kaki stalk :)

Tuesday, July 5, 2011

Berilah!

Lama tak menulis, sapu sawang-sawang di blog sikit,terasa berkarat! baru nampak bersih.
(Disclamer : bukan pro atau anti bersih )

okeh, menulis sambil tersenyum, sebab terlalu banyak untuk terus tersenyum :)

sibuk bertanyakan pada diri, apa yang telah diberi untuk kehidupan hari ini ?

pernah dengar tentang erti hidup itu pada memberi ?

kalau pernah membaca penulisan Ustaz Hasrizal dalam 'Aku Terima Nikahnya' sudah tentu acap kali melihat tintanya bercoretkan perkataan 'memberi ' dan 'memberi'.

Apa erti 'memberi' sebenarnya ?

hakikatnya definisi 'memberi ' ini hanya nampak realiti kalau diberikan sesuatu dalam bentuk fizikal contohnya wang dan sebagainya. Nyata , konsep 'memberi ' ini lebih luas daripada itu. Berilah apa sahaja ,jangan bagi badan termasuklah semanis senyuman. 

kenapa kita harus dan perlu memberi?

Hidup kita pada hari ini adalah pemberian-Nya dan dengan itu kita jua harus memberi pada yang hak!

Teringat akan satu kisah pada zaman para sahabat , tika itu puteri Rasullah s.a.w mengandung dan mengidam akan buah epal. Jadi, Saidina Ali telah pergi ke pasar dan mencari buah epal. Sejurus mendapatkan epal dia pun pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, terserempak dengan pengemis yang sudah lama tidak makan dan memberikan kesemua epal tersebut kepada pengemis. Hatinya berdesis, bimbang hajat isteri tersayang tidak dapat ditunaikan.Tapi, ketika sampai dia melihat isterinya sedang enak mengunyah sebiji epal , dan katanya ada seorang lelaki datang bawakan epal. Saidina Ali bertanya lagi, berapa yang dah kamu makan? Jawab isterinya, satu dan ada lagi sembilan dalam plastik . Dalam hatinya syukur, alhamdulilah :)

Tahu, apa ibrah disebalik cerita ini ?

Jangan takut untuk memberi, kerana memberi itu tidak mengurangkan rezeki kita, sebaliknya menambahkan rezeki malahan ada barakah dalam rezeki itu. InshAllah, Dia akan mencukupkan segala keperluannya pada kita .Ameen :)


'kadang-kadang nikmat TIDAK SELALU kita perolehi, tetapi rasa syukur hendaklah SELALU di hati ' (unknown)


Che Muhammad Nur Hidayat Che Nawi & Nurul Fatihah Md Nasir
290511 - second wedding of batch 6 !
semoga masjid yang dibina penuh dengan sakinah, mawaddah, rahmah dan barakah dari Nya.
semoga bercinta hingga ke syurga :)

next in line will marry soon :p
my batchmates, boyfriends, girlfriends :)
i'm gonna miss u people ! :D



3 comments:

feyza said...

=D

Cik Siti Wan Kuncup said...

nas, nice post. mmg dalam kehidupan perlu ada give and take :)

amirhailmi said...

wah... rugi tak dapat pegi.. huhu
tahniah untuk mereka berdua. sempurna separuh agama..