kaki stalk :)

Friday, August 19, 2011

Epilog 29 Hari Mencari Cinta (4)



Beep.Beep , Bunyi mesej masuk. Berlari-lari anak pergi check handphone.Manelah tau buah hati duk mesej. 

'along, nanti kalau dah siap kerja umah, g tengok rumah Pak Su Lah, Dia meninggal semalam ,

' Okeh big bos'. mesej direply kepada permaisuri .

Petang sebelum duduk godek-godek kat dapur, pergilah melawat ke rumah arwah. Ya Allah, beruntungnya meninggal dibulan ramadhan :)


Esoknya..

'Umi rasa ada orang meninggal kat Masjid Tualang. Rasanya, suami Cik Kembang yang jual 'nekbat' kat Pasar Manir.

"eh, yeke Umi, tadi along tengok pun ramai orang kat Kubur. Yelah tu kut "



Selang 2 hari kemudian , hari Jumaat , hujan gerimis di kala cik matahari malu-malu nak terbit.

Mat : Umi, sepupu Azim meninggal dunia, kat hospital kmarin, Kekg(nanti ) orang nak tanam. 

Budak umur 4 tahun ini memamng petah duk bercakap.Pantang dengar apa yang orang duk cakap-cakap.

Umi: yeke? nanti Umi pergi rumah dia pergi 'nawat' (melawat ).Semoga langkahan kaki ke sana, dapat ingatkan kita, bahawa hidup ini akan mati suatu hari nanti. 


Ajal yang menjemput tiada siapa yang tahu.
Berutunglah mereka yang masih memiliki  kesempatan untuk beribadat di bulan ramadhan kareem.
Bukan semua orang ada peluang yang sama.
Takziah buat sahabat  Izzatul Atiqah Ramlan, atas kehilangan ayahnya semalam.
Smoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diredhai.
Menyatakan sabar, itu mudah, tetapi melaluinya cukup perit.
 Ya Allah, moga dirimu diberikan kekuatan duhai sahabat.Tabah dan sabarlah,
 Sesungguhnya Alllah Maha Mengetahui  apa yang lebih baik untuk kita


.

Aisyah r.a mengatakan : Apabila masuk 10 malam terakhir Ramadhan, Rasullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah, lebih dari waktu lain 
( Hr- Bukhari & Muslim )

Fasa ketiga Ramadhan : Jom buru Lailatul qadar, jangan duk sibuk kejar lailatul Kamdar :)



Ramadhan mereka & Ramadhan kami, 
Peluang sama, tetapi natijahnya berbeza
(Ramadhan 2 zaman, Inteam feat Nazrey Raihan))




No comments: