kaki stalk :)

Monday, August 22, 2011

Epilog 29 Hari Mencari Cinta (5)


'Encik Iskandar kena kawal marah Encik Is. Setiap kali, Encik Is marah, blood pressure Encik Is naik tinggi. Bahaya tau untuk kesihatan Encik Is,' bebel Doktor Aliena.

'Doktor, saya ini jenis hot tempered, pantang silap, mesti saya senang-senang saja nak naik tangan lempang orang dan sebagainya.'

'Macam ini, saya sarankan Encik Is, setiap kali Encik Is marah, Encik Is , ambik paku dan pakukan di dinding sampai hilang rasa marah Encik Is.  Kemudian Encik Is, berdoalah , Ya Allah mohon semoga diri ini dilimpahkan kesabaran, semoga dapat menangkis perasaan amarah yang berlubuk di hati. Moga, Allah Maha Mendengar ,' panjang lebar nasihat si doktor anak tiga itu.

'Baiklah Doktor, saya akan gunakan ramadhan ini, untuk saya bertatih mengawal marah saya! Janji!

'Eh, eh tak perlu janji dengan saya, tetapi biarlah dengan Allah.'

'InshAllah,' janji Iskandar.

Ya, hari-hari berlalu bukannya mudah, kalau jiwa dah sebati dengan sikap marah. Walau cuba berlagak cool, tetapi hati yang mendidih hanya Dia yang Maha Mengetahui. Pagi-pagi kalut dengan traffic jam. Tiba di Office, serabut dengan kerja yang sangatlah messy. Petang, sibuk dalam handle klien. Semuanya memang menduga amarahnya. 

kata hati, cuba -cubalah. Kemana-mana jua, dibawa berbakul-bakul paku itu. Setiap kali dia, marah, terus diambil paku dan dipakukan kepada dinding.

Yeah, it's so true, people akan gelakkan dia,yang sibuk memaku di dinding office  tetapi mujahadah dia di ramadhan ini mahu mengawal marahnya.

Cukup hujung bulan, as usual , appointment dengan Doktor Aliena perlu dipenuhi. 

Sambil diambil tekanan darah, Doktor Aliena bertanya, macam mana Encik Is, dah boleh kawal marah ?

Emm, so far, so good. I'm getting better. Thanks for ur advice and solution. Since sebulan ini, tidak adalah mana-mana orang yang menjadi mangsa saya, heh!

Kalau, macam itu, saya nak awak balik nanti,pergi ke dinding yang paling banyak awak memaku paku-paku dan lihat apa kesan yang awak tinggalkan.

Sejurus pulangnya, terus dia pergi ke biliknya, dan mencabut kesemua paku yang dibenamkan ke dinding biliknya itu. Huuu~ sangat banyak lubang-lubang paku, yang ada yang terlalu dalam dan sukar untuk dicabut.

Tiba-tiba , beep beep , bunyi handphone tanda mesej masuk.

dah cabut semua paku dibilik awak? cuba tengok kesan lubang-lubang paku. Kesan lubang-lubang itulah, luka-luka dihati insan yang jadi mangsa awak. Belajar kawal marah awak, Encik Iskandar. Hati luka kerana dek kesalahan kita , bukan senang nak 'baik' semula.

Itu cerita Doktor Aliena dan Encik Iskandar. Semua orang ada tahap sabar masing-masing. Kadang-kadang sabar itu pun ada limit . Cerita ini tak ada kaitan saya tengah marah or what, cuma cerita yang saya ubah dari cerita Prof Muhaya. Ada betulnya. Kena kawal perasaan marah ini, takut-takut insan disebelah kita terluka. Kalau terluka susah nak pulih kembali seperti dulu :)

Ehem, bagaimana ramadhan telah mentransformasikan diri kita? yang kalut akan menjadi lebih tenang, yang tak penyabar mungkin jadi lebih penyabar, yang pemarah mungkin jadi lebih cool, or whatever it is, apa Ramadhan telah lakukan untuk kita. Let's change for good  and for his blessings ! :)


nota kaki : things are much easier said than done, kadang-kadang terasa susah nak berubah, payah, maybe sebab banyak sangat kawan dengan yang bertanduk kiri. Nauzubillah. Gemuk! we'r in the same boat, but in diffrent cabin, yet, kalau aku sesat balik, heret aku balik semula ke jalan yang lurus :) 

2 comments:

Wawa said...

tq 4 sharing..aku ni dah la ske marah..hehe

Qaseh Adriana :) said...

sme ngan aku, hehe :)