kaki stalk :)

Monday, April 20, 2009

Kenapa Kucing???




kenapa kucing?????
pelikkan tajuk ni..
tapi ini lah benda yang paling aku syg kat dunia ni
sampaikan aku letak syarat..
sape2 yang nak kawin ngan aku..
kena bg permisson bagi aku bela kucing...(poyo giler syarat ni)



kucing..
haiwan karnivor...berkaki empat..
punyai mata,telinga, hidung..
nampak biasa seperti haiwan2 yang lain..
tetapi
sedarkah anda2 kucing mempunyai nilai sentimetal???
kata umi ku,
doa kucing sgt mudah makbul
kenapa???
sbbnya kucing tiada akal ,
jika ia melakukan sesuatu yg salah, ia tidak dikira sbgai dosa..


aku semakin percaya dengan kata2 ni..
bila uncle ku yang tersgtlah nakal..agak malas..
tak pernah g kuliah..
de tersangatlah tak suka kucing
tapi..
de suka memberi kucing makan stiap hari
dan setiap kali de memberi makan..
de mesti ckap 'kucing ko doa aku berjaya tau'
huhu..lama2 bila melihat uncle skrg..
sbg akauntan berjaya..aku percaya dgn doa kucing itu makbul


pernah dijadikan suatu cerita pada masa dahulu,
terdapat seorang wanita yang sedang mengandung dan tersangatlah tidak suka kucing..
tetapi rumahnya ada seekor kucing tua yang dibela suaminya.
suatu hari ,
kucing itu telah mencuri ikan dan wanita itu tersangatlah marah & geram
lalu, dia mengambil penyapu dan memukul leher kucing itu,
sehingga patah dan menghalaunya keluar dari rumah
keesokan harinya,
ketika pergi ke psar, wanita itu melihat kucing itu telah pun mati di tepi jalan..
selang 3 bulan kemudian,
bersalinlah perempuan itu..
dan keajaiban serta kekuasaan Allah berlaku
anak yang dilahirkan tiada tulang leher..dan anaknya telah meninggal dunia
dia akhirnya sedar yang dia telah memukul kucing itu sehingga patah tulang leher..
so..faham tak di sebalik kisah ini???


zaman Rasullah S.A.W..
ketika baginda hendak solat dan kucing itu tidur diatas kain
yang digunakan untuk solat,
lalu baginda memotong bahagian yang ditidur oleh kucing
kerana tidak mahu menganggu kucing itu tidur..
dan meyebabkan kain yang digunakan baginda untuk solat berlubang..
baginda telah ditegur olah para sahabat..
kenapa kain solat baginda berlubang?
jawabnya.."biarlah kucing itu tidur, aku tidak mahu menganggunya tidur"
dan ini menunjukkan bahawa kucing adalah haiwan kesayangan baginda..

pada zaman islam dlu, baginda juga
pernah menamakan salah seorang sahabat sebagai 'abu hurairah'


so, nak tahu tak apa moralnya dr story ni...
jgn aniaya kucing & haiwan2 lain..
mereka juga makhluk ciptaan Allah ..
dan kita juga adalah ciptaan Allah..
maka, sama2 lah menghargai ciptaan Allah..

7 comments:

wawa said...

aku pon skeeee kucing!

ira nadhirah said...

aku takske.
tp tapenah lak gi pkl2 ke ape.
hehe..
takpekan?

violet89 said...

wawa: kite bleh jd geng!!!

hehe~ira
takpe je..
asalkan tak aniaya sudah

.beddy. said...

kt aras aq ni ad kucing baru beranak..
tibe2 jek muncul..
mai la dtg amik..
aq alu2kan..
:D

violet89 said...

haha~
ko anta kcing naik skuter r
nnti aku bela
btul ni!!!
haha~

faizelina osman said...

ina pn suke kucing..tanpa kucing,hidup nie x bermakna!!i love u kucing!!!hehe

~FarHa~~ said...

ak tkut kucing weh..
dlu die kejar ak..penat ak lari..
huhu,kngan ku di sekolah asrama..