kaki stalk :)

Wednesday, January 27, 2010

Dari Tanah Kita Datang. Ke Tanah Kita Kembali Jua^^

lepas solat maghrib aktiviti rutin mesti kal rumah. kal handphone umi 2 3 kali tak berangkat. risau pun ada gak. tak pernah2 macam itu. tapi after 20 minit umi kal balik. rupa-rupanya umi pergi menziarahi anak murid abah yang meninggal.cerita umi:

seperti biasa sekolah abah, after class wajib solat zuhur berjemaah. kalau tak pasti ada budak2 yang akan kena rotan sebab tak g ikut solat jemaah tersebut. kemudian, lepas solat, abah pun bergeraklah ke avanza nak balik rumah. tiba2 baru je nak kuar gate sekolah terpandang 2 kembar sedang riang nak menaiki motor nak balik rumah. kebetulan dua2 anak murid abah. baru je melihat ke kiri dan ke kanan nak keluar dari gate . tiba2 dentuman sangat kuat. si kembar tu dah berada bawah lori. abah melihat depan mata. abah lari2 pergi angkat dua2 budak itu. ajar mengucap. dan akhirnya nyawa itu disitu. baju kameja abah berlumuran darah. kata umi , abah diam je ari ni. mungkin abah terkejut. terkilan. anak murid tiada depan mata

Klik (utk berita harian)

p/s:ajal kita tak tahu bila. esok, lusa, tulat , dan mungkin saat ini kita akan ditarik nyawa tiada siapa pun tahu.
ingat asal usul diri kita. diciptakan dari tanah. akan pulang ke tanah juga.jangan ada rasa memiliki dan dimiliki.Allah Al- Malik adalah pemilik sejati kita. Kita hidup dibuminya. Jadi ikutlah suruhannnya.

mood: tiba2 bila tulis entri ini, berlinang air mata. teringat kat abah. teringat kat umi. teringat kat adik2. Ya Allah selamatkanlah perjalanan pulang & pergi mereka ke mana2 tempat yang dituju . amin ;)

2 comments:

nn said...

sedihnya tengok orang yang kita kenal, kita sayang pergi-tak-kembali depan mata ;(

Qaseh Adriana :) said...

yup! sangat sangat sangat sedih. hanya DIA maha mengetahui^^