kaki stalk :)

Wednesday, October 13, 2010

Puisi Kasih Untuk Mu


wahai suamiku,
kaulah imamku dan aku adalah makmunmu,
inginku luahkan jauh disudut hati ini
disaat kau melafazkan qabul
aku bersyukur kehadrat illahi
kerana akulah pelengkap tulang rusuk mu

wahai suamiku,
ingin ku khabarkan rasa hati ini
bila kau menyarungkan jari manis ini dengan cincin
akulah insan yang paling bahagia
terima kasih illahi kerana kau kini suamiku

wahai suamiku,
bila mana tangan mu ku cium
aku tekad dalam lubuk hati ini
aku mahu menjadi penyejuk di mata mu
aku mahu menjadi penenang di hati mu
aku mahu menjadi bahu yang dapat kau dan aku berkongsi segala
dan aku mahu menjadi isteri yang engkau redhai
kerana ku sedar , syurgaku dibawah kakimu wahai suamiku

wahai suamiku,
bila bibirmu mencecah dahiku,
aku berjanji ,
aku akan menjadi suri dihatimu
aku akan menjadi ibu yang baik untuk anak-anak kita
aku akan menjadi segalanya untukmu
selagi kita berpaksi pada jalan Nya

wahai suamiku,
lahirnya aku daripada rusuk mu
bukan di kepala untuk kau dijunjung
bukan dekat dibahu untuk dibebani
bukan dekat dikaki untuk dialasi
tetapi dekat dipelusuk hati untuk disayangi dan dicintai.

wahai suamiku,
bila kita melayari bahtera kita,
andai kau menjadi burung,
izinkan aku menjadi angin lembut yang bersisiran di sepanjang perjalanan
andai kau menjadi kumbang,
izinkan aku menjadi bunganya supaya taman-taman hati senantiasa indah
andai kau menjadi rama-rama,
biarlah aku menjadi sayapnya supaya tinggi atau rendah kita terbang bersama, sehingga ke penghujung jalan.

wahai suamiku,
moga cinta, sayang , dan rindu kita diberkati Nya selalu. ameen.

someday. someway. later. when the time has come.

( noted: puisi ini tidak didedicate kepada sesiapa cuma bingkisan dari hati  )

1 comment:

Lynda Ezumi said...

gila mantap! i loikeeeeeeeee!