kaki stalk :)

Showing posts with label attahment. Show all posts
Showing posts with label attahment. Show all posts

Thursday, May 12, 2011

Reviev Syariah Court

Decided to go Syariah Court on last wednesday, giving me very different view of civil law and syariah law. why? In civil law, the prosecution party have to prove beyond reasonable doubt, meanwhile defendant will raise the doubt or in other word balance of probality   and this applies to the criminal cases which my firm currently doing now.The essential differences between syariah and civil law, basically the sources which in syariah mainly refer to quran and sunnah plus it is much easier to prove whether the accused gulity or not compared to the civil law.so, here is some review for spending 2 hours in Kamar Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu.

Mahkamah Syariah Kuala Terengganu depan SRJK Chung Hwa

Kes Cerai Takliq

 Lafaz takliq biasanya dilafazkan ketika akad nikah dan biasanya bergantung kepada negeri-negeri sama ada mewajibkan lafaz takliq atau tidak. Contoh lafaz takliq di Terengganu , 'Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak' . Kesan lafaz takliq ini ialah ia mengikat sisuami untuk melakukan kewajipan sebagaimana yang dilafazkan.

Autoriti yang boleh dirujuk , wahai orang-orang beriman, penuhilah akad-akad itu (5:1)

sepanjang 2 jam bertapa di mahkamah syariah, terdapat 3 kes yang pihak isteri menuntut cerai takliq kerana suami telah meninggalkan rumah dan telah tidak bersama selama lebih daripada tempoh 4 bulan.

perkara yang paling buat hati terasa sadis, dan tacing, salah seorang pemohon itu baru berusia 23 tahun, hanya tua setahun dari saya, apabila melafazkan sumpah istigzhar , dia menangis.kalau kita kat tempat dia, apa feel kita ? bercerai di usia muda? feel takut nak kawen pun ada. Nauzubillah ! :)

Dengan melafazkan sumpah itu, ia membawa maksud hakim akan mengesahkan sumpah itu dan membubarkan perkahwinan tersebut.

sumpah istigzhar adalah sumpah yang dilakukan apabila si pemohon lebih mengetahui akan perkara sebenar mengenai sesuatu perkara itu. contoh dalam kes sekarang, si isteri lebih mengetahui keadaan di mana, dia telah tidak bersekedudukan dengan suami lebih dari 4 bulan.

rata-rata yang menjejakkan kaki ke dan mohon kes perceraian adalah insan yang muda-muda. mungkin, sebab berdarah panas, jadi mulut senang sahaja nak lafazkan perkataan ' aku cerai mung' seperti yang di lakukan oleh seorang suami kepada isteri melalui mesej .

'sesungguhnya lelaki itu pemimpin itu keatas wanita' (al-rijalu qawamuna ala' nisa) . 

saya melihat dengan ayat ini, Allah meletakkan lelaki mempunyai kuasa tertinggi dalam melayar bahtera perkahwinan dengan sebaik-baiknya dan sebab itu Allah memberikan lelaki kuasa dalam hal talaq.

'maka duhai adam, terciptanya wanita dari rusuk lelakimu, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dialasi, tetapi dekat dihati untuk disayang dan dilindungi. jangan dikasari tulang rusuk yang bengkok itu, bimbang ia akan patah, tetapi jangan dibiarkan kerana bimbang ia akan terus membengkok. Perhalusilah kerana fitrah wanita itu lembut. Pimpinlah dengan imanmu, kerana engkau imam duhai adam , dan dia adalah makmunmu :)



mencari jodoh itu misteri & jodoh itu jua misteri. 
(Bob Lokman -Epilog Syurga Cinta )

will be back with another stories : nafkah, mutaah , fasakh, faraid ! 

Monday, May 9, 2011

Attachment itu sangkutan :)

attachment itu sangkutan :)

dulu masa awal-awal sem ke 6 , kena isi form untuk borang attachment atau praktikal bagi pemilihan tempat sama ada di firm ataupun di court. But, in the form, it doesn't state 'attachment' but it was 'sangkutan' . Terasa kelakar dan gelak pun ada, sebab 'sangkutan' macam hanger pun ada gak :p

sekarang dah minggu kedua,doing my attachment di Suriati & Co. apabila ingat balik peristiwa call almost 20 calls untuk dapatkan tempat yang sudi menerima student untuk membuat attachment, terasa sangat terharu dengan the owner of the firm yang sudi menerima saya & kak ada :) 


The owner of the firm, Cik Suriati Che Arifiin , and I used to call her as Cik Sue,graduated from UIAM. My first expression to her, she's young, cun macam stewardess, and quite successful. She has 3 branches, which one in Kuala Ibai, where I'm doing my attachment right now, second in Kerteh and lastly in Gombak. She's specialist in criminal. She's 30 years old and one of the prominent young ladies doing criminal in Terengganu and Kuala Lumpur.

Perkara paling kagum, she said to us . ' Saya kagum dengan u olls, sebab pointer sangat mantap, saya dulu pointer tak semantap macam korang. Purposely saya tak pergi final,sebab nak extend belajar  especially for subject criminal dan sengaja men'failkan ' diri sebab saya nak belajar criminal dengan different lecturers. '

kagum yang amat. sanggup tak extend sebab nak belajar ilmu dengan lain -lain lecturers?

saya jawab tak! tapi Cik Sue jawab Ya! 

the waiting room :)

some of the surroundings , pink & purple match me well . i loike it ;)


Currently, she asked us to help her in handling file dari Hong Leong Islamic Bank yang bernilai 6 juta, dan she gives me file the latest case yang baru difailkan mengenai tertuduh yang disabitkan bersalah di bawah seksyen 12(2) DDA 1952. 

some information: pembuktian dibawah seksyen 12(2) DDA 1952, selain daripada perlu membuktikan mens rea ( knowledge ) dan custody/ control/ possesion dan unless authorised. Most of the cases, tertuduh di sabitkan atas kesalahan traficking drugs under section 39B DDA 1952, dan seandainya pihak pendakwa gagal membuktikan kesalahan traficking, maka mahkamah akan mitigate kesalahan dibawah seksyen 12(2) kerana drug is totally serious wrongfull act and for the public interest ( Loo Choon Fat's case)

Since doing attachment, I keep thinking whether i should pursue study in masters after this or doing my chambering and practice ? May Allah guide to the right way ! amin :) 

every morning, while driving my carpet aladdin, i used to hear to the radio and listening to ustaz Jamnul Azhar's talk :) 

just for sharing,when he tells story about Imam Hasan Al-Basri , and why Imam Hassan Al-Basri keep smiling when he suffered hardship.

'aku senantiasa tersenyum meskipun dalam kesusahan kerana dengan senyuman dapat menghindarkan rasa susah malahan Allah telah menjanjikan rezeki yang telah ditakdirkan untuk aku ' (Imam Hassan Al-Basri )

so heart, keep smiling, kerana senyuman itu comel. nak jadi comel?

 maka tersenyumlah:)

setiap sesuatu dinilai berdasarkan niat, maka , 
perbetullkanlah niat kita kerana Dia inshAllah segalanya dipermudahkan (^_^)