kaki stalk :)

Friday, June 24, 2011

random : aishiteru, kasut jodoh.

"walau raga kita terpisah jauh , namun hati kita selalu dekat" 

alunan lagu aishiteru menyapa telinga tika dalam kesunyian .lagu yang in deep inside memang little bit touching. kenapa?sebab lagu ini kadang-kadang macam kena dengan jiwa ! :) 

lately, antara topik hangat ialah pasal kahwin. topik hangat apabila umur dah 22 eh 21 , ialah bab kahwin. pusing kanan kahwin, pusing kiri kahwin.bukak fb pun pasal kahwin.terasa kadang-kadang nak letak warning sign , stop talking to me about marriage, sebab saya kanak-kanak under age or doli incapax (no criminal liability)

sebut pasal kahwin, pernah ada yang bertanya pada saya, bagaimana kita nak tahu yang si dia tu jodoh kita?

heee~susah tu nak jawab soalan tu, sebab saya pun tak alaminya lagi.

cuma satu perkara yang pasti,

 the other half means someone who makes u feel better. Did she or he makes u feel better?

macam-macam kriteria yang masing-masing tetapkan untuk dijadikan sebagai calon suami atau isteri.

bagi calon suami, ada yang mahu beriman macam ashraf muslim,hensem macam aaron aziz, gentleman macam fahrin and etc. bagi calon isteri , mahu yang cantik macam nora elena, ayu macam rita rudaini dan blah blah .

Sabda Nabi s.a.w : Nikahilah wanita itu kerana 4 perkara iaitu keturunan, harta, kecantikan dan agama.Pilihlah yang beragama, nescaya untunglah kedua-dua tanganmu.

InshAllah, Janji Allah itu Pasti :)

mencari pasangan juga, haruslah mencari calon suami yang mampu menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak dan jua mencari calon isteri mestilah mencari yang mampu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak :)

analogi mencari pasangan hidup ini, suka saya kaitkan dengan kasut atau sandal atau apa-apa yang berkaitan dengannya.

Kalau nak beli kasut, mestilah dipilih dengan teliti supaya kasut tu long lasting dan sesuai digayakan ke semua event. Kalau beli yang terlalu tinggi heel, bimbang nanti jatuh tersadung. Kalau beli yang terlalu rendah atau leper, bimbang nanti nampak terlalu rendah dengan pasangan bila bergandingan berjalan. Perkara paling susah nak cari kasut yang sesuai digayakan ke semua event , betul tak?

Perkara yang paling saya percaya, dan saya selalu ingat kata-kata bestfriend saya, cik sarah, kalau dalam berpacaran , jagalah batas-batas- Nya. InshAllah kekal :)

jom karok jap lagu ni !

'boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk rengang-rengang, bertambah sayang, biar malu-malu, biar segan-segan , kerana malu itu perisai orang beriman'

semoga yang masih mencari, akan berjumpa dengan yang calon suami  atau isteri yang baik dan soleh , supaya dapat mendidik diri ke arah lebih solehah :)

'kalau dapat syurga sebelum kahwin, hilang syurga selepas kahwin ' (Fatimah Syarha) 

first batch mate sester 06 : Ibrahim Mohsen & isteri (12 mac 2011)


Semoga Masjid Yang Dibina Penuh Dengan Mawaddah, Rahmah, Sakinah Serta Mendapat Barakah Dari Nya. Semoga Bercinta Hingga Ke Syurga :)


nota kaki :budak kecik terima lagi 2 undangan kahwin.hee~nasi minyak lagi :)

No comments: