kaki stalk :)

Monday, December 7, 2009

Malam Yang Meresahkan...

Malam itu suasananya sangat sunyi, penghuni banglo 2 tingkat diamuk rasa mengantuk yang amat sangat. Tatkala jam 11 malam, semua orang mula melabuhkan badan diatas katil dan mula melayarkan mimpi masing-masing. Namun, namun ada seorang yang masih belum melelapkan mata. Matanya begitu tegar malam itu. Resah . Gelisah. Bimbang. Memandang di hujung katil dan melihat kucing tersayang tidur dengan lena. Cuba menarik selimut utk menghangatkan badan.

Jam menunjukkan 230 pagi. Tiba-tiba kedengaran bunyi kucing jantan yang galak mencari pasangan namun ia diselangi dengan derapan kaki orang berjalan. Angsa- angsa dibelakang rumah riuh berbunyi seolah -olah ingin memberitahu sesuatu.

"Jarang angsa bunyi2 malam2 ni, desis hati ak".

Mula-mula dihati ak, mungkin hanyalah bunyi yang biasa2 je. Lama-kelamaan bunyi itu makin galak seolah-olah mengelilingi rumahku. Perasaan dihati diulit debaran sekencang larian kuda, peluh mula merenik keluar, kucing di hujung katil bangun seolah-olah turut sama berperasaan seperti tuannya.

Lama kaki itu berjalan, hampir 15 minit, tekad dihati, pergi ke bilik ena, (adik laki no 3)

"ena, bangun r , ada org nak masuk umah kita" lama ku kejutkan barulah dia bangun.

"ena, jom amik batang penyapu, check, along dengar orang jalan2 tepi umah kita"...

Mengintai dari jendela atas dibilikku, bayangnya tiada.

Berjalan berjingkit kaki, memastikan tiada derapan kaki kami berbunyi mula menuruni tangan dan check setiap bilik kecuali bilik umi dengan abah. Tengok dapur, kucing si nokia(sbb time kecik suka pkai tali hanset nokia) duduk2 btul2 depan pintu. Si senah( kucing pling tua) duk pandang ak semacam. Umi citer haiwan ni ada sense yg ley detect manusia ada niat male fide or bona fide ala2 macam citer 101 dalmatians.

"ena, jom kita intai kat luar, bukak lampu nanti orang tu sedar yang orang umah ni tak tidur lagi" .

melangkah ke luar dan check tiap2 satu. Tengok nissan livina ok. tengok avanza okey.tengok van vannetee okey. Motorsikal ada.Pagar masih tertutup. alhamdulilah.

jam menunjukkan pukul 4 pagi, tiba-tiba bunyi pagar berbunyi, mungkin orang tadi panjat pagar dan lari, bila menyedari masih ada lagi penghuni rumah yang belum tidur. Walaupun semuanya okey, sehinggalah jam 6 pagi barulah mata ni terlelap dan bila bangun pukul 630 pagi , barulah menceritakan kepada umi dan abah.

________________________________________________________________

p/s: alhamdulilah nasib baik takde pape. hurm , kalau masuk umah amik barang sahaja, takpe, tapi kalau amik barang plus siap nk bunuh orang or pe2 kan pada badan kita, tak ke naya???

3 comments:

GhOsToNe said...

mmg menakutkan...

nasib abe x de ape2!!

kalo x esok masuk paper!!

huhuh..

alhmdulilah...

n @ s said...

msuk paper???
huhu,,nauzubillah...

nn said...

nasib baik weyhh