kaki stalk :)

Saturday, February 26, 2011

Bicara Manisnya Kahwin.


Alhamdulilah, di celah-celah kesibukan , Allah memberi peluang untuk menjejakkan kaki ke satu forum yang berdiskusi mengenai kahwin semasa belajar : cabaran atau dorongan. Tahniah Perundang dan Exco Siswi for great effort !

Panel-panel iaitu Ustaz Shamsul Hakim dari Usim, Dr Salawati merupakan Pensyarah FUU, dan Kak Anis seorang final year student yang berkahwin semasa di semester ke 2 tahun 1, serta moderator Fitri Haris @ Fitri Unic.Mereka tampil dengan hujah yang menunjukkan pro dan cons andai kaki menjejak ke alam perkahwinan semasa belajar.

Coretan ringkas kali ini berkisarkan bicara manis panel-panel yang sempat tercatit di memori pada jumaat yang lalu.

Berbicara tentang cinta, memang indah, seolah-olah tiada cacat celanya. Baja cinta yang disemai , diharapkan berakhir di alam perkahwinan.

Berbisik pula mengenai alam perkahwinan, semua orang ingin menikmatinya dan merasai kemanisan berumah tangga dalam alam perkahwinan. Kata pujangga kalau bercinta itu indah, maka berkahwin itu bahagia.

Tetapi tahukah kita erti perkahwinan yang sebenar ?

Ijab dan qabul antara suami dan si ayah  ertinya memindahkan perwalian dan penjagaan selama ini yang dipegang pleh bahu ayah kini beralih kepada seorang suami.

Berkahwin adalah mengambil maruah wanita untuk dipikul dibahu lelaki.

Teringat kata-kata Dr Salawati, “saya hairan dengan suami yang membiarkan isterinya memakai tube, seluar ketat, sedangkan dia tahu , dosa itu dipikul oleh suaminya. Setiap langkah isteri itu jalan menuju ke neraka, seandainya tiada teguran dari suaminya.

Bicara yang menusuk kalbu, dari Ustaz Shamsul Hakim pula , “Perkahwinan yang terbaik adalah berlandaskan keimanan kepada Allah, kerana andai perkahwinan itu hanya berasaskan bibit cinta, perasaan itu mudah hilang, tetapi andai perkahwinan itu kerana keimanan, perasaan sayang itu akan makin jua bertambah kerana sayangnya suami pada isteri kerana Allah, dan kasihnya isteri pada suami kerana Allah.”

Perkahwinan itu bukan sekadar hendak mencapai klimaks 2 minit, malah ia lebih dari itu.

Kata mak ayah Kak Anis, bila berkahwin susah atau senang biarlah hadapi sama-sama. Kalau kahwin itu hanya kerana cinta semata-mata , bila hidup terkena tempias kesusahan , mungkin jua perasaan cinta itu luntur, tetapi kalau kerana iman, sabar itu akan menjadi penguat diri.

Komen saya, kesemua panel ini bertemu cinta yang diredhai Allah, dan mengenali pasangan masing-masing di alam perkahwinan. Kemanisan berumah tangga itu dapat dirasai apabila menjaga batas sebelum menjengah kealam perkahwinan.Hakikat yang tidak dapat dinafikan, cinta selepas perkahwinan adalah cinta termanis, cinta halal tanpa batasan dan cinta yang menuju jalan ke syurga.

Kalau kita jaga hak –hak Allah, maka Allah akan jaga hak-hak kita.

Andai mencari yang soleh, jadilah solehah. Andai mencari yang solehah, jadilah soleh. Bukan isu mencari, tetapi sebaliknya menjadi. Jadilah soleh dan solehah terlebih dahulu, baru boleh berdampingan dengan si soleh dan solehah.

:JODOH ITU ADALAH MISTERI TANPA JAWAPAN SEHINGGA TIBA MASANYA.



stay away from blogging.
28.2.11 - test pil
2.3.11  - 2nd event apresiasi wanita
4.3.11  - tour to Securities Commission
5.3.11  - Dip class
6.3.11  - Off to Pondok Raudhah Anak Yatim , & Dinner kolej

musim workholic: everything seems to be impossible until it is done! 

:)

2 comments:

Anonymous said...

i like it....
mudah2an kita tergolong dlm golongan itu yeah...

Cikgu AL said...

jazakillah for the sharing!