kaki stalk :)

Friday, November 20, 2009

9 Zulhijjah Yang Bermakna~

"berpuasa pada hari arafah dinilai disisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya"(hadis riwayat muslim)

"tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid"( hadis riwayat ahmad)

Dalam bulan zulhijjah yang mulia ini, terdapat 1 hari yang paling afdal disisi Allah S.W.T selain dari hari jumaat ,iaitu hari arafah, yakni pada 9 zulhijjah. Hari Arafah ini adalah bersempena amalan wukuf umat islam yang mengerjakan ibadat fardu haji.Pada hari itu Allah S.W.T akan membebaskan sesiapa yang menghadiri padang arafah, dan memuliakan hari itu daripada api neraka. Oleh sebab itu, pada keesokannya, umat islam akan menyambut aidiladha sebagai tanda kesyukuran dan menzahirkan kegembiraan pada Allah s.w.t. Namun begitu, perlu diingat kelebihan hari arafah tidak hanya terhad kepada mereka yang mengerjakan ibadah fardu haji sahaja malahan ia juga meliputi umat islam yang lain. Maka, umat islam yang lain amatlah digalakkan untuk berpuasa pada 9 zulhijjah ini, yakni pada hari khamis ini untuk sama2 merebut peluang keemasan ini.

Hari Arafah juga dikaitkan dengan beberapa peristiwa, ada yang mengatakan perkataan 'arafah' itu berasal dari peristiwa :

  • peristiwa pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa setelah diturunkan di bumi ke tempat berasingan dan akhirnya berjumpa di padang arafah
  • peristiwa pertemuan antara Nabi Ibrahim dan isterinya, Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail yang telah terpisah
  • berdasarkan pemahaman Nabi Ibrahim akan maksudnya mimpi tersirat di sebalik wahyu Allah s.w.t utk menyembelih Nabi Ismail

p/s:Ambillah kesempatan untuk berpuasa pada saat dan tika yang ada kerana andai saat itu dah tiada, sesal pun tiada gunanya lagi;)