kaki stalk :)

Monday, June 14, 2010

Bicara cinta ^_^


Bercakap tentang cinta tentu semuanya indah kan? Cinta adalah satu perasaan yang fitrahnya suci, penuh dengan kasih sayang. Kata pujangga manusia yang hidup dalam cinta adalah manusia yang paling bahagia. Kadang2 mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena kerana hatinya terlalu bahagia.
Ada sesetengah insan menjadi lebih baik kerana kecintaannya pada yang Hak iaitu Allah. Kecintaan pada akhirat lebih dari duniawi membuatkan hatinya ingin cuba memperbaik diri kearah lebih baik malah extra lebih baik dari yang dulu.
Ada sesetengah insan menjadi makin jauh dari jalan-Nya , kerana cintanya berlandaskan nafsu dan syahwat semata-mata angkara gelojak syaitan. Makin menjauh dari jalan dan landasan yang nyata.
Lumrahnya, manusia memang memerlukan cinta kerana cinta itu melengkapkan seperti sejarahnya Nabi Adam a.s dan Hawa. Hadirnya Hawa melengkapkan kehidupan Adam yang keseorangan dan kesepian.
Lahirnya manusia juga kerana cinta. Kerana kasih seorang suami dan isteri maka lahirlah bayi yang fitrahnya suci seperti kain putih. Hati yang terpandang bayi yang baru sahaja lahir juga melahirkan cinta kepada bayi tersebut kerana wujudnya kasih sayang.
Berdasarkan surah at-taubah : 24
"katakanlah jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu ushakan, perniagaan yang kamu khuathir kerugiannya dan rumah –rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya dan dari berjihad dari jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik "
Berdasarkan ayat tersebut, cinta mempunyai 3 tahap:
  1. Cinta kepada Allah, Rasul dan berjihad pada jalan-Nya
  2. Cinta kepada orang tua, kaum kerabat dan lain-lain
  3. Cinta kepada yang lebih mengutamakan harta, perniagaan, tempat tinggal dan inilah tahap cinta yang paling rendah.
Cinta yang teragung ialah cinta seorang hamba kepada pemiliknya, yakni kita harus cintakan pemilik kita Allah melebihkan cinta kita pada benda yang lain kerana dia adalah pemilik kita. Tanpa kekuasaan-Nya kita takkan mungkin wujud di bumi fana ini.
Alkisahnya, Abdullah Abu Bakar telah dikahwinkan dengan seorang gadis perawan malahan jelita sekali. Namun setelah perkahwinan tersebut, bapanya iaitu Saidina Abu Bakar menyedari yang anaknya itu makin mula menjauh dari menjihadkan diri pada jalan Allah, maka Saidina Abu Bakar menyuruh anaknya itu menceraikan menantunya kerana bimbang anaknya lupa akan cinta yang hakiki .
Ini bukti bahawa pada zaman khulafa ar-rasyidin, mereka tetap mengutamakan priority di mana tiada cinta teragung melainkan cinta seorang hamba kepada pemiliknya.
Sebut pasal cinta, mesti ramai ingin merasakan perasaan mencintai dan dicintai dan sudah tentunya, masing-masing mempunyai 'taste' tersendiri. Ada yang mungkin menyukai mereka yang berkaca mata, ada yang nak macam kasar tapi dalam hatinya romantic macam dalam hati ad ataman dan sebagainya. Bagi peminat cerita adamaya, mungkin ada yang menyukai watak Adam dalam cerita tersebut, kerana masih lagi teguh mempertahankan bahtera rumah tangga dan menyimpankan perasaan cinta hanya untuk seorang isterinya sahaja iaitu Maya walaupun pada hakikatnya Maya bermain kayu tiga dengan Danny. Kalau mengikut culture melayu, Adam boleh disimbolikkan sebagai lelaki dayus, tetapi realitinya tindakan Adam sebenarnya dia layak menjadi pemimpin kerana tidak bertindak atas perasaan marah , kerana kalau lelaki lain sudah tentu menceraikan isteri yang telah menduakan suami dengan lelaki lain.
Sesungguhnya lelaki itu pemimpin keatas wanita dan terciptanya wanita itu dari rusuk lelaki , bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat dibahu untuk dilindung dan dekat jua dihati untuk dikasihi.
Wahai lelaki,
Renungkanlah wanita yang kau cintai,
Dia tidaklah semulia Khadijah,
Dia tidaklah setaqwa Aishah,
Dia tidaklah setabah Fatimah,
Dia cuma wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah
Saat dia menjadi madu, ingatlah batasannya,
Saat dia menjadi racun , kaulah penawarnya,
Perlu iman didada.
Buka sekadar nafsu didada,
Dia ibarat murid dan kaulah mursyidnya.

 
Wahai wanita pula,
Renungkanlah lelaki yang kau cintai itu,
Dia tidaklah semulia Muhammad s.a.w,
Dia tidaklah setaqwa Ibrahim a.s
Dia tidaklah setabah Ayub a.s.
Dia tidaklah segagah Musa a.s
Apatah lagi setampan Yusuf a.s
Dia hanyalah lelaki biasa yang bisa menjadi soleh
Justeru, janganlah kau menuntut terlalu tinggi
Seandai diri sendiri jelas tak berupaya menongkah badai duniawi

 
Ingatlah mengapa mendambakan wanita sehebat Khadijah
Andai diri tak semulia Nabi Muhammad s.a.w.
Mengapa perlu insan secantik Balqis
Andai diri tak sehebat Sulaiman a.s
Mengapa mencari lelaki setampan Yusuf a.s
Andai kasih tak setulus Zulaikha
Tak perlu mencari seteguh Ibrahim a.s
Andai diri tak sesetia kasihnya Hajar dan Sarah
Renung-renungkan…




No comments: