kaki stalk :)

Tuesday, January 5, 2010

Sepanjang Hidup ^^

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat..

." Siapakah di antara kamu yang menghidupkan malamnya?

"Salman al-Farisi menjawab, " Saya, ya Rasulullah. "

Rasulullah bertanya lagi,"

Siapa yang berpuasa penuh pada setiap bulan ?

"Salman al-Farisi menjawab," Saya ya, Rasulullah.

"Rasulullah kemudian bertanya,

" Siapa yang khatam al-Quran pada setiap hari ?

"Salman al-Farisi menjawab lagi, " Saya, ya Rasulullah.

"Sahabat-sahabat yang lain berasa hairan akan jawapan Salman al-Farisi.

Mereka berkata bahawa mereka tidak pernah nampak Salman al-Farisi membuat semua itu.

Rasulullah s.a.w kemudiannya menyuruh Salman al-Farisi memberi penjelasan akan jawapannya itu.

Salman al-Farisi menjawab," Aku pernah mendengar kekasihku, Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang tidur dalam keadaan berwudhu', seolah-olah dia telah ihya' (menghidupkan) malamnya. Baginda juga pernah bersabda setiap amal kebajikan akan dibalas dengan 10 kebaikan. Aku puasa 3 hari pada setiap bulan sama dengan aku berpuasa 30 hari (sebulan).


"Rasulullah s.a.w mengiakan kata-kata Salman al-Farisi." Aku juga pernah mendengar Baginda bersabda sesiapa yang membaca "Qulhuwallahu Ahad" (surah al-Ikhlas) seolah-olah dia membaca 1/3 al-Quran. Aku membacanya 3 kali setiap hari. Ini seolah-olah aku telah khatamkan al-Quran. "

p/s:facebook activated back. thanks to yg ske2 stalker my page. maaf, sy hanya insan biasa punya hati & perasaan.

No comments: