kaki stalk :)

Monday, August 8, 2011

Note : Girl, Let's Prepare ;)

andai mencari yang soleh, kenalah menjadi solehah
andai mencari yang solehah, kenalah menjadi soleh
hakikatnya, bukan isu mencari
tetapi isu menjadi
jadilah soleh dan solehah 
supaya boleh berpimpin tangan dengan yang soleh dan solehah jua

kata sahabat, mencari wanita solehah itu umpama mencari gagak putih dalam kalangan gagak hitam
kata hati, mencari suami soleh itu umpama mencari berlian dalam pepasir pantai
susah untuk dicari
susah untuk dijumpa
tetapi
Janji Allah itu Pasti

Yang baik itu akan bergandingan dengan yang baik jua.
Yang soleh itu akan bergandingan dengan yang solehah jua.

Jangan pernah risau akan jodohmu, kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan mahupun lirikan senyuman yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa jodoh yang engkau nantikan sedang membina sahsiah kepimpinan supaya bagi memimpin dirimu kelak kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu.

Apa khabar iman ? salam jihad ramadhan :)

1 comment:

fareast said...

sangat terharu dengan artikel ini.