kaki stalk :)

Tuesday, August 3, 2010

Dekat.

bercakap tentang dekat?
apa yang paling dekat dengan kita sebenarnya?
jawab imam shafie terhadap pertanyaan anak muridnya
yang paling dekat adalah mati
perjalanan menuju kematian bermula sejak dari kita lahir lagi
kalau dihitung dari kita lahir, terasa sangat dekat kita menuju alam barzakh.
tahukah anda hakikatnya kita mati setiap hari?
apabila kita tidur, kita sebenarnya berada dalam keadaan separuh mati
bukan semua yang tidur dimalam hari, esoknya mungkin bernafas lagi untuk meneruskan kehidupan
pernahkan terbayang , kita tidur di malam ini, esoknya kita tidak lagi bangkit,
dan kita dikafankan, disembayangkan dan disemadikan di kubur?
desis hati berbunyi?
adakah cukup amalan untuk menampung kehidupanku disana?
adakah selama ini aku cukup ikhlas melakukan semua ini?
dan segalanya adakah .!

Ya Allah,
ampunkanlah segala dosa hamba Mu yang hina ini
lindungilah hamba Mu ini dari kemaksiatan, kemungkaran, dan fitnah dunia
berikanlah hamba Mu ini kekuatan untuk terus menjadi hamba yang senantiasa sujud pada Mu
ammeenn.


              afghan -pada Mu ku bersujud


IKLAN PENTING.
FAKULTI UNDANG-UNDANG dengan kerjasama PERUNDANG akan menganjurkan klinik guaman secara percuma sepanjang PESTA KONVO UKM bermula 4-9 OGOS 2010 bertempat di DEWAN GEMILANG UKM. kepada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat undang-undang oleh peguam secara percuma, anda boleh melawat gerai bernombor 39&40 di DEWAN GEMILANG bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. sekian terima kasih, jumpa anda disana!!!!


p/s: i'll be there for duty on dis sunday morning 10 am -2 pm. can't wait for legal aid^^


No comments: