kaki stalk :)

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI DIMANSUHKAN...

PPSMI DIMANSUHKAN....
satu kejutan..
ini bermakna pengajaran sains & matematik dalam Bahasa Inggeris akan dimansuhkan.
ini juga membawa makna cara pengajaran akan mengikut rentak cara yang sebelum PPSMI dimansuhkan..
aku terfikir..
YA mmg diakui,
Bahasa Inggeris memanglah bahasa antarabangsa
tapi
aku tak faham kenapa kita mengagungkan bahasa ini..
negara2 yang maju masih lagi menggunakan bahasa negara mereka
sebagai contohnya Jepun, yang masih lagi menggunakan 100% bahasa jepun
malahan Jepun antara negara Asia yang paling maju.
Sepanjang ilmu yang aku ada, berdasarkan pembacaan aku lah
penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik melanggar Akta Pelajaran 1961...
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik juga memberikan komplikasi pada perkara 152 Perlembagaan Persekutuan...

Untuk diriku, memanglah tak kisah apa bahasa yang digunakan sekalipun,
tetapi, aku selalu terfikir bagaimana pula dengan budak2 yang tinggal di jauh pedalaman hulu kampung..aku selalu terfikir perkara ini,sebabnya ayah aku mengajar di sebuah sekolah yang agak hulu dan jauh dari kawasan bandar.
Bagaimana mereka nak survive sebabnya pembangunan sangatlah jauh dari kawasan penempatan mereka??? Lagipun pendedahan terhadap Bahasa Inggeris sangatlah kurang di kawasan mereka, maka ini menunjukkan bahawa perlaksanaan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran Sains dan Matematik tak wajar dilakukan.

Tambahan juga, mengikut kajian yang dilakukan membuktikan bahawa ramai pelajar yang terlibat dalam gejala ponteng adalah kerana mereka tidak faham akan apa yang diajar oleh guru mereka. Cuba bayangkan kalau di ajar dengan bahasa kebangsaan sendiri mereka tidak faham, bagaimana pula keadaan kalau diajar dalam Bahasa Inggeris???
Terfikir kah ????


apa2 pun, ini cumalah pendapat dan luahan hati penulis blog ini dan tidak berniat untuk menimbulkan apa2 kontroversi dan konspirasi

1 comment:

Isz D' Barney said...

aku x rasa PPSMI dimansuhkan... kenapa???? kerana politik itu seni serba mungkin... anything can happen tau??? kenapa??? sebab anda masih ingatkah hishamuddin tun hussien pernah hapuskan yuran skola then masuk je muhidin yasin lak makin btambah2 lak yuran... Yuran PIBG aje dah nk cecah RM100 tau? so sebagai analisis aku ttg pemansuhan PPSMI ni, aku x rasa yg dia akan mansuhkan tp pgumuman mansuhkan PPSMI ni hanyalah sebagai pancingan undi bagi PR kecil Manek Urai bau2 ni... so buktinya, PAS menang majoriti hanya 65 undi sahaja. so datz mean... mereka berjaya tarik undi orang2 kampung yg tak tau ape2 nie atau dikenali sebagai "apati" ni untuk myokong kerajaan...sekian. majulah politik untuk negara...hahahaha.