kaki stalk :)

Thursday, December 31, 2009

Goodbye 2009. Welcome 2010

Tepat Jam 12oo pagi nanti, kalendar akan menukar angkanya dari 2009 ke 2010. Begitu cepat masa berlalu . Tanpa Kita sedar masa menginjak usia kita. Abah akan melangkah ke usia 49 , umi pula akan menjejak usia 46 , dan aku melangkah ke usia 21 tahun. kadang2 terasa aku masih kanak2 kecik yang bermain riang dan sangatlah innoncent. sangat merindu waktu kecil .

Abah memandangku sebagai kanak2 yang kecil . masih lagi tak matang. mana tak nye? rasanya tak pernah ada orang malam2 tido berpelukan dengan kucing tiap malam2. Umi pula menganggapku masih lagi anak2 belasan tahun, sebabnya tiap2 hari , tiap2 malam call r rumah , tanya hari ini masak pe, makan pe? bila melayan adik bongsu tersayang, siap boleh main kejar2 keliling rumah . Bila drive nampak mamat hensem dalam kete sebelah mesti cakap " kan best kalau ley kenyit mata kat org sebelah " . itulah diriku sebenarnya.

aku adalah aku yang sebenarnya. susah nak berubah.tetapi manusia yang terbaik adalah manusia yang mengubah dirinya ke arah lebih baik.

" Jika diniatkan hijrah itu kerana Allah dan Rasul, maka hijrah itu kerana Allah dan Rasul"

Heppy New Year. New Sem. New Spirit. New Hope. New Motivation. ;)
Moga impian jadi kenyataan , amin ;)

3 comments:

Anonymous said...

slmt taun baru!!!

Qaseh Adriana :) said...

hepy new year ;)

nn said...

selamat tahun baru nas :)