kaki stalk :)

Thursday, October 15, 2009

Jodoh Oh Jodoh...Mana kan ku cari gadis sepertimu???

Adam: mak, adam rsa dah sampai masanya untuk adam kawin. mak boleh carikan untuk saya
tak?
Emak: adam, btul2 pasti dah sampai masanya untuk adam kawin? bley mak tau adam punya
taste mcm mana?
Adam: em, adam nak yang cantik, menjaga aurat utk pandangn suaminya, yang menjaga solat ,
patuh pada seorang suami , lemah -lembut, mempunyai sifat2 keibuan....(blah..blah)
Emak: taste kmu ni tinggilah Adam, tp orgnya kecik jer..sebelum, mak cari, adam kena dengar dlu cerita mak, k..
=========================================================
Alkisah, pada zaman Rasullah S.A.W, ada seorang hamba lelaki yang sudah menjangkau usia 30-an , tetapi masih lagi belum berkahwin. Masih lagi mencari-cari si hawa untuk menjadi permaisuri di hati. Setelah sekian lama, mencari- cari dan terus mencari calon itu, akhirnya lelaki itu pun pergilah berjumpa dengan Rasullah S.A.W. Lelaki itu menceritakan permasalhannya yang ingin mencari isteri sebagai permaisuri hidup.
Baginda bertanya kepada lelaki itu, bagaimanakah wanita pilihan hatimu?
Jawab si lelaki itu, saya mahukan wanita yang baik dan solehah, menjaga solat, menjaga semayang , kasih dan setianya pada saya dsb....
Baginda menjawab, dengan analogi yang paling mudah....
kalau kamu mahukan wanita yang baik, terlebih dahulu kamu
mestilah baik perangainya
kalau kamu mahukan wanita yang solehah, terlbih dahulu
kamu mestilah soleh
kalau kamu mahukan wanita yang menjaga aurat, kamu jagalah
pandangan kamu
kalau kamu mahukan wanita yang menjaga solat, maka jagalah
solat kamu
dan sesungguhnya lelaki itu adalah imam dan wanita itu
adalah makmunnya
maka perkahwinan itu adalah 1 amanat yang perlu
dipikul
lama, lelaki itu termenung dan akhirnya faham dengan analogi itu.
akhirnya, dia berubah menjadi lebih baik
dan berjumpa dengan permaisuri pilihan ;)
==========================================================
Emak: adam, faham citer mak tu? Kalau adam faham, sebelum anda mencari yang terbaik,
maka perbaikilah diri adam terlebih dahulu
Adam: baik mak, !!!
______________________________________________________
p/s: anda faham di sebalik cerita ini?
lelaki baik v perempuan baik
dan sebaliknya

2 comments:

Anonymous said...

pmpuan baik utk lelaki baek,begitu juga sblknye..tp mcmmen nk kategorikan utk mereka yg hidup bersama hmpir 30 tahun,berkongsi trlalu byk pglmn dalam hidup namun akhirnya berpisah?? adkh 30 thn itu masa yg sigkt utk slaing mgenali hati budi msing2..jd adkh pasangan ini msh blm baek stlh brkongsi hidup utk 30 thn lme ye...

n @ s said...

jdoh, pertemuan dan perpisahan adalah kuasa Allah, kite merancang DIA yang menentukan.
andai kata, tiadA jodoh antara mereka, pasti ada sesuatu hikmah yang tersembnyi di sebalik ujian tersebut.
DIA tidak menduga hati hamba-NYa melainkan DIA tahu hambaNya mmpu menempuhNya

" DIA amik 1 dr kita, DIA beri 1 yg lbh baik utk kita"