kaki stalk :)

Friday, October 30, 2009

Bacalah Walau 1 Patah~~

"Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”(Abu Daud & Ahmad)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah SAW bersabda: Dua orang sahaja yang boleh dicemburui, pertama seorang yang Allah SWT berikan Al-Quran yang ia amalkan pada siang hari dan malamnya dan keduanya, seorang yang Allah SWT berikan harta dan ia belanjakan harta siang dan malam menurut perintahNYA

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Rasulullah SAW bersabda: barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran) baginya satu hasanah dan satu pahala digandakan sepuluh kali ganda. Daku tidak etakan bahawa Alif, Laam dan Miim sebagai satu huruf, tetapi Alif ialah satu huruf, Laam satu huruf, Miim satu huruf (jadi dalam membaca Alif, Laam Miim terdapat tiga hasanah dan ganjaran minimum menyamai tiga puluh kebajikan)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Taraf-taraf yang diberikan secara perumpamaan kepada mereka yang membaca al-quran:
  • 1.Peringkat jutawan : membaca 300 hingga 1000 ayat dalam sehari.
  • 2.Peringkat jayawan : membaca 200 hingga 299 ayat sehari.
  • 3.Peringakat setiawan : membaca 100 hingga 199 ayat sehari.
  • 4.peringakat pemelihara al-Quran : membaca 50 hingga 99 ayat sehari.
  • 5.Peringkat yang ingat : membaca 10 hingga 49 ayat sehari.
  • 6.Peringkat yang lalai : membaca 1 hingg 9 ayat saja sehari
  • 7.Yang rugi : al-Quran langsung tiada dalam dada mereka

p/s:rajin2 baca quran ,k

1 comment:

Anonymous said...

gudi info...xsangka aku dikalangan lalai jugak kadang2...