kaki stalk :)

Friday, January 8, 2010

Pemilik Cintaku

Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul.
Nice book to read.Act, this book was suggested by cik t, a.k.a adik ipar..ha3..
please dun believe rumours coz, it wasn't true at all!
ia bukanlah cerita cinta tapi sebaliknya lebih kepada motivasi untuk insan2 yang mencari erti cinta yang sebenar dan kepada siapa cinta itu patut dipahatkan. bukan seperti ibarat pahat dengan tukul.
cinta itu, maksudnya memberi dengan sepenuh hati dan tidak kisah akan apa2 pengorbanan yang perlu dilakukan.

sajak cinta oleh aminah qutbi buat bakal suami(diambil dari buku ini)

sekiranya
kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada kita
tetapi sekiranya
kita cinta pada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
sekiranya
kita cinta pada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
tetapi sekiranya
kita cinta pada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya pada Allah juga
ya Allah,
andai dia adalah jodohku
yang ditetapkan oleh -Mu kepadaku
maka,
campakkanlah kedalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana cinta Mu
dan campakkanlah kedalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana -Mu
namun,
andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan
oleh Mu kepadaku
berikanlah ku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang kau berikan padaku.



p/s: cinta itu layaknya seperti rama-rama. Makin dikejar makin ia lari dari pandangan mata kita.biarkan ia terbang sebebas-bebasnya. andai suatu hari nanti, setelah ia puas dan letih terbang mencari arah dan dia kembali kepada kita, maka ia akan menjadi milik kita juga.

No comments: