kaki stalk :)

Showing posts with label umi. Show all posts
Showing posts with label umi. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Lakaran Warna : Jom Jadi Peladang (^_^)

Ayuh bertanam menjadi Peladang dan Penternak :) 
Hidup sebagai anak  jati kampung.
 Hati akan senantiasa terpaut pada benda-benda yang akan di scroll down ke bawah.heee~ 
Semalam, perasmian Hari Peladang di Terengganu, so kaki gatai melangkah ke tempat kejadian.

enchek -enchek kambing daripada pelbagai jenis baka. 
i'm just familiar with baka seperti boer, jannapari (si telinga panjang) and baka kampung since abah pun ada bela kambing-kambing neh. 
Jadi, satu tradisi sekarang, ramai yang bela kambing sebab nak ikut sunnah Rasullah s.a.w sebagai penggembala kambing. 

Perkara paling suka pasal kambing, ialah susu , 
sebab susu kambing secara klinikalnya terbukti dapat menjaga hormon kestabilan perempuan especially bab-bab kesuburan. 
Plus, fakta, daging kambing berkolesterol tinggi, adalah totally wrong ! ia adalah idea Israel yang cuba memburukkan fakta dan cuba nak buatkan umat islam sendiri lupa akan makanan sunnah.
 Nabi s.a.w dlu makan daging kambing bakar.
 Have u tested it ? Best! superrrb :)

I named it  as burung cinta ! :) 
sebab kalau pergi mana-mana kedai, most of the shoppers akan letakkan ia sepasang, cik jantan v cik betina..

ini rosellee. antara minuman yang digemari .
 sales murah, beli 3 pokok hanya dengan harga RM10. nak jadi pengusaha roselle boleh ?

Ini super girls dan hero ultraman yang giat berjalan-jalan di tengah -tengah panas. 
heee~ baru tahu dekat stadium runtuh ni, ada port menarik, tapi still on renovation :)

I calls her the most wonderful person, 
my best shoulder always and all ways , umi :)

she's budak kecik with her litlle heart:)
mumbling : istikharah cinta, moga ditunjukkan jalan Ya Allah 


If you cannot add years for life,  do add life for years :)

Friday, July 15, 2011

Nota Kasih : Belajar Menghargai ♥


Pak Cik Razlan sibuk menghidangkan sepinggan nasi lemak kepada si teruna. Pak Cik Razlan, membuka gerai di jalanan berdekatan dengan bandar metropolitan saban pagi. Namun pagi itu, seusai subuh ketika sampai di gerai tersebut, terlihat kelibat seorang anak teruna terbaring di atas kotak tidur di hadapan gerainya. Anak teruna itulah Zainal

"Nak,jemput makan nasi lemak. Ini saja yang pak cik mampu," bicara Pak Cik Razlan

"Terima kasih Pak Cik Razlan. Saya baru jumpa Pak Cik tak sampai pun sehari, tapi pak cik dah layan saya dengan baik sekali," luah Zainal sambil tangannya menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.

'sedapnya nasi lemak ni, pandai pak cik masak'.

'kamu ni, dari mana," tanya Pak Cik Razlan mula berbasa-basi.

"saya lari dari rumahlah Pak Cik Razlan. Umi rotan saya, sebab saya selalu balik rumah larut malam. Saya bosan duduk di rumah, itu sebab saya keluar, duduk lepak kedai mamat. Umi saya , suruh saya pergi belajar mengaji, tetapi saya malaslah , mengantuk' .

laju bait bait kata melucur dari mulut Zainal.

'saya jumpa Pak Cik Razlan, tak sampai pun 3 jam, pak cik dah bagi saya layanan yang baik. Umi saya, tak ada pun layan saya macam yang Pak Cik Razlan layan ini'

'owh macam tu ceritanya, Anak , Pak Cik nak tanya lagi soalan boleh ? " lembut soalan itu ditanya pada anak teruna itu.

'Pak Cik nak tanya apa-apa pun boleh, saya sukalah Pak Cik ini ."

'selama ini, siapa yang melahirkan kamu ?"

"mestilah Umi, takkanlah Abah saya kut Pak Cik. Abah dah lama meninggal masa saya umur 5 tahun "

"siapa yang sediakan makan minum dan pakaian kamu ?"

"umi "

siapa yang beri kamu belanja pergi ke sekolah dan bayar segala yuran kamu "

"umi "

siapa yang jaga kamu, masa kamu sakit dan di saat kamu memerlukan seseorang ?"

"umi"

"kamu baru jumpa Pak Cik,  tak sampai pun sehari tapi kamu dah cakap pak cik baik, sedangkan siapa yang lebih baik sebenarnya ?

"umi, " kini Zainal menjawab dengan linangan air mata.

"Baliklah Zainal, Umi kamu lagi baik daripada Pak Cik Banyak jasa dia pada kamu. Hargai dia, di saat masa dia masih hidup. Jangan sampai suatu hari nanti kamu akan menyesal sampai bila-bila. Hidup ini masa takkan boleh rewind balik. Hargai apa yang kamu ada hari ini, sayangi dia sebaik-baiknya. Ingat, kalau suatu hari nanti kamu ada anak, kamu nak anak kamu buat macam yang kamu buat pada umi kamu ?

"Tak nak , tak nak, " sambil itu secara tiba-tiba Zainal memeluk erat Pak Cik Razlan.

Moral of the story : Hargai apa yang ada depan kita hari ini supaya tidak menyesal di kemudian hari. Hargai kasih sayang umi abah kita. Doakan mereka. Kalau dihitung jasa mereka, sampai bila-bila pun belum tentu terbalas .Jangan bila tiada dicari, bila ada tidak dihargai.


Berdoalah ! :) 


nota budak kecik : Alhamdulilah, excited happy, all the feelings that I can't described . Officially next sem, akan ada BF, abang dapat masuk UKM . Betullah kata, Allah ambil satu nikmat daripada kita, tetapi Dia bagi satu yang lebih baik :) Yup, tears in the rain last night teringat kat aina, hazrin, ika dan bai. Cakap kat asam gelugor, next sem, aku jadi lonely ranger, nasib bek tak jadi power ranger .Alhamdulilah, Allah ganti kesedihan itu dengan satu perkara yang amat mengharukan.