kaki stalk :)

Monday, August 30, 2010

sayang oh sayang.

kerana sayang, kan ku turut segala kata-kata mu
kerana sayang kan ku kotakan janji kita
kerana sayang kan ku gadaikan segala benda
jiwa , harta, nyawa, dan badan,,
sayang seribu kali sayang , rupanya itulah maksud sayang.
sehinggakan membenihkan noda dan dosa
dan kesannya.....



seorang bayi dibuang di seksyen 13 shah alam berdekatan board 'beri laluan'

sila comparekan

haiwan pun pandai untuk menyemai nilai kasih sayang yang sebenar
kita sebagai manusia, insan, ada perasaan tu?
kalau lah kita betul2 ada perasaan sayang.
kita takkan buang anak suci itu, bukan dia pinta untuk lahir ke dunia.

andai sayang,
letakkanlah sayang itu hanya pada yang punya
letakkanlah sayang pada yang Maha Esa
letakkanlah sayang itu pada bonda & ayahanda
letakkanlah sayang itu pada insan bergelar suami
dan sayang itu janganlah diberikan kepada orang yang tak berhak
kerana khuatir sayang itu sudah tiada nilainya.

selamat meniti hari2 10 ramadhan terakhir.
semoga menemui malam yang lebih baik dari 1000 bulan
andai terasa lemah, pohonlah kekuatan pada -Nya kerana dia pemilik segala kekuatan.
He always be there  :)

1 comment:

medi said...

manusia smkn kejam.. pandai buat je,, buduhh