, but when hero and heroin get together, it's complete. Watak Baek Seung Jo dalam cerita ini sebagai seorang yang pandai, IQ 200, dan etc. Heroin pula Oh Hani, seorang yang clumsy, tak pandai, dsb. Kekurangan hero adalah dia terlalu dingin, perasaan hebat, his life perfect tetapi dengan adanya Oh Ha Ni, ia melengkapi kerana Oh Ha Ni , seorang yang suka ketawa, walaupun tak pandai tetapi apabila hero bersama dengan heroin, it seems sweet:)


i like his smile !

study together !

ketika Eun Jo dan No ri sakit.

baek seung jo, berlagak seperti sifu!


kalau cerita panjang-panjang pun tak ada feel kan , melainkan tengok sendiri (,") 


cerita ketiga: balance itu penting.

binnabil huda by unic : lagu kat blog ni 


sibuk walau macam mana pun hidup ini, perkara paling penting kena spend masa juga dekat pencipta kita. hidup kena balance!!!  Yelah, manusia ini memang senantiasa pelupa bila dah terkejar ke sana ke sini,lupa akan tanggungjawab sebagai hamba. Walaupun sibuk 24 jam, kita wajib spend masa untuk mengadap yang Maha Esa. Ada sesetengah antara kita mungkin takut nak spend masa lama-lama mengadap illahi, sebabnya takut urusan duniawi tidak diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Hakikatnya, semakin banyak masa kita spend dengan illahi, InshAllah Dia akan membalas dengan menambah masa dalam kehidupan anda, malahan segala urusan dipermudahkan. 

cuba renungkan kata-kata Khalifah Umar Abdul Aziz " aku menyelesaikan urusan aku dengan Allah terlebih dahulu , maka Allah menyelesaikan urusanku dengan rakyat dan kerajaanku" . Bukti kukuh kejayaannya dalam membentuk kejayaan di era kegemilangan islam.


so, kita bagaimana? 
duniawi pun kita nak!
ukhrawi pun kita nak! 
jom balancekan hidup (^_^)


No comments: