kaki stalk :)

Monday, December 6, 2010

Pelangi selepas hujan.

‘Malam ini, malam Jumaat, ayuh we rock the world’, Zack memberi arahan kepada geng-geng rempitnya.

Seperti biasa, malam Jumaat menjadi malam yang hangat dengan lumba haram, dan mana-mana mereka yang memenangi race pada malam itu, akan mendapat wang yang dipertaruhkan dan minah rempit yang semestinya ‘hot’ dan lagi seksi.

‘Khai, malam ini, kau jadi maharani, andai aku kalah dalam race ini, kau menjadi milik Bob”, kata Zack kepada Khairunisa bersaksikan mat rempit-mat rempit lain.

Khai dengan gaya selambanya mengenyit mata kepada Bob kerana dia tahu tiada siapa yang akan dapat menandingi kehebatan Zack dalam mana-mana race.

Khai atau Khairunisa adalah orang yang sama. Khairunisa atau sebaik-baik perempuan adalah nyata berbeza dengan Khai yang wujud sekarang. Khai adalah antara minah rempit yang paling Hot kerana kecantikannya dan susuk tubuhnya montok yang seksi meskipun mempunyai gaya tomboy. Harimau mana ingin menolak kalau dihidangkan daging kijang.

Kedinginan malam itu tidak terasa dek kehangatan bahang race tersebut. Namun begitu, andai Dia berkata Kun fayakun( jadilah, maka jadilah) mampukah kita sebagai hamba Nya menidakkannya???

Zack kalah dalam race tersebut dan Khai yang menjadi taruhan menjadi milik Bob. Bob tersenyum sinis dan tangannya mula melingkari pingang Khai.

Khai tersenyum dalam paksa. Nasib minah rempit sepertinya perlu terima dengan seadanya. Adat pertandingan ada kalah dan menang.

“ Sekarang Khai milik gua, Bro lu jangan bongkak, malam ini gua nak pangang ‘daging kijang’ ini masak-masak,” perli Bob kepada Zack.

Maka berlalulah Bob dan mat rempit-mat rempit lain.Begitu juga Khai yang kini nasibnya terletak ditangan Bob.

Khai peluk pinggang Bob dengan erat apabila Bob memecut dengan laju dan Bob semakin gah dengan kemenangannya.

Kalau sesuatu itu didapati bukan dengan cara yang halal, bukan dengan jalan yang diredhai, mesti tidak kekal lama kan?

Tiba-tiba motor yang ditungangi Bob dirempuh Kereta Ferrari Merah dan satu das tembakan dilepaskan kepada Bob dan mengenai kepalanya, dan satu das tembakan ditujukan kepada Khai dan mengenai dadanya juga.

Bob menghembuskan nafas terakhir disitu. Khai dengan nafas yang tersekat-sekat meminta pertolongan dan darah terus mengalir membasahi tar jalan tersebut.

**********************************************************************************


Di wad , hanya wajah sugul menemani umi dan abah Khai. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anakkan? Saat itu hanya doa tanpa dititipkan buat anak yang tercinta.

Desis hati umi, ‘Ya Allah berikanlah kekuatan pada anakku menghadapi duggan Mu, andai kesakitan itu dapat dipindahkan kepada ku, supaya sakitnya berkurang, hamba Mu ini sanggup. Ya Allah hati ini tidak sanggup lagi melihatnya seperti ini”.

Dada Khai berombak-ombak menahan kesakitan.Khai koma hampir seminggu. Nasib baik, selepas Khai ditembak ada seorang hamba Allah menolongnya malahan dia juga mendermakan sebahagian hati  kepada Khai kerana separuh daripada hati Khai rosak dek kelongsong peluru. Allah itu Maha Penyayang, tidak pernah meninggalkan hamba Nya meskipun hati kita bukan selalu untuk Nya.

Mungkin pada realitinya Khai koma, tetapi sepanjang jasadnya terbaring , dia mengalami mimpi yang panjang , seram dan menggerunkan.

Membayangkan dia berjalan-jalan di lorong yang sunyi , gelap, dan perasaan takut menyelubungi dirinya.Dia terjatuh dalam lubang yang sangat dalam. Ular yang sangat besar seolah-olah sudah siap sedia untuk mematuknya.Dia menjerit meminta pertolongan , akan tetapi tiada siapa pun mengendahkannya. Dia menjerit dan meraung namun itu semua sia-sia sahaja.

Tiba –tiba  ‘arrggghhh!’, bergema jeritan Khai diwad tersebut mengejutkan umi dan abahnya.

Abah cemas, dan memanggil doktor . Umi yang melihat keadaan Khai itu , terus mengajar Khai mengucap kalimah syahadah.

Doktor  Arif yang berlari-lari anak , terus mendapatkan stetoskop dan memeriksa keadaan Khai. Umi dan abah telah disuruh beredar daripada bilik itu . Debaran terasa memuncaknya.

Apabila Doktor Arif keluar daripada bilik Khai, dia menghadiahkan senyuman

“Alhamdulilah, anak encik dah sedar” .

Di situ juga, terus abah sujud syukur, Khai dah sedar dari komanya.


Kini sudah 2 minggu Khai bermukim di hospital dan kesihatannya beransur baik. Abah dan umi kembali senyum riang kerana anak tunggalnya itu hampir pulih sepenuhnya.

Pada suatu pagi yang indah, ditatkala mentari belum terik memancarkan sinarnya. Abah menceritakan kepada Khai keadaanya sewaktu koma , dan memberikannya sepucuk surat berwarna biru. Harum baunya seperti bau lavender.

Kata Abah, surat itu dikepilkan dengan sejambak bunga mawar, tetapi pengirimnya tidak diketahui.

Khai perlahan-lahan membuka dan membacanya.

Salam, kehadapan Khairunisa , sebaik-baik perempuanJ
Sebaik –baik perempuan yang diciptakan dengan fitrahnya penuh dengan kelembutan.
Zahirnya penuh dengan kesopanan. Dalamannya penuh dengan kecintaan pada Nya.
Kecantikanmu itu ibarat bunga mawar merah yang mekar dikala mentari malu untuk menyinar.
Andai ku dapat titipkan jari ini untuk terus menari dan mengungkapkan betapa indahnya kejadian seorang wanita yang diciptakan illahi, pasti tiada penghujungnya.

Duhai, insan bergelar sebaik-baik perempuan.
Hiasilah dirimu dengan kecintaan kepada Nya,
Letakkan rindumu pada pemilik nyawa Mu.
Hamparkan permaidani kasih sayang buat bonda dan ayahanda mu.
Jadilah insan yang setia sujud pada Nya.
Meminta pada Nya tanpa pernah kenal erti penat.

Duhai insan bergelar sebaik-baik perempuan,
Hidup ini penuh dengan ketidaktentuan, tetapi ada sesuatu yang pasti dan tak akan meninggalkan kita sebaliknya terus mengejar kita bila tiba masanya iaitu MATI.
Andai waktu itu tiba mampukah kau menidakkanya?Mampukah?
Berubahlah, berhijrahlah.
Berfikirlah kenapa kau masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini?
Sebab dia memberi peluang untuk kau berubah.
Berubah keranaNya. Hiduplah dengan keredaan Nya. Moga Kau ketemui jalan itu.

Saw you from distance. Pray for you. Please take care of youselfJ
                                                                                                                   
                                                                                                                        i.s.a.

Air mata membasahi pipi Khai dan dirangkul abahnya. Dipeluk abahnya sekuat-kuatnya dan esak tangisnya semakin menghiba.Hatinya disayat pilu, terasa diri jauh dari jalan Nya dan kini abah mula senyum riang .

**********************************************************************************


Kalau dulu dia sangat memarahi orang memanggilnya Khairunisa atau Nisa, dan akan memaksa orang memanggilnya sebagai Khai, tetapi kini sebaliknya berlaku.  Khairunisa yang dikenali dulu, nyata jauh berbeza dengan yang ada sekarang. Dia membelek lembaran –lembaran diarinya yang berwarna ungu itu.

Catatan 29 Zulhijah 1430H
Dulu,aku bukan manusia , mungkin juga bukan insan,yang pasti aku robot hawa nafsu. Aku biarkan nafsu merajai jiwaku. Aku jadikan maksiat mahkota hidupku. Aku hanyut dalam melayari bahtera kehidupan. Inilah kesan pelayaran , kalau tiada pelayar yang betul-betul dapat menjadi nakhoda hebat di hati.

Aku biarkan diriku semak seperti lalang yang mudah meliuk kekanan dan kekiri apabila ditiup angin. Aku tiada pegangan. Aku terlalu ampuh. Aku terlalu ikutkan kata hati. Aku menjadikan rempit itu nadi hidupku. Aku lupa tiang agama. Bila aku lupa tiang agama, mudah aku ikuti kata-kata syaitan musuh durjana ke lorong gelap. Aku mencampakkan harga diriku ketahap yang terhina. Aku merelakan aku dinodai oleh harimau yang dahagakan daging kijang.

Aku kini bukanlah bunga lili yang putih suci. Aku insan yang penuh kekotoran. Aku umpama jarun yang merelakan diri dicucuk kesana dan kesini. Aku hanya mengikut rentak penjahitku. Aku hancurkan harapan umi abah sedangkan hanya aku , satu-satu sahaja harapannya. Aku penyebab berderainya mutiara air mata mereka.

Oh tuhan, bantulah aku. Pimpinlah aku yang lemah ini. Aku perlu berubah. Aku tidak patut menjadi penyebab mereka berduka. Aku harus menjadi penawar untuk mereka terus tersenyum. Aku mesti!!!kata orang, kalau niat kita baik InshAllah , akan dipermudahkan.

Hari ini 29 Zulhijah, aku berazam aku harus berhijrah. Aku harus memfitrahkan diriku seperti kain putih. Aku berharap aku mempunyai masa itu. Selagi jasad belum ditarik nyawa.InshAllah.

Azamku…

kalau dulu aku adalah jarum yang hanya mengikut rentak penjahit ke kiri dan ke kanan.
Kalau dulu , aku hanyalah lalang yang terlalu mudah meliuk ke kiri dan ke kanan
Kini, aku mahu menjadi penyulam yang menentukan corak yang aku ukirkan, warna yang akan ku hiaskan
Dan kini , aku adalah seteguh karang, yang tetap gah berdiri walau dibadai ombak lautan.
Hidayah Mu kucari, kerana redha Mu ingin ku perolehi.

Simpan cinta untuk Allah
Simpan rindu untuk Rasul
Simpan sayang untuk umi abah
Simpan kasih untuk yang halal dirindui
Simpan cantik untuk suami
Segalanya simpan baik-baik!

p/s: jalan mujahadah itu pahit manisnya syurga!

Nisa menutup diari ungunya dan suara azan memanggil untuk dia mengadap illahi. Dalam sujudnya, dia memohon semoga diberikan petunjuk dan hidayah daripada Nya, mohon diberi kekuatan untuk mendekatkan diri kepada Nya , kerana dia tahu kedekatan itu menimbulkan kecintaan pada Nya

**********************************************************************************

Hari ini 1 Muharam, hari baru dan azam baru. Hari ini juga hari pertama dia akan praktikal di Cyberjaya. Dengan lafaz basmaAllah, dia keluar daripada rumah, niat bekerja sebagai ibadah.Burung-burung berkicauan dan mentari yang cantik mula menyerlahkan sinarnya seolah-olah memahami hatinya yang berbunga riang. Alhamdulilah.

Kakinya melangkah ringan menuju ke perhentian bas yang terletak 200 meter dari rumahnya. Walaupun umi dan abah ingin menghantarnya ke tempat kerja, dia bertegas untuk pergi dengan bas semata-mata ingin belajar berdikari.

Belum pun sempat kakinya melangkah ke perhentian bas, di depan rumahnya dan jua di hadapan mata umi dan abah , dia telah dilanggar dengan sebuah motor 500cc. Dia tersungkur jatuh  , terbaring dan saat itu abah dan umi meluru ke arahnya. Tangisan menemani umi , dan jasad Nisa dibawa ke hospital dengan ambulans. Tidak disangka , hari yang ceria buat Nisa menjadi hari yang penuh duka buat umi dan abah.

“Maaf Encik  Azlan, kami tidak mampu berbuat apa-apa kerana ini kali kedua Khairunisa dilanggar , dan harapannya pada kali ini tipis sekali. Kami hanya mencuba yang terbaik, segalanya terletak pada pemilik nyawanya”.

Luluh hati umi dan abah mendengarnya. Sayu memandang dari luar bilik ICU yang kini bernafas dengan bantuan pernafasan.

Dari kejauhan kelibat seorang hamba Allah berjalan menuju kearah umi dan abah.

Iskandar Zulkarnain Abdullah, seindah dan seperkasa namanya lalu menegur abah.

“ pak cik, ayah Khairunisa? Saya Iskandar Zulkarnain, yang meninggalkan surat kepada doctor yang merawat Nisa sebelum ini,” sapa Iskandar yang lebih senang dipanggil Is.

“oh anaklah, yang telah mendermakan hati kepada Nisa hari itu. Maafkan pak cik, nak. Pakcik tak berterima kasih kepada kamu kerana menyelamatkan nyawa anak pak cik , sebab pak cik memang tidak tahu siapa kamu yang sebenarnya,” luah abah dalam nada yang penuh kesayuan.

Maka berbicaralah 2 lelaki ini seolah-olah membincangkan perkara yang amat penting dan umi ditinggalkan bagi menjaga Nisa yang harapannya tipis sekali peluang untuk hidup.

**********************************************************************************


Segalanya kuasa illahi . Allah itu Maha Kaya, siapa sangka Nisa masih diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Dia tersedar dari komanya dan ketika tersedar dari koma hanya kalimah Allah meniti di bibirnya.

Dari kejauhan juga Iskandar melihat Nisa, melihat kegembiraan abah dan umi.

Hakikatnya tiada sesiapa pun tahu siapa sebenarnya Iskandar insan berhati mulia itu.

Abah membisikkan kata-kata kepada Nisa, dan Nisa mengalirkan air mata. Air mata kegembiraan. Air mata yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, kerana akhirnya dia tahu siapakah pengutus surat misteri warna biru.I.S.A. Bibirnya mengukir senyuman.


Beberapa purnama mengambang, 2 hati yang berkasih kerana Allah disatukan. Dengan sekali lafaz, Khairunisa Azlan kini sah menjadi isteri kepada Iskandar Zulkarnain Abdullah.

Usai ijab dan qabul, kedua-duanya mendirikan solat sunat dengan harapan semoga masjid yang dibina bertautan kerana Allah akan dipenuhi mawadah, rahmah , sakinah , serta keberkatan darinya.


Disuatu malam yang hening, “abang, kenapa abang pilih Nisa, sedangkan abang tahu Nisa tidak seperti gadis-gadis lain. Nisa bukanlah suci. Nisa ini banyak kelemahan,” tanya Nisa kepada Iskandar.

“abang tertarik pada Nisa, sebab abang dah lama perhatikan Nisa. Abang tahu Nisa seorang yang baik Cuma waktu itu Nisa belum jumpa Apa yang Nisa cari selama ini, sebab itu Nisa hanyut. Nisa sayang, dalam dunia ini tiada insan yang sempurna, tetapi insan yang terbaik adalah insan yang mengubah dirinya kearah lebih baik. Abang jua bukan insan yang sempurna tetapi abang harapkan kerana ketidaksempurnaan kita berdua apabila dipertemukan, kita melengkapi antara satu sama lain. Abang menganggap pertemuan kita walaupun pada waktu itu Nisa dan Abang saling tidak mengenali antara satu sama lain adalah rahmat dari illahi. Jodoh itu ajaib sayang,”.

Nisa mengulum senyum dan menghulurkan puisi yang dikarang dan disimpan selama ini untuk insan yang dianggap sebagai putera dari kayangan.

Puisi Kasih untuk Mu.


wahai suamiku,
kaulah imamku dan aku adalah makmunmu,

inginku luahkan jauh disudut hati ini
disaat kau melafazkan qabul
aku bersyukur kehadrat illahi
kerana akulah pelengkap tulang rusuk mu

wahai suamiku,
ingin ku khabarkan rasa hati ini
bila kau menyarungkan jari manis ini dengan cincin
akulah insan yang paling bahagia
terima kasih illahi kerana kau kini suamiku

wahai suamiku,
bila mana tangan mu ku cium
aku tekad dalam lubuk hati ini
aku mahu menjadi penyejuk di mata mu
aku mahu menjadi penenang di hati mu
aku mahu menjadi bahu yang dapat kau dan aku berkongsi segala
dan aku mahu menjadi isteri yang engkau redhai
kerana ku sedar , syurgaku dibawah kakimu wahai suamiku

wahai suamiku,
bila bibirmu mencecah dahiku,
aku berjanji ,
aku akan menjadi suri dihatimu
aku akan menjadi ibu yang baik untuk anak-anak kita
aku akan menjadi segalanya untukmu
selagi kita berpaksi pada jalan Nya

wahai suamiku,
lahirnya aku daripada rusuk mu
bukan di kepala untuk kau dijunjung
bukan dekat dibahu untuk dibebani
bukan dekat dikaki untuk dialasi
tetapi dekat dipelusuk hati untuk disayangi dan dicintai.

wahai suamiku,
bila kita melayari bahtera kita,
andai kau menjadi burung,
izinkan aku menjadi angin lembut yang bersisiran di sepanjang perjalanan
andai kau menjadi kumbang,
izinkan aku menjadi bunganya supaya taman-taman hati senantiasa indah
andai kau menjadi rama-rama,
biarlah aku menjadi sayapnya supaya tinggi atau rendah kita terbang bersama,
sehingga ke penghujung jalan.

wahai suamiku,
aku tak menjanjikan bahtera kita akan selamanya indah
tapi aku tahu kita sama-sama boleh melayarkan bahtera itu lagi jauh
demi cinta kita, biarlah cinta sampai ke syurga.

moga cinta,
moga sayang
moga rindu
kita diberkatiNya selalu
ameen.


Dan mata Iskandar menatap Nisa sambil tersenyum sambil memandang ke langit mengakui  Allah itu Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat, nyata , dan tersembunyi


kalau hijrah itu kerana Nya, inshAllah dipermudahkan . Nisa dah berhijrah. Anda?


salam maal hijrah 1432H. :)

3 comments:

Anonymous said...

besh2!

Cerah Jeff said...

nice one but macam da penah bace cerpen macam ni....lupe kat ne..

Qaseh Adriana :) said...

umar: thanks:)

ceraf: thanks:)
karya ak sndiri, tp hasil combination previous cerpen ak :))