kaki stalk :)

Wednesday, July 7, 2010

Hidup & Keindahannya!

Pernah dengar perumpamaan

Hidup tak selalunya indah, tetapi itulah sebenarnya erti  keindahan hidup.

kenapa wujud perumpaan sedemikian?

Sebabnya kalau life ini terlalu perfect tentu tak best kan? betul tak? sebab kita tak mempunyai kenangan or memori untuk kita ingat.

Bila hati kita diuji dengan pelbagai dugaan, kita perlu reda dan pasrah kerana tidak diuji seseorang hamba itu melainkan Dia tahu kita boleh menghadapinya.

Betapa sayangnya Dia pada kita kerana Dia tidak membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mungkin hadapinya.

Bila diuji, kita perlu ingat ayat ini " innalilahi wa inn'a ilahi rajiunn" yang bermaksud dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Kenapa kepada Allah kita perlu kembali?

Sebab Dia Maha Berkuasa, dan Maha Mengetahui segalanya. ilmu kita terbatas, tetapi ilmu-Nya tiada taranya.

Tidak Tercipta sesuatu itu tanpa tersirat 1001 hikmah di sebaliknya.

Bila diuji, jangan memberontak, kerana kita insan terpilih.

Ingatlah ramai lagi manusia di luar sana yang lagi super duper malang dari kita.

Contoh paling senang, rakyat di palestin yang almost dead sebab bekalan makanan dan ubat disekat.Tapi kita di bumi Malaysia ini, senang2 je kan, kalau tak habis makan, buang masuk tong sampah je kan?

Orang yang beriman akan menganggap ujian sebagai rahmat dari illahi sebab dia insan istimewa yang dipilih  untuk hadapi dugaan itu.

Allah rindu hendak mendengar rintihan dari hamba-Nya.

Ingatlah Allah Maha Mengetahui apa yang lebih terbaik untuk kita.



"usah di pinta kehidupan yang mudah, tetapi pintalah pada-Nya dikurniakan hati yang tabah.
 usah di pinta kecilkan ujian, tetapi pintalah pada -Nya dikuatkan dan diteguhkan iman"

No comments: