kaki stalk :)

Showing posts with label girl. Show all posts
Showing posts with label girl. Show all posts

Friday, October 14, 2011

comel !oh ia bukan sekadar comel,bukan sekadar picisan gambar.

*to those yang berkenaan, selain daripada sama-sama berpimpin tangan ke Jannah, saya nak kita sama-sama ajar anak-anak kita solat, kenal kalimah Allah, puasa. Hee~buat bekalan untuk kita di alam sana^-^

Topic hot bila dah final year, pasal jodoh ^^

Jodoh kita pada hari hadapan, ditentukan oleh siapa kita hari ini :)

Bak kata aidil, 'Ku yakin berlaku , tidak tercepat atau terlambat tapi tepat pada waktu '

Oh ye awak, saya jumpa quote neh : 'Romantik pasangan yang belum berkahwin, takkan pernah rasa betapa sweetnya apabila suami kamu sendiri mengimamkan solat, dan setiap kali dia berdoa, dia akan mendoakan kesejahteraan diri dia, diri kau yakni isterinya, mendoakan ibubapanya jua ibubapa kita dan suami kamu mencium dahi kamu ketika dirimu masih bertelekung .

saat itu adalah lebih sweet daripada moment-moment lain.bahasanya tidak berbunga tetapi cukup mengharukan jiwa *okeh dah sebak ,laju sahaja mutiara panas* :) 

Monday, August 8, 2011

Note : Girl, Let's Prepare ;)

andai mencari yang soleh, kenalah menjadi solehah
andai mencari yang solehah, kenalah menjadi soleh
hakikatnya, bukan isu mencari
tetapi isu menjadi
jadilah soleh dan solehah 
supaya boleh berpimpin tangan dengan yang soleh dan solehah jua

kata sahabat, mencari wanita solehah itu umpama mencari gagak putih dalam kalangan gagak hitam
kata hati, mencari suami soleh itu umpama mencari berlian dalam pepasir pantai
susah untuk dicari
susah untuk dijumpa
tetapi
Janji Allah itu Pasti

Yang baik itu akan bergandingan dengan yang baik jua.
Yang soleh itu akan bergandingan dengan yang solehah jua.

Jangan pernah risau akan jodohmu, kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan mahupun lirikan senyuman yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa jodoh yang engkau nantikan sedang membina sahsiah kepimpinan supaya bagi memimpin dirimu kelak kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu.

Apa khabar iman ? salam jihad ramadhan :)