kaki stalk :)

Thursday, October 29, 2009

Mencari Sahabat Yang Baik???

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat


SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

SEORANG SAHABAT YANG JUJUR LEBIH MAHAL HARGANYA BERBANDING DARIPADA HARTA YANG BERTIMBUN - (Saidina Ali)

3 comments:

Anonymous said...

adakah ak sahabt yg baek???

.b.e.d.d.y. said...

tiba2 terpikir..
kalau kawan2 kita lari xnk kawan ngan kita,
mksudnya kita xde la ciri2 macam kat atas ni??

Qaseh Adriana :) said...

umar;
ko mmg best fren ak yg baik;)

bedDy;huhu..
tk semestinya yang oi, yg kt atas ni cme skit jer..
yg penting bila b'kwn ,
syang kwn kerana DIA