kaki stalk :)

Thursday, July 15, 2010

Ketidakpastian.

semua perkara dalam hidup ini penuh dengan ketidakpastian.

kita tak pasti lepas kita habis belajar, apakah kita akan berjaya dalam alam karier atau kita hanya menjadi penanam anggur terhormat?

kita tak pasti kalau malam ini kita tidur dan apakah mungkin esok kita akan berpeluang untuk lagi bangkit dan bernafas pada keesokan harinya?

kita tak pasti apakah mungkin solat yang kita kerjakan pada saat ini mungkinkah solat kita yang terakhir?

semuanya tentang ketidakpastian kan???
tetapi ada sesuatu yang pasti berlaku.

Mati itu satu kepastian.

bezanya kita tidak tahu bila ia akan berlaku, mungkinkah 5 tahun akan datang atau 5 saat akan datang.

realitinya perjalanan menuju kematian sebenarnya telah bermula disaat sejak kita dilahirkan.
hanya kita yang langsung tidak menyedari akan hakikat ini.
setiap saat, minit, jam dan masa yang berlalu adalah menuju kematian.
kita hidup pun untuk menuju kematian ,
menuju ke alam barzakh, dan sebagainya.

manusia yang paling bijak ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia untuk mati.

persoalannya, bersediakah kita menuju kematian?
apakah amalan kita sudah mencukupi?


Ya Rabbi, Pimpinlah hati ini menuju ke jalan Mu,
andai hamba ini tersasar, ku mohon supaya diberikan petunjuk dan hidayah dari Mu,
Ya Allah, hanya pada Mu mohon dan mengadu
ku pinta janganlah kau bolak-balikkan hati ini setelah Kau beri nikma hidayah
kerana hamba Mu ini insan yang lemah.
*ameeen*


No comments: