kaki stalk :)

Sunday, April 5, 2009

kisah (1)

semalam, aku & baizuro (donald duck)
melangkah ke kajang. Intention asalnya , adalah kerana ingin ke klinik gigi
kerana lately, tersangatlah sakit gigi.
malangnya , semua klinik gigi tutup..
maka aku terpaksalah mencari ubat tahan sakit.
Memandangkan masa masih panjang, maka kaki kami terus melangkah,
menapak dari satu tempat ke tempat yang lain..
dan akhirnya perut lapar.
kami melabuhkan kepenatan di Pizza Hut, Kajang..


alkisahnya bermula,
apabila aku ingin mengalihkan pinggan yang aku makan ke tepi meja,
tiba-tiba garpu jatuh..
katanya sorang mamat ni
"cik adik mengamuk ke?"
aku bukan sengajalah..it accidentally occured..
kemudian..
selang beberapa minit,
adalah sepasang indian couple
yang tengah makan dan mengangkat pinggannya
ke tepi dan diletakkan dengan kuat...tak sengaja kut
mamat yang sama menegur..
"cik adik mengamuk ke?"
indian couple tu tgk semacam jer..
aku thu dia tak sengaja..
memandangkan cuaca diluar mendung
hujan makin galak lebatnya..
aku & bai..lepak lah di pizza tu..



tiba-tiba..
mamat yang sama..
sedang asyik makan..
yang menegur "mengamuk ke?"
terjatuh garpu...
selang beberapa minit pula..
terjatuh sudu pula..
kami di situ hanya memandang..
terlintas juga di hati ..
nak cakap..
"aik, mengamuk ke?"

tetapi itu hanyalah kata-kata yang bermain di hati..

nak tahu apa moralnya???
jangan kutuk orang..
apa yang kita kutuk or kata kat org
akan dibalas balik kepada kita..
tak kira sama ada cepat atau pun lambat..
ni kejadian realiti
bukan hanya fantasi
yang dicoretkan sekadar cuitan hati
maka ..
renung2kan lah..
buat pedoman diri..

No comments: