kaki stalk :)

Wednesday, November 4, 2009

Selagi Ada Rindu

kenapa tajuk selagi ada rindu?sebabnya tajuk lagu diatas ialah selagi ada rindu..lagu jiwang..ttp niat dihati bukan untuk berjiwang ..cuma ingin meluahkan rasa terbuku di hati

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

lagu ini, dihasilkan oleh Pak Long (btulkan if salah), atas inspirasi kejadian bunuh diri yang berlaku di Terengganu.Feel terkilan ada jugak sbb it's happen in my state. kenapa lelaki dalam lagu ini bunuh diri?mengikut laporan polis, akibat frust bercinta dengan seorang budak yg berumur 19 tahun

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

saya selalu terfikir? perlu ke sampai tahap membunuh diri kalau kita mempunyai masalah dan dugaan plus rintangan plus plus cabaran???

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

walau apapun yang berlaku, ingatlah tiap -tiap ujian yang diberikan kepada hambaNya adalah bertujuan untuk menguji kesabaran hamba Nya. Dia menguji hati kita supaya kita bertambah dekat dengan Nya. Dia menguji kita supaya kita senantiasa dekat dengan Nya walau apa pun yang berlaku. Dia menguji kita sebab Dia nak ingatkan kita dunia ini hanya pentas lakonan semata-mata.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tidak diuji hati seorang hamba itu, melainkan Dia tahu hamba itu
mampu menempuhnya(2:286)

bila kita diuji..ingatlah nasib rakyat palestin yang menderita
berpuluh tahun

bila kita diuji, ingatlah nasib anak -anak kecik yang merengek
kebuluran di afrika

bila kita diuji, ingatlah saudara2 kita di selatan thailand yg
ditentang di bumi sendiri

bila kita diuji, ingatlah mereka yang berada di Padang, hilang
segalanya dalam sekelip mata

bila kita diuji, ingatlah bahawa ujian yang kita tempuhi ,
hanyalah secebis kuman berbanding mereka yang lain.

p/s: bila kita diuji, mohon lah pada NYA, supaya diberikan kekuatan menempuhnya, bukan diminta mengurangkan dugaan itu~

di sebalik ini semua ada hikmah yang tersirat;)

No comments: