kaki stalk :)

Thursday, August 27, 2009

Raudatul Sakinah (siri 1)














Dengan misi untuk menyelesaikan tugasan bagi subjek HAKAM, kami memilih untuk menyelongkar dunia di Rumah Raudatul Sakinah. Usianya yang menjangkau 11 tahun, telah dibentuk dibawah NGO telah memberi sumbangan yang sangat bermakna dalam membentuk akhlak dan memulihkan anak- anak gadis daripada terpesong jauh dari landasan agama yang sebenar.
Objektif sebenar penubuhan Raudatul Sakinah adalah bagi menunjukkan anak- anak gadis kepada cara hidup islam yang sebenar, membentuk mereka ke arah pembesihan jiwa dan rohani , memulihkan mereka dari trauma dan menjadikan mereka insan yang dapat berbakti kepada masyarakat. Biasanya, anak- anak gadis yang dihantar ke rumah raudatul sakinah adalah mereka yang pernah terlibat dalam kegiatan gejala sosial seperti black metal, sumbang mahram, mansa rogol dan sebagainya.
Anak- anak gadis yang dihantar ke sini, adalah mereka yang berumur 12 tahun sehinggalah 25 tahun. Mereka akan menjalani proses pemulihan disini selama minimun 13 bulan dan bagi menentukan sama ada mereka layak untuk dibebaskan berdasarkan penilaian - penilaian oleh kaunselor dan sukarelawan disitu. Kapasiti anak- anak gadis yang berada di rumah ini hanyalah 28 org kerana pada pendapat pengurusan jumlah sedikit adalah penting supaya mereka dapat dibentuk dengan lebih mudah.
Menurut kajian yg dilakukan oleh pusat ini, sepanjang januari hingga jun tahun ini, hampir kira 87% mereka yang mengandung anak luar nikah mempunyai niat untuk mengugurkan anak kerana memikirkan pelbagai risiko yang mendatang. Maka, ini hanyalah permulaan kepada entry mengenai rumah raudatul sakinah , pada masa akan datang akan ada lagi artikel mengenai rumah ini dan persoalan yang bakal dibincangkan:
  • bagaimana pemulihan jiwa dilakukan pada mangsa-mangsa yang dirogol?
  • adakah mereka diberi peluang untuk menjaga anak2 mereka?
  • adakah kempen 'safety sex' adakah relevan pada zaman sekarang?
  • cerita2 di sebalik rumah raudatul sakinah
  • lain2


No comments: