kaki stalk :)

Wednesday, March 3, 2010

Kerana Lalat

Masuk Syurga dan Masuk Neraka Kerana Seekor Lalat
(dipetik dr Ketika Cinta Berbuah Syurga)


Imam Thariq bin Syihab pernah berkata dalam majlis pengajiannya."ada orang yang masuk syurga kerana lalat dan ada orang yang masuk neraka kerana lalat."

"bagaimana hal itu boleh terjadi?" tanya hadirin yang hadir.

Lalu Imam Thariq bin Syihab menceritakan sebuah cerita yang menarik.

" ada 2 orang sahabat yang melakukan pengembaraan. Pada suatu hari, mereka memasuki daerah yang didiami oleh kaum yang menyembah berhala. Kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan. Orang yang melewati daerah mereka harus memberi korban sebagai persembahan kepada berhala itu. Jika tidak mereka akan dihalau keluar dari daerah itu."

"dua orang sahabat itu mengalami masalah yang sama.Mereka mesti memberikan persembahan kepada patung berhala. Lelaki pertama sangat takut pada kematian. Oleh sebab terlalu takut pada kematian, maka dia menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan kepada berhala tersebut."

"Lelaki kedua pula teguh dengan pendiriannya.Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu, meskipun dengan seekor lalat. Dia memilih untuk taat pada ajaran agamanya. Berkorban hanya boleh dilakukan mengikut syariat."

"mereka memberi persembahan untuk berhala, meskipun dgn seekor lalat adalah tetap perbuatan yang menyekutukan Allah. Itu adalah dosa yang paling besar. Keenganannya menyebabkan dia dibunuh. Lelaki kedua itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga.

"Adapaun lelaki pertama itu, akhirnya meneruskan perjalanan, namun begitu dalam perjalanannya dia telah dipatuk ular berbisa di tengah padang pasir dan mati. Dia mati dalam musyrik kerana menyekutukan Allah dengan mempersembahkan seekor lalat kepada kepada berhala."

moral of the story: jangan menyekutukan Allah s.w.t


picture takde kaitan dalam cerita.
but then it's juz kind reminder .
buat baik kpd semua makhluk Allah^^

No comments: