kaki stalk :)

Thursday, May 12, 2011

Reviev Syariah Court

Decided to go Syariah Court on last wednesday, giving me very different view of civil law and syariah law. why? In civil law, the prosecution party have to prove beyond reasonable doubt, meanwhile defendant will raise the doubt or in other word balance of probality   and this applies to the criminal cases which my firm currently doing now.The essential differences between syariah and civil law, basically the sources which in syariah mainly refer to quran and sunnah plus it is much easier to prove whether the accused gulity or not compared to the civil law.so, here is some review for spending 2 hours in Kamar Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu.

Mahkamah Syariah Kuala Terengganu depan SRJK Chung Hwa

Kes Cerai Takliq

 Lafaz takliq biasanya dilafazkan ketika akad nikah dan biasanya bergantung kepada negeri-negeri sama ada mewajibkan lafaz takliq atau tidak. Contoh lafaz takliq di Terengganu , 'Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak' . Kesan lafaz takliq ini ialah ia mengikat sisuami untuk melakukan kewajipan sebagaimana yang dilafazkan.

Autoriti yang boleh dirujuk , wahai orang-orang beriman, penuhilah akad-akad itu (5:1)

sepanjang 2 jam bertapa di mahkamah syariah, terdapat 3 kes yang pihak isteri menuntut cerai takliq kerana suami telah meninggalkan rumah dan telah tidak bersama selama lebih daripada tempoh 4 bulan.

perkara yang paling buat hati terasa sadis, dan tacing, salah seorang pemohon itu baru berusia 23 tahun, hanya tua setahun dari saya, apabila melafazkan sumpah istigzhar , dia menangis.kalau kita kat tempat dia, apa feel kita ? bercerai di usia muda? feel takut nak kawen pun ada. Nauzubillah ! :)

Dengan melafazkan sumpah itu, ia membawa maksud hakim akan mengesahkan sumpah itu dan membubarkan perkahwinan tersebut.

sumpah istigzhar adalah sumpah yang dilakukan apabila si pemohon lebih mengetahui akan perkara sebenar mengenai sesuatu perkara itu. contoh dalam kes sekarang, si isteri lebih mengetahui keadaan di mana, dia telah tidak bersekedudukan dengan suami lebih dari 4 bulan.

rata-rata yang menjejakkan kaki ke dan mohon kes perceraian adalah insan yang muda-muda. mungkin, sebab berdarah panas, jadi mulut senang sahaja nak lafazkan perkataan ' aku cerai mung' seperti yang di lakukan oleh seorang suami kepada isteri melalui mesej .

'sesungguhnya lelaki itu pemimpin itu keatas wanita' (al-rijalu qawamuna ala' nisa) . 

saya melihat dengan ayat ini, Allah meletakkan lelaki mempunyai kuasa tertinggi dalam melayar bahtera perkahwinan dengan sebaik-baiknya dan sebab itu Allah memberikan lelaki kuasa dalam hal talaq.

'maka duhai adam, terciptanya wanita dari rusuk lelakimu, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dialasi, tetapi dekat dihati untuk disayang dan dilindungi. jangan dikasari tulang rusuk yang bengkok itu, bimbang ia akan patah, tetapi jangan dibiarkan kerana bimbang ia akan terus membengkok. Perhalusilah kerana fitrah wanita itu lembut. Pimpinlah dengan imanmu, kerana engkau imam duhai adam , dan dia adalah makmunmu :)



mencari jodoh itu misteri & jodoh itu jua misteri. 
(Bob Lokman -Epilog Syurga Cinta )

will be back with another stories : nafkah, mutaah , fasakh, faraid ! 

1 comment:

.b.e.d.d.y. said...

anda telah ditag

http://beddythebest.blogspot.com/2011/05/persiapan-sebelum-update-blog-cabaran.html