kaki stalk :)

Wednesday, August 26, 2009

Mama, Jangan Bunuh Saya!!!






Aku dalam dilema.Antara malu dan nyawa, mana satu yang perlu aku pilih.
Andaikata aku mengorbankan nyawa dalam perutku ini, aku telah membunuh 1 nyawa
yang tidak bersalah, tetapi seandainya lahirnya ke dunia ini, dia akan dikutuk
sebagai anak haram sedangkan dia tidak bersalah yang bersalah ialah
aku....akulah yang wajar dipersalahkan. Tetapi andai dia aku mengandungkan
selama 9 bulan 10 hari, aku akan mendapat malu. Aku akan dikutuk masyarakat dek
mengandungkan anak tanpa suami. Aku mengandungkan anak luar nikah. Perlukah aku
mengambil kisah pandangan masyarakat sedangkan siapalah aku untuk mereka. Ada
aku kisah??? Dah lama aku berada dalam onar yang aku sendiri mahukan. Aku
bergelumang dengan nafsu demi memenuhi batinku. Aku yang memilih jalan ini
lantaran ibu bapaku terlalu sibuk dengan kerja. Apa yang aku lakukan langsung
mereka tidak kisah yang aku tahu apabila aku tiada duit, papa akan memberikan
wang aku beratus-ratus. Mereka tidak memahami jiwaku. Aku dahagakan kasih syang
seorang bapa dan seorang ibu, tapi siapalh aku dimata mereka. Hanya cebisan
sisa-sisa sampah sahaja. Kerana itu, aku membina haluan hidupku sendiri.
Mengenali si A, membuatkan hidupku bahagia. A mengajar aku erti melupakan segala
masalah dengan mendapatkan ice..A mengajar aku bagaimana menjadi minah rempit. A
mengajarku erti kehidupan seksual dan segalannya adalah A. Kerana A juga aku
telah 2 kali mengugurkan janin dan kali ini mungkin kali ketiga...Kenapa aku rsa
berslah kali ini???


Bayangkan anda adalah janin ketiga yang bakal digugurkan?Andai kata anda mempunyai perasaan detik itu, apa perasaan anda apabila ibu anda sendiri mahu mengugurkan anda dari rahimnya. Tentunya hati menjerit2 ."mama jangan gugurkan saya, berilah saya kesempatan untuk bernafas, please mama" . Tapi , dengarkah si ibu akan suara itu...


Realitinya, skrg ini kadar kes pembuangan bayi meningkat dari ke hari. Kadang2 terdetik di hati, kenapalah mereka ini sanggup membuang bayi sedangkan mereka bersusah payah mengandung dan menghadapi detik2 sukar melahirkan anak. Tidak terfikirkah mereka bayi itu memerlukan ibunya lebih dari segala-galanya. Wanita diciptakan oleh Allah dengan fitrah jiwa dan hatinya yang lembut tetapi kenapa mereka masih tidak merasa kasihan akan bayi yang dibuang oleh mereka sendiri. Tidakkah mereka terfikir bagaimana seandainya bayi itu akan dihurungi semut atau lalat jika ditinggalkan di dalam longkang dan akhirnya bayi itu terkulai menjadi jasad yang tak bernyawa.

Hati ini kadang2 terdetik jua, manusia ini lebih zalim daripada haiwan sebabnya haiwan seperti kucing, burung dan lain2 takkan membuang anak2 mereka. Mereka akan menjaga anak2 mereka dan melindungi anak2 mereka dari bahaya tetapi sedangkan manusia yang diciptakan akal tidak dapat bezakan mana yang baik atau buruk malahan sanggup membuang dan membunuh darah daging sendiri.Apa-apa pun pada pandangan akulah, manusia itu diciptakan akal untuk bezakan mana yang baik mahupun yang buruk. Untuk mengelakkan segalanya jd lebih buruk, first of all, janganlah menjerumuskan diri dari pergaulan bebas , kedua jangan bergelumang dalam zina dan ketiga, kalau rasa tak tahan sangat kawin jelah..huhu..


cerita diatas merupakan cerita realiti yang berlaku pada seorang insan bergelar wanita namun diubah cerita mengikut kesesuaian keadaan dan situasi. time dgr the original citer, rsa macam nk marah pn ader gak sbbnya snang2 je nak buang bayi.Bayi itu umpama kain putih yang tiada dosa dan noda. Dia tidak berslah

Entry ini ditulis dalam agak emosional, maybe sbb ak ske bdk2 dan pling sdih bila tgk bayi dibuang..

3 comments:

lonely said...

mgkin nmpk zalim bg mereka yg tdk lgsng mmbri peluang kpd ank kecil ini utk mgenal dunia.tp itu adalh lebih baik jika mrka mndrita dikmudian hari andai diberi pluang utk brnafs.bkn nk mghukum tp cuba fikirkn sejenak,andai si anak diberi peluang utk hidup,apakh kita sbg komuniti mmpu mmberi jaminan,lyanan yg akan diterima oleh ank yg x brdosa ini adalh sma.mmg simpati akan mengetuk pintu hati kita apabila melihat bayi yang tak berdosa dilahirkan,tapi masih adakah simpati itu bila mereka menginjak usia dewasa.mampukah kita berjanji kpd diri sendiri tdk akan sama sekali memandang mereka dengan pandangan yg serong.Jika kecil ia,tp tdk apabila mereka bsr..pernahkah kita sebagai masyarakat ini berfikir sejenak beban yang bakal ditanggung mereka.Hinaan dan cercaan pasti menjadi halwa telinga mereka.bkn shj dr rakan,malah msyarakat sekitar.Ini mungkin akan menjadi kudis yang akhirnya akan menjadi nanah.tekanan ini pasti akan membuat mereka berfikir utk apa mereka dihidupkan andai hanya menerima hinaan dan cacian itu.pernahkah kita cuba untuk memahami betapa berat dugaan yang harus diterima mereka??Jaminan kehidupan yang belum tentu pasti sinar cahayanya.adakah kita akan mempertaruhkan kehidupan kita supaya kita dapat memberi jaminan bahawa hidup mereka adalah terjamin?mampukah kita memberi jaminan itu yang akhirnya akan membawa kita melihat tiada lagi anak-anak yang terbiar di kaki-kaki lima di tengah kepekatan malam sementara menanti ibu mereka menyelesaikan kerja.mampukah kita??jika tidak,fikirkan kembali dimana kita harus berdiri.adakah perlu kita memandang serong mereka yang terlibat dalam pekerjaan seperti ini yang akhirnya membawa kepada lahirnya satu nyawa baru yang belum pasti sempat untuk melihat dunia?atau kita hanya perlu memejamkan mata dan memekakkan telinga untuk terus menyaksikan kebodohan dalam masyarakat??maafkan andai sesiapa terasa diatas ulasan ini..tapi percayalah,aku benar2 memahaminya..aku adalah antara anak yang sentiasa bertanyakan apakah aku dihidupkan hanya untuk terus mengalami penghinaan kerna sabarku jua ada batasnya.adilkah aku untuk terus hidup andai kebahagiaan untuk ku hanya sebentar cuma.cuba bayangkan perasaan anak-anak ini..yang membessar tanpa kasih sayang ibu apatah lagi untuk mengenal seorang ayah.berhak kah mereka untuk menerima kehidupan seperti itu??berhakkah mereka...renungkn2 nasib mereka..andai tidak mampu kita hadiahkan pelangi untuk mereka kenali,perlukah kita ajarkan gelapnya perjalanan kehidupan..

Qaseh Adriana :) said...

thank sbb concern sal isu ni, dan ak respek pndgan seme org. ko lbh memahami bgaimana perasaanya berbnding ngan ak, ..
apa yang aku nk ceritakan dr entry ni just nk bg kesedaran pd anak2 gadis yg terlibat dlm gejala sosial dan terlibat dlm pembuangan bayi yng merangkap anak luar nikah. AK mmg tk dpt beri jminn kehidupan yg bakal ditempuh oleh anak itu mudah sbb masyrakat m'sia mmg mudah pesimis, tp ak ttp yakin siapalah kita untuk menetukan baik buruknya seseorang kerana kita buknlah pengadil yg bijaksana melainkan DIRINYA. Dia yng Maha Berkuasa. Ak pecaya anak itu perlu diberikan pluang utk hidup meskipun khidupan yg bkal dilalui mgkin pnuh dngn suram dn kepahitan kerana pada ak klu lah anak itu lahir dr hubungan yg tak sah maka org itu telah mlakukan satu dosa ttp klu de membunuh lagi nyawa anak itu, maka de telah menambahkan lg 1 dosa lain. Apa2 pn berbalik pd ajaran agama yg ingin beri perlindungan kpada nasab dan keturunan manusia dan sbb tu ALLAH mengharamkan zina. Pd diri ak, anak itu wjar diberi pluang utk bernafas dan moga dgn pluang itu akn beri keinsafan pada ibu bapanya..anak itu wajar mndapat lyanan yg sama dgn anak2 lain kerana pd hakikatnya mereka mmg tak berslah...
just words to share:
"siapalah kita utk mengadili dan menghukum seseorang kerana kita sendiri blum tentu lagi adil pada diri sndiri dan sesungguhnya, hanya DIA sahaja maha Adil dan saksama"

Isz D' Barney said...

"man are born political animal" manusia secara lahiriahnya dilahirkan ganas, jahat, suka bergaduh dan kejam..."
itu pandangan barat.
dlm islam lak...manusia dilahirkan dalam fitrah...bersih dan suci, namun ade segenap manusia yg bertindak seperi binatang...kejam yg lebih kejam dari si kejam... namun, berserah padaNya untuk memberikan taufik dan hidayat kepada hambaNya kesedaran dan pintu kebenaran untuk menjadi insan yg bertakwa, insan kamil dan menjadi manusia sebaik2 kejadian...
"kun fayakun..." maka terjadilah sesuatu itu...
hal ini berlaku atas kehendakNya dan daripada apa yg berlaku, semuanya ada himahnya dan kesedaran kepada umat Islam yg lain supaya jgn mudah terleka...
renung2kn...dan muhasabah la diri wahai segenap insan yg alpa...

to aisha: suatu tinta yg mantap... gali makna penulisan yg lebih mendalam..tahniah... pemikiran yg matang! :p