kaki stalk :)

Tuesday, December 29, 2009

Di Sebalik Itu ~

Di sebalik itu? sebalik apa? di sebalik wuduk . ini yang nenek nak bercerita pada hari ini. anta dan anti orang islam? kalau anda orang islam, sudah tentu menjadi kwajipan pada anda utk berwuduk bg nak menegakkan tiang agama, bukan nak meruntuhkan k!so, disebalik wuduk yang wuduk anda amik, ada doa bley diamalkan.

apabila membasuh pergelangan tangan : Ya Allah ampunkan lah dosa2 yang telah tangan ku lakukan

apabila berkumur mulut : Ya Allah ampunkanlah dosa mulut ini lakukan, ampunkanlah dosaku kerana mengumpat dan mengeji orang.

apabila membasuh muka : Ya Allah, jadikanlah diriku orang yang bercahaya wajah di akhirat kelak

apabila membasuh kedua2 tangan : Ya Allah berikanlah diriku menerima buku amalan ditangan kanan dan bukanlah di tangan kiri di akhirat kelak

apabila membasuh rambut : Ya Allah lindungilah rambutku daripada sinaran pancaran matahari di akhirat kelak, dan lindungilah auratku dari pandangan mata kaum adam

apabila membasuh telinga : Ya Allah, ampunkanlah dosa yang telah telinga ku lakukan, jauhkanlah diriku dari mendengar kata2 umpatan

apabila membasuh kaki : Ya Allah , ringankanlah kaki kanan ini melangkah ke tempat yang menuju ke arah kebaikan dan Ya Allah beratkanlah kaki kiri ini melangkah ke tempat yang menuju ke arah kemungkaran daripada Mu

so, jangan ingat sebarangan tau, di sebalik wuduk pun ada doa. kalau nak beramal, bolehlah, dan moga memperoleh rahmat daripadaNya. amin ;)