kaki stalk :)

Saturday, October 31, 2009

~T. A.K.U.T.~

mencari erti takut yang sebenarnya
adakah ia umpama melihat scarry movie
atau
melihat jembalang-jembalang berkeliaran
mana satu yang lebih takut???
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
erti takut yang sebenar-benarnya :
taqwa pada ALLAH dengan sebenar-benarnya , mematuhi segala suruhanNya, dan meninggalkan segala larangannNya
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
suatu hari,
saya takut,
bila saat malaikat mencabut nyawa datang dan berkata
masa kamu utk pergi dah tiba
tamatlah riwayat mu di muka bumi ini
hati berkata
tolong..tolong..tolong..tolong
aku masih lagi tak bersedia
amalku masih tak cukup
taubatku masih lagi belum berkesempatan ku buat
anak2 ku belum ku didik untuk mencintai ALLAH dan Rasul
aku takut
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
kata malaikat
dulu saat kau mempunyai masa
kau habiskan masa dengan berfoya-foya
kau bergelak tawa sehingga kau lupa kematian satu kepastian
kau jadikan maksiat itu pakaianmu
kau jadikan arak itu makanan harianmu
maaf
aku menjalankan amanah ALLAH
nyawa kau akan ku tarik sekarang..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
ARGHHHHHHHHHHHH
...sakitnya...
tinggallah aku jasad tanpa nyawa
melihat orang-orang menziarahi ku
membacakan yasin untukku
tetapi
anak lelaki ku masih lagi berdansa dan bermesra di kelab dangdut
anak perempuanku masih lagi bermesra melampiaskan hawa nafsu serakah
jasad ku terseksa
hatiku merintih
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
semuanya adalah silapku..
aku mensia-siakan masa yang ada
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
aku takut,
bila jasad ku dikafankan
aku takut bau wangi itu akan bertukar kepada sebaliknya
aku takut
bila jasadku dibawa ke kubur
jasadku terasa berat dek dosa-dosa
kesian mereka2 yang membawaku ke kubur
aku takut
bila tanah mula menutupi liang lahad
aku ditinggalkan sendirian
aku mula didatangi malaikat mungkar & nangkir
gelap
tidak lagi diterangi lampu2 neon yang mahal
sakit sakit sakit sakit sakit
dengan siksaan Mu atas kelalaianku
aku takut
aku tak mampu bertahan sehingga hari kebangkitan
tiap detik , tiap masa dan ketika
aku menerima azabnya...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
YA ALLAH ,
ampunkanlah dosa-dosaku
moga hidup dan matiku adalah berada dalam keimanan pada MU
andai kata ,
diriku terlalai
ingatkanlah aku pada janji MU
kerana sesungguhNya janji itu, janji yang nyata
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
maka,
sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan
berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan
mengajilah sebelum kamu dimengajikan
tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain putih
maka
hiduplah ini satu perjalanan
yang akan dipertemukan dengan sebuah kematian
kerana
kematian itu adalah satu kepastian
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s: monolog dalaman dikala jam 3 pagi
hargai tiap detik dan masa
moga bila ia hilang anda tidak lagi menyesal

2 comments:

MuniMuni said...

peringatan buat diri aku sndri
tq :

n @ s said...

sme utk diriku ;)