kaki stalk :)

Tuesday, August 4, 2009

ISA

ISA, stands for Internal Security Act telah diwujudkan pada zaman darurat dengan tujuan untuk menahan komunis2 pada masa itu.ISA, ini masih lagi dipraktikkan pada zaman sekarang kerana menurut undang-undang , ia adalah relevan bagi menangkap pengkhianat dan mereka yang mencetuskan ketenteraman awam.Namun begitu, sejak demonstrasi yang dijalankan pada 1.8.2009, terdapat ura2 mengatakan ianya akan dimansuhkan. Betul kah sedemikian???
Terdapat pelbagai pendapat dan andaian. Ada yang mengatakan ISA wajar dimansuhkan kerana pengimplemntasiannya pada situasi sekarang adalah sangat berbeza.Kalau suatu ketika dahulu , ia digunakan semata-mata untuk menangani waktu darurat , tetapi sekarang kita telah bebas daripada darurat.
Namun begitu, ada yang membuat perumpamaan ISA adalah umpama seperti penyakit kusta.
Secara islamic dan humanisme view, memang mereka yang mengidap penyakit kusta perlu diasingkan kerana khuatir penyakit ini akan berjangkit, tetapi tak bermaksud segala keperluan asasi nya terabai. Hal ini berbeza dengan tahanan ISA, mereka diasingkan dan mereka tidak diberikan peluang untuk membela diri malahan dari sumber2 ada yang menyatakan kebajikan mereka juga tidak terjaga. Bayangkan jika mereka tidak diberi peluang untuk membela diri dan mereka sebenarnya tak berslah???Yang menjadi mangsa adalah nasib anak- anak mereka yang dahagakan kasih sayang seorang ayah kalau bertahun-tahun lamanya si ayah menghuni di penjara.
Bayangkan juga kita ni, hambaNya masih lagi dibicarakan meskipun DIA tahu segala perlakuan dan amal kita malahan DIA lebih tahu yang kita wajar berada di sebelah kanan atau kiri. Jika Dia menunjukkan pada kita keadilan perlu dicari, kenapa kita sendiri mengabaikannya???.
Ada pendapat mengatakan, ISA ni umpama barang kosmetik? Kenapa kosmetik? Sebabnya kalau kita tukar brand dari nivea kepada pond , function pencuci muka tu tetap sama iaitu nak bersihkan kotoran. Andai kata ia dipinda , ia mungkin akan digantikan dengan akta baru yang mungkin serupa juga dengan niat asal ISA.
Walaubagaimanapun, setiap orang ada pandangan masing-masing. Lain orang lain pendapatnya. Entri ini hanyalah sebagai pndangan dan tidak berniat untuk menimbulkan apa2 kontroversi.

4 comments:

Isz D' Barney said...

hahaha, satu pandangan yg kritikal...

Anonymous said...

perluke ISA yang telah disalah gunakan aku tak suke ar...hahahhaha

Isz D' Barney said...

ISA stand for:
I: ikut
S: suka
A: aku...

hahaha.
ISA akta zalim... cegah ia sebelum ia mencegah anda... :p

Qaseh Adriana :) said...

cumi
lain org lain pndangan
phami keadaaan
sblum kritik ,beb!!!